13|༆

251 28 23
                                    

Mirae membasuh pinggan lalu meletakkan di atas rak besi sebelah sinki. Selepas membasuh pinggan, Mirae melangkah ke arah tangga. Dia mahu menyambung ulang kaji.

"Nak pergi mana tu" tanya Chan apabila perasan gadis itu mahu naik ke atas.

"Biliklah, nak ulang kaji" balas Mirae. Chan mengangguk lalu menyambung menonton televisyen.

Mirae masuk ke dalam bilik dan melangkah ke arah meja belajar. Habis selerak buku di atas meja itu.

Semasa dia mengulang kaji, telefonnya berdering. Mirae mengambil telefonnya dan meletakkan di telinganya tanpa memandang nama pemanggil.

"Yeobseyo?"

"Hai adik"

Mirae tersentak. Dia kenal suara ni, suara abangnya. Serta merta bayangan menerpa di mindanya.

Mirae di bawa oleh abangnya menuju ke satu tempat. Mirae melihat abangnya yang asyik memandang sekelilingnya.

"Oppa nak bawa Mirae pergi mana?" tanya Mirae. Masa itu dia baru sahaja berumur 16 tahun. Abangnya memandang Mirae dan hanya tersenyum sahaja.

"Ikut je lah" balas Taehyun.

Apabila sudah tiba di tempat yang di tuju, Taehyun menggenggam erat tangan Mirae dan mengheret menuju ke rumah terbengkalai.

"Kau nak buat apa ni" Mirae sedaya-upaya menepis tangan Taehyun. Taehyun memberikan senyuman sinis.

Mirae melihat ada empat orang lelaki di rumah itu. Masing-masing memiliki rupa tampan.

"Soobin ni aku bawa adik aku" ujar Taehyun. Soobin tersengih lalu menghampiri Mirae. Dia memandang tubuh badan Mirae atas bawah.

"Kalau jual ni bagus juga. Haih susah betul nak cari perempuan" kata Soobin lalu mengelus pipi Mirae, Mirae menepis tangan lelaki itu.

"Apa ni Taehyun"

"Aku nak jual kau dekat kelab malam. Aku tak mampu nak jaga kau lah, menyusahkan" balas Taehyun. Air mata Mirae mengalir.

"Sampai hati kau" ujar Mirae. Taehyun ketawa kecil sambil menepuk tangan.

"Kau nak benci aku, bencilah. Aku lagi suka"

Mirae menolak tubuh Soobin yang asyik menyentuhnya lalu berlari dari rumah terbengkalai. Soobin menyuruh Taehyun mengejar gadis itu. Taehyun merengus kasar lalu mengejar adiknya.

"Kau nak pergi mana hah!" jerit Taehyun. Mirae mempercepatkan lariannya sehingga keluar dari hutan. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang bertubuh tinggi bersama kawannya yang juga tinggi.

"Awak tolong saya" pinta Mirae. Jejaka tinggi itu memandang Mirae pelik sebelum melihat ada seorang keluar dari hutan.

"Mirae balik" arah Taehyun dan berlakon seolah-olah abang menyuruh adiknya balik.

"Dia tipu, dia nak jual saya hiks" kata Mirae dengan tangisan serta badan menggigil.

"Dia nak jual kau. Tch, hey adik kau sendiri kut nak jual. Desperate nak duit ke" ujar lelaki itu.

"Aku kata balik Mirae!" teriak Taehyun lalu menarik tangan Mirae tetapi di tumbuk oleh lelaki di sebelah lelaki berkulit putih.

"Mingi kau bawa dia lari" ujar Yunho. Mingi menarik tangan Mirae lalu membawa pergi.

"Mirae! Aku akan cari kau satu hari nanti" kata Taehyun lalu berlari meninggalkan Yunho.

"Dasar pengecut"

Sejak itu Mingi dan Yunho rapat dengan Mirae. Mirae tak sangka dua lelaki itu merupakan satu sekolah dengannya sampailah mereka bertiga masuk ke dalam kolej. Sebab hal itu, Mirae berubah menjadi perempuan dingin dan pendiam. Bila dengan dua lelaki itu, dia akan bertukar menjadi ceria sedikit.

Tubuh Mirae mula menggeletar ketakutan. Air matanya mengalir.

"Mana kau sekarang. Dah lama aku tak jumpa kau"

"A-apa kau nak hah"

"Nothing, aku nak kau balik."

"Aku takkan balik lah! Aku tak de abang serupa setan macam kau lah" teriak Mirae lalu menamatkan panggilan itu. Dia merapatkan lutut ke dada sebelum menyembamkan mukanya di atas lutut.

Bahunya terhenjut-henjut akibat menangis. Dia semahu-mahunya tak nak mengingatkan peristiwa hitam tu. Dia trauma dengan abangnya.

Chan yang mendengar teriakkan Mirae bergegas menuju ke bilik gadis itu. Chan membuka pintu dan melihat Mirae yang sudah menangis tanpa henti.

"Hey kau kenapa ni" tanya Chan dan menghampiri Mirae yang sudah berada di atas katil. Mirae mengangkat kepalanya.

"Hiks d-dia d-datang b-balik hiks" balas Mirae dengan tangisan. Chan mengerutkan dahinya. Dia melihat telefon Mirae yang masih menyala, ada beberapa panggilan yang tidak diangkat.

"Shh tiada apa-apa, aku ada" pujuk Chan lalu menarik tubuh Mirae ke dalam dakapannya. Mirae membalas pelukan dari Chan. Chan menggosok-gosok perlahan belakang badan isterinya.

Perlahan-lahan tangisan Mirae mula reda. Chan menekup muka Mirae dan mengesat air mata Mirae yang masih berbekas di pipi Mirae.

"Tak nak ceritakan apa-apa?" soal Chan. Mirae mengetap bibirnya.

"Awak tanya lah Mingi dengan Yunho, diaorang je yang tahu apa yang terjadi dekat saya. Saya tak boleh nak cerita" balas Mirae seraya menundukkan kepalanya. Chan mengangguk.

"Okay. Tidurlah" kata Chan lalu membaringkan tubuh Mirae ke tilam. Chan menyelimuti tubuh gadis itu dengan selimut.

"Chan, teman saya" pinta Mirae. Chan mengangguk lalu membaringkan badannya di sebelah isterinya. Mirae memeluk tubuh Chan. Chan menepuk-nepuk pinggul Mirae untuk menidurkannya.

Lama-kelamaan mata Mirae mula terkatup dan di buai mimpi begitu juga dengan Chan.

To be continue.

Mula-mula nak buat Yeosang jadi abang Mirae, tapi maleh aku last" buat taehyun. Gdhdhshsh

Votes and comment

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now