9

2 1 0
                                    

Keesokan harinya.....

Walaupun destinasi mereka bertiga berbeza,namun mereka masih menghantar mereka keluar. Dongjun tersenyum kepada Xiumin dan Joy. Kemudian dia terus tunduk kepada Xiumin dan Joy. Begitu juga dengan mereka berdua. Kemudian,mereka menaiki tandu yang disediakan dan dihantar ke luar negeri. Dongjun terus menaiki kuda dan meninggalkan istana itu.

"Sekarang,istana dah bertambah sunyi,kan?"seseorang menerpa.

Y/N terus menjerit kerana terkejut.

"Yoorim,"panggil Y/N.

"Puteri,terima kasih untuk segalanya. Puteri dah bebaskan patik dari menjadi gundik,"kata Aisha.

"Saya tak ada buat apa pun. Jihoon yang banyak tolong saya,"kata Y/N.

"Taklah. Apa pun,apa rancangan kamu selepas ini?"tanya Jihoon.

"Patik akan pulihkan balik apa yang sebelum ni saya tertinggal. Saya pergi dulu. Tuanku berdua,sila jaga diri,"Aisha tunduk dan terus meninggalkan istana itu.

"Macam mana dengan siasatan yang Pegawai Ju buat sekarang?"tanya Y/N.

"Sesetengah menteri tidak mahu mengaku. Tapi,mereka tetap dihukum walaupun mereka tidak mengaku bersalah kerana bukti yang puteri berikan,"kata Jihoon.

"Kajja,"ajak Y/N.

Di tempat soal siasat...

Kedengaran jeritan-jeritan para pesalah yang terlibat dalam pengkhianatan kerana diseksa. Apabila Jihoon dan Y/N tiba,mereka terus berhenti. Y/N ke hadapan salah seorang menteri.

"Menteri Cho Yoon,lebih baik awak mengaku sahaja,"kata Y/N.

"Puteri,sampai hati tuanku menuduh patik terlibat dalam pengkhianatan? Patik tak pernah lakukan perkara terkutuk itu,"kata Menteri Cho.

"Baik awak mengaku sahaja!"suara Y/N menyebabkan semua terus tergamam.

Selama ini,apa yang mereka tahu,Kim Sae Hyun takkan berani menaikkan suara.

"Puteri,"panggil Jihoon.

Y/N meletakkan jarinya di mulut Jihoon supaya senyap.

"Yah,awak tak payah menipu. Saya ada bukti yang awak bersubahat untuk pengkhianatan ini. Jangan nak menafikannya lagi,"kata Y/N.

Gaya pendakwa rayanya dah keluar.

"Patik langsung tak terlibat. Segala bukti yang tuanku katakan itu,adakah ia wujud?"tanya Menteri Cho.

Y/N terus mengeluarkan bukti yang ingin dilihatnya.

"Ini ialah segala bukti. Saya dah perhatikan awak semua bertahun-tahun dan setiap kali ada perbincangan,awak akan ke rumah gisaeng. Jangan nak tipu lagi,!"Y/N menaikkan suarnya lagi.

"Sila sabar,puteri,"kata Jihoon.

Y/N terus tersedar.

'Betul. Ini bukan tempat soal siasat pejabat pendakwa,'bisik Y/N.

Dia mula berasa malu.

"Saya akan tanya lagi. Baik awak mengaku kalau awak tak nak mati sebab diseksa. Ingat,kalau awak tak mengaku untuk kali ini,saya sendiri akan seksa awak. Saya akan jadikan usus awak sebagai lidah awak dan jantung awak sebagai otak awak. Jadi baik awak beritahu saya. Awak terlibat dalam ini ke?"tanya Y/N lagi.

Menteri Cho mula teragak-agak untuk menjawabnya.

"Ppali!"Y/N menggesanya.

"Nae,saya dan semua yang awak tangkap di sini. Semuanya terlibat. Tolonglah berhenti seksa saya. Jebal,"kata Menteri Cho.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWhere stories live. Discover now