16|༆

224 24 12
                                    

Mirae dan Chan berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah. Sebelum itu, mereka berdua berhenti di kedai serbaneka untuk membeli makanan.

"Chan saya keluar beli dulu" ujar Mirae. Chan mengangguk, Mirae membuka pintu kereta dan keluar sebelum masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

"Ermm nak beli apa eh" gumam Mirae sebelum mencapai sebungkus ramen, dua tin coke dan dua bungkus kimbab lalu membawa ke arah kaunter.

"Semuanya 3400₩" kata Akak kaunter. Mirae memberikan wang secukupnya kepada akak kaunter itu sebelum keluar dari kedai serbaneka.

"Mirae" panggil seseorang. Mirae memandang ke arah orang yang memanggilnya dan riak wajahnya berubah.

"T-taehyun"

"Mari balik" ajak Taehyun. Mirae menggeleng tanda tidak mahu.

"Tak nak" tolak Mirae. Taehyun merengus geram sebelum menarik tangan Mirae menyuruh mengikutnya. Mirae sedaya-upaya menepis tangan Taehyun.

Chan yang melihat isterinya di tarik oleh seseorang segera keluar dari kereta dan menolak tubuh Taehyun menjauhi Mirae. Mirae berlari ke belakang badan Bangchan.

"Kau siapa" tanya Taehyun kasar.

"Suami dia" balas Chan. Taehyun ketawa sinis lalu memandang Mirae yang berada di belakang Chan.

"Tak payah nak tipulah, ada ke orang nak dia. Dia tu sudah lah menyusahkan orang" kata Taehyun sinis. Chan menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya.

"Sekurang-kurangnya abang takkan jual adik sendiri demi kepentingan sendiri bodoh" ujar Chan sambil tersenyum senget. Di dalam poketnya dia perlahan-lahan membuka pisau lipat.

"Sekarang ni aku nak bawa balik adik aku!" teriak Taehyun lalu melangkah ke arah Mirae sebelum menarik tangan Mirae kasar tetapi Chan lebih pantas segera menoreh tangan Taehyun menggunakan pisau yang berada di koceknya.

"Arghh" rintih Taehyun sambil memegang pergelangan tangan yang sudah mengalir darah.

"Jangan sentuh isteri aku dengan tangan kotor kau kalau tak kau mati" ugut Chan sebelum menarik tangan Mirae menuju ke kereta. Mirae hanya mengikut Chan lalu masuk ke dalam kereta.

"Kau okay" tanya Chan. Mirae mengangguk perlahan.

"Saya okay cuma takut" balas Mirae. Chan tersenyum nipis lalu memegang tangan gadis itu lalu mengusapnya perlahan.

"Selagi aku ada aku akan protect kau ye sayang" ujar Chan dengan senyuman di bibirnya. Mirae membalas senyuman Chan.

Chan mula memandu kereta dan menuju ke rumah mereka-

Taehyun yang melihat kereta Chan pergi dari situ dengan pandangan tajam.

"Kau tunggu nasib kau orang"

To be continue

Vote and comment

[C] UNDER MY LOVE |BANGCHAN|Where stories live. Discover now