2|༆

258 30 7
                                    

"Yunho Mingi jom pergi cafe" ajak Mirae kepada kedua kawan baiknya. Yunho yang sedang bermain game survival segera memandang gadis di hadapannya.

"Malas lah, kau pergi jelah seorang" tolak Yunho. Dia betul-betul malas nak pergi cafe. Mirae menjentik dahi Mingi yang masih tertidur. Dari Profesor Kim masuk sampai cikgu itu keluar, dia hanya tertidur.

"Arkk sakitlah" Mingi menggosok-gosok dahinya yang di jentik oleh Mirae. Mirae buat muka tidak bersalah.

"Jom pergi cafe" ajak Mirae. Mingi menggeleng kepalanya.

"Tak nak, aku mengantuk. Kau pergi lah sendiri" kata Mingi. Mirae mengeluh.

"Okay"

Mirae keluar dari kelas itu dan melangkah menuju ke cafe yang terletak di seberang sana. Bangchan yang melihat kelibat gadis itu segera mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar gadis itu.

"I got your picture again" ujar Bangchan di dalam hatinya. Dia tersenyum kecil sebelum melangkah menuju ke cafe semata-mata ingin melihat gadis pujaannya.

Mirae hanya membeli roti coklat dengan susu coklat. Selepas membeli dia menuju ke salah satu meja dan duduk di situ.

"Masa aku seorang tak nak pula teman, bila korang dah sorang-sorang baru cari aku. Dasar galah" bebel Mirae perlahan. Dia menyumbat roti itu ke dalam mulutnya.

"Mirae~~" Mingi dengan Yunho duduk di hadapan gadis itu. Mirae hanya buat-buat tidak tahu.

"Merajuk ke cik adik?" tanya Yunho. Mingi mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Yunho.

"Tak lah. Buat apa nak merajuk dengan kau orang" balas Mirae. Dua lelaki itu mencebik.

"Ceh tak merajuk konon kalau muka datar semacam" sindir Mingi. Mirae menjeling lelaki di hadapannya. Sehari kalau tak buat dia sakit hati memang tak sah.

"Mirae~~" panggil Yunho dengan nada meleret. Mirae mengangkat keningnya. Yunho memberikan telefonnya kepada Mirae.

"Tolong menangkan game tu please" pinta Yunho. Mirae mendecit sebelum bermain game survival iaitu game Resident Evil 1.

"Kau malas kan" tanya Mirae. Yunho tersengih. Dia malas nak menyambung game itu memandangkan perasaan bosan telah menguasai dirinya.

————

Bangchan Pov

Aku melihat tiga sekawan itu dengan pandangan dingin. Sejujurnya dia cemburu apabila melihat dua lelaki itu berkawan rapat dengan gadis di cintainya.

Kenapa dia di ciptakan seperti ini. Penyakit gilanya sebenarnya merupakan keturunan. Penyakit itu di turun dari bapanya, dia nak jadi seperti bapanya.

Tetap di sayangi walaupun mengalami penyakit gila. Ibunya terima bapanya dengan seadanya walaupun bapanya sering naik hantu. Lagi-lagi pada waktu malam.

Dia telah berjumpa gadis yang berjaya menjentik hatinya, Kang Mirae. Sekali dia nak, dia akan dapatkan walaupun dengan cara membunuh sekali.

Tiba-tiba matanya terpandang ke arah seorang gadis yang berpakaian agak seksi memandang tajam ke arah Mirae.

Mungkin salah seorang dari dua lelaki itu merupakan lelaki di sukai oleh gadis itu. Aku hanya biarkan sahaja.

Gadis itu membawa air paip dan berjalan mendekati Mirae dan menuangkan tepat di kepala Mirae. Aku boleh nampak dua lelaki itu menolak tubuh gadis itu dengan kasar.

"Kau apahal siram air tu dekat aku" marah Mirae seraya menarik kolar baju gadis itu.

Kasar, aku suka.

"Tch, sebab saja. Lagipun aku menyampah tengok kau" ujar perempuan itu. Aku mengetap bibir. Aku melihat Mirae tersenyum sinis sebelum menggapai kotak susu sebelum menyiram tepat di kepala perempuan itu.

"Seriuslah!! Ini air manis kut, aku siram pakai air paip" teriak perempuan itu, oh aku lupa nak kata nama dia adalah Jiyeon.

End pov

"Hey, kau yang kacau aku. So, kau dapat dua kali ganda dari aku. Berambus lah" Mirae menolak kasar tubuh Jiyeon. Mingi dengan Yunho memandang tajam gadis seraya tersenyum sinis. Jiyeon menghentakkan kaki lalu pergi dari situ.

"Mirae kau pergi tukar bajulah" arah Yunho. Mirae menggelengkan kepalanya.

"Biarlah. Sejuk sikit badan aku" ujar Mirae selamba. Yunho dengan Mingi hanya menayangkan muka datarnya. Mirae tersengih.

"Ngada-ngada"

To be continue

Vote and comment

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now