1

14 2 0
                                    

Pak! Bunyi bakul rotan dilanggar oleh seorang lelaki pertengahan umur. Di belakangnya seorang wanita mengejarnya. Lelaki itu tetap berusaha untuk melarikan diri dari wanita itu. Lama mereka berkejaran,akhirnya lelaki itu menemui jalan buntu. Wanita itu akkhirnya berhenti mengejarnya dan juga mula keletihan. Masih tidak menyerah,lelaki itu mengambil pisau di dalam poketnya dan mengancam wanita itu.

"Hei,awak ingat saya takutkan pisau tu. Baiklah,kalau awak rasa boleh cederakan saya dengan pisau tu,silakan,"wanita itu mencabar lelaki itu.

Lelaki itu terus menyerangnya menggunakan pisau itu. Wanita itu mengelak dan menendang kakinya. Lelaki itu jatuh di atas jalan tar itu. Wanita itu mengambil gari di dalam poketnya dan menggari tangan lelaki itu. Seketika kemudian,sekumpulan lagi tiba di sana bersama dengan kereta.

"Yah,bawa dia,"dan mereka  membawa lelaki itu masuk ke dalam kereta.

"Yah,Jang Y/N. Jangan nak memandai sendiri saja,"kata seorang lelaki.

"Wae? Awak dengki ke,Haknyeon?"tanya Y/N.

"Saya cuma risaukan awak. Macam mana kalau awak cedera?"Haknyeon memuncungkan bibirnya.

Tiba-tiba,seseorang merangkul leherya dari belakang.

"Yah,dia ni kan jaguh berlawan. Buat apa nak risau?"kata lelaki itu lalu senyum.

"Chanyeol sunbaenim,memanglah dia ni pandai berlawan. Tapi,macam mana kalau dia cedera?"Haknyeon masih risau akan Y/N.

"Awak terlalu risaukan dia?"tanya seorang wanita lagi.

"Gahyeon,lelaki tu. Awak akan menjadi pendakwa bagi perbicaraan itu,kan?"tanya Chanyeol.

Gahyeon mengangguk.

"Sunbaenim,Haknyeon,Gahyeon. Gomawo,"kata Y/N lalu tunduk.

"Haih,ini memang tugas kita sebagai pendakwa raya. Betul tak?"Chanyeol memeluk mereka bertiga.

"NAE!!"mereka semua menjawab.

Mereka mula ketawa. Semuanya ibaratkan keluarga yang bahagia walaupun mereka cumalah rakan sekerja di pejabat pendakwa raya.

Beberapa jam kemudian.....

Y/N sedang minum secawan kopi ais di sebuah kafe sambil melihat telefonnya. Kemudian,seorang lelaki duduk di hadapannya.

"Wooyoung,awak dah sampai?"tanya Y/N lalu meletakkan kopi dan telefonnya di atas meja.

"Y/N,awak ada cedera dekat mana-mana ke? Awak dah tangkap penjahat tu ke?"tanya Wooyoung.

"Perlahan-lahan,ya. Satu,saya tak ada cedera apa-apa. Kedua,saya dah tangkapnya dan Gahyeon akan menjadi pendakwa raya dalam kes itu,"kata Y/N lalu tersenyum.

"Syukurlah awak tak cedera. Kalau dia ada lagi sekarang,mungkin dia akan jaga awak sekarang,"kata Wooyoung kemudian dia menampar mulutnya sendiri seperti dia telah mengatakan sesuatu yang salah.

Senyuman Y/N mula pudar.

"Mianhae, "kata Wooyoung.

"Gwaenchana,"kata Y/N.

Kemudian,pandangannya beralih kepada seorang lelaki sedang membuli seorang pelayan wanita.

"Yah,awak ni tak reti buat kerja ke?"lelaki itu memarahi pelayan itu.

"Maafkan saya. Saya akan bersihkan sekarang,"kata pelayan itu.

"Awak tahu tak harga jam tangan ni? Kalau ia rosak,awak akan bayar ke? Harganya sama dengan tiga bulan gaji awak,arasseo?!"lelaki itu menaikkan suaranya.

Kemudian dia berdiri.

"Saya nak awak beri ganti rugi dekat saya atau saya akan beritahu pemilik tempat ini untuk pecat awak,"katanya sambil menolak dahi pelayan itu menggunakan jarinya.

"Sa..saya akan bayarnya. Jadi,tolong jangan beritahu bos saya untuk pecat saya,"kata pelayan itu.

Namun,tiba-tiba lelaki itu disimbah dengan air kopi. Lelaki itu menjerit kerana kopi itu panas lebih-lebih lagi terkena bajunya.

"Yah!!"jerit lelaki itu.

"Oh,mianhae. Saya nak sedarkan sikit awak tapi tiba-tiba saya lupa. Yang haiwan bila dah marah,sehingga ke akhirnya dia akan marah,"rupanya Y/N yang menyimbahnya!

Pelayan itu sedikit menjauh dari mereka.

"Bwo? Haiwan? Yah! Berani awak buat macam ni?"lelaki itu mula berang.

"Wae? Kalau awak menghina orang,boleh. Tapi bila orang menghina awak,rasa seperti maruah tercalar,kan? Setiap manusia ada maruah juga. Bukan awak seorang saja. Opps,lupa. Sampah tak ada otak untuk fikir tentang perasaan orang lain,"kata Y/N.

Lelaki itu lebih marah bila Y/N memanggilnya begitu. Lelaki itu cuba menamparnya namun dengan tangkas Y/N menghalangnya. Kemudian,Y/N memulaskan tangannya. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Lain kali,kalau nak lawan,lawan dengan orang yang tepat. Jangan nak buli yang lemah dan rasa diri paling kuat,"kemudian Y/N menarik lengan pelayan wanita itu supaya berhadapan dengan lelaki itu.

"Minta maaf sekarang,"arah Y/N.

Lelaki itu terus meminta maaf. Kemudian,Y/N melepaskan tangan lelaki itu. Dia terus melarikan diri.

"Lain kali,lawan mereka yang buli awak. Jangan biarkan mereka menindas awak hanya sebab awak berada di bawah mereka,"kata Y/N.

"Gomawo,"kata pelayan itu.

Y/N kembali ke tempat duduknya semula.

"Wah,nampaknya awak memang tak berubah langsung. Masih lagi si mulut lancang sejak sekolah,"kata Wooyoung.

Y/N cuma mengenyit matanya. Bulu roma Wooyoung mula meremang.

"Wooyoung,esok awak akan teman saya kan?"tanya Y/N.

Wooyoung mengangguk. Lalu mereka pun keluar dari kafe.

Di rumahnya....

"Kamu dah balik?"tanya seorang perempuan sambil memasak.

"Unnie,hari ni awak masak apa?"tanya Y/N lalu bergegas ke dapur setelah mencampakkan beg tangannya di atas sofa.

"Hari ni,saya cuma memasak makanan ringkas,"katanya atau lebih dikenali sebagai Joy.

"Kalau unnie masak,makanan yang ringkas pun sedap,"kata Y/N.

"Macamlah kamu tak pernah masak,"kata Joy lalu tersenyum.

Y/N menghidu bau masakan Joy.

"Wah,sedapnya bau!"puji Y/N.

"Unnie,nak tahu tak? Masakan unnie sangat sedap sampaikan saya langsung tak puas dengan makanan unnie,"sambung Y/N lagi.

"Y/N,esok kamu nak melawat dia?"tanya Joy. Y/N mengangguk perlahan.

"Kamu masih tak lupakan kes itu? Saya takut kamu pula-,"

"Unnie,saya cuma nak menjalankan tugas saya sebagai pendakwa raya,"Y/N memotong kata-kata Joy.

Kemudian,dia masuk ke dalam biliknya. Joy cuma memandangnya dengan pandangan yang sayu.

Keesokan harinya....

Seperti yang dijanjikan,Y/N dan Wooyoung tiba di sebuah tempat permakaman. Y/N merenung bekas abu mayat seseorang. Wooyoung berada di belakangnya.

'Apa khabar? Saya janji nak datang bila dah tangkap dia. Tapi,tak sangka saya datang sedikit awal. Ini salah saya. Saya sepatutnya yang mati tapi awak pula yang mati disebabkan saya. Mianhae. Dan juga,saya rindukan awak,'bisik hati Y/N.

Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi. Y/N mencapai telefon di dalam poketnya dan menjawab panggilan Haknyeon.

"Nae?" -Y/N-
'Datang sekarang. Kami dah jumpa dia,' -Haknyeon-

Tahulah dia siapa yang dimaksudkan Haknyeon. Dia terus meletakkan panggilan.

"Waeyo?"tanya Wooyoung.

"Wooyoung,saya pergi dulu. Saya ada perkara mustahak,"kata Y/N lalu meninggalkan Wooyoung.

My Princess II Park Jihoon X Y/NрдЬрд╣рд╛рдБ рдХрд╣рд╛рдирд┐рдпрд╛рдБ рд░рд╣рддреА рд╣реИрдВред рдЕрднреА рдЦреЛрдЬреЗрдВ