8

2 1 0
                                    

Seminggu kemudian....

Keadaan Y/N bertambah baik. Namun,masalahnya masih belum selesai. Pertama,masalah Xiumin yang merancang pemberontakan. Kedua,masalah untuk pulang ke dunianya kembali atau kekal di situ bersama Jihoon namun berlakon sebagai Puteri Kim Sae Hyun.

"Puteri!!"panggil seorang perempuan.

Tahulah Y/N dia ialah Aisha.

"Yoorim,kenapa panggil saya puteri? Kan kita dah setuju nak panggil nama sahaja,"kata Y/N.

"Saya takut saya dianggap biadap kerana memanggil nama sahaja. Jadi,saya cuma panggil nama puteri bila kita berdua sahaja,"kata Aisha.

"Apa yang awak buat di sini?"tanya Y/N.

"Saya baru lepas menghadap putera. Saya ingin pergi minum teh bersama raja dan permaisuri pula,"kata Aisha. Y/N mengangguk.

"Jaga diri,ya,"kata Y/N lalu meninggalkan Aisha.

Aisha terus berangkat ke tempat di mana raja dan permaisuri berada.

Di pintu istana....

Y/N tergamam kerana kini Jihoon berada di atas kuda dan mempunyai seekor lagi kuda di sebelahnya.

"Putera,ini untuk apa?"tanya Y/N.

"Awak kata nak berjalan-jalan di luar istana. Jadi,marilah,"kata Jihoon. Y/N yang melihat kuda itu terus tersenyum.

Kerana,ianya ialah salah satu sukan yang Y/N sangat suka. Dia terus naik ke atas kuda tanpa bantuan pegawai dan mengajak Jihoon keluar. Mereka berdua pun keluar bersama.

Di luar istana.....

'Wah,walaupun di luar ni sibuk,tapi ianya lebih bebas berbanding istana,'bisik hati Y/N.

"Macam mana?"tanya Jihoon.

"Apa yang bagus ialah kita bebas untuk melakukan apa saja tak kira darjat. Kajja,"kemudian mereka terus menjelajah kawasan di luar istana itu.

2 jam kemudian.....

"Tak sangka berada di luar istana sangat menyeronokkan,"kata Jihoon lalu senyum sambil menaiki kuda bersama Y/N.

"Putera,nak tahu sesuatu tak?"Y/N membuka bicara.

Jihoon melihat Y/N.

"Saya pernah bertemu dengan seseorang yang sangat serupa dengan putera. Dari segi rupa mahupun sifat. Ianya sangat serupa. Dan dia bakal berkahwin dengan seorang wanita yang sangat dia cintai. Tapi,segalanya musnah apabila lelaki itu mati di hadapan matanya apatah lagi lelaki itu mati kerana ingin menyelamatkan wanita itu. Dan wanita itu hidup dalam rasa bersalah sepanjang hidupnya dan tak mampu merelakan lelaki itu pergi,"katanya.

Walaupun itu kisahnya sendiri,tapi dia masih rasa bersalah.

"Tapi,saya rasa awak patut beritahu pada wanita itu supaya merelakan sahaja lelaki itu. Itu bukan salahnya melainkan ia ialah takdir. Dan juga mungkin dia akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik. Jadi,beritahunya supaya lepaskan saja. Lelaki itu bukan takdirnya,"kata Jihoon.

Y/N cuba menghadam kata-kata Jihoon.

'Betul katanya. Jihoon dah tiada tapi dia ingin saya teruskan hidup demi dia dan lupakan dia. Gomawo,Jihoon. Tanpa sedar,awak dah beri semangat untuk saya teruskan hidup demi awak,'bisik hatinya.

Tiba-tiba seekor burung putih hinggap di bahu Jihoon. Dia mengambil surat di kaki burung itu dan membacanya. Kemudian,dia menulis surat lain dan menerbangkan burung itu.

My Princess II Park Jihoon X Y/NTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon