2

10 2 4
                                    

Di sebuah rumah.....

Y/N,Gahyeon,Chanyeol dan Haknyeon serta beberapa orang polis bersedia di sebuah rumah agam yang usang.

"Awak pasti ke dia ada dekat rumah ni?"tanya Y/N.

"Nae. Ada seseorang nampak dia masuk ke dalam rumah ini. Dan wajahnya sangat serupa dengan orang yang kita cari,"kata Haknyeon.

"Y/N,saya akan teman awak tangkap dia. Arasseo?"kata Gahyeon lalu memandang Y/N.

Tidak menghiraukan kata-kata Gahyeon,Y/N terus masuk. Gahyeon mengekorinya dari belakang.

Di dalam rumah......

Y/N perlahan-lahan memeriksa rumah itu bersama Gahyeon. Dan akhirnya mereka tiba di sebuah bilik. Y/N membuka pintu itu perlahan-lahan. Mereka berdua terus masuk ke dalam.

Tiba-tiba,Gahyeon diserang dari belakang. Mujurlah Gahyeon juga mempunyai seni bela diri. Dengan mudah,dia menarik orang itu ke hadapan. Dia ialah seorang lelaki yang mempunyai tatu di lehernya.

Dia mengenakan pakaian hitam serta pelitup muka hitam. Y/N berpaling dan ternyata itulah orang yang dia cari selama ini. Ia terbukti dengan tatu di lehernya. Lelaki itu bangun cuba melarikan diri. Y/N mula berlawan dengan lelaki itu.

Tidak disangka,lelaki itu juga sangat jaguh berlawan. Namun,masih tidak dapat menandingi Y/N. Akhirnya,lelaki itu lemah kerana kehabisan tenaga. Y/N menumbuk perut lelaki itu. Lelaki itu terus jatuh. Y/N terus membuka pelitup muka yang menutup wajahnya. Lelaki itu tersenyum.

"Awak senyum? Hei,Xiumin. Awak boleh senyum lepas awak dah bunuh orang?"sepertinya Y/N sedang menahan marah.

"Wae? Saya cuma berseronok. Dan awak semua ialah patung permainan saya,"Xiumin ketawa besar.

Tidak lagi dapat menahan kemarahannya,Y/N menumbuk wajah Xiumin. Gahyeon menahan Y/N menumbuknya. Kemudian,Y/N menepis tangan Gahyeon.

Dalam kemarahan yang masih membara,Y/N memegang kedua-dua belah tangan Xiumin lalu menggarinya.

"Xiumin,awak ditahan atas 25 kes pembunuhan yang awak mulakan 3 tahun lalu. Dan..... pendakwa raya yang awak tikam setahun lalu,"kata
Y/N lalu memaksanya bangun.

Kemudian,Gahyeon dan Y/N membawanya keluar dari rumah itu.

Di luar rumah.....

Haknyeon dan Chanyeol membawa Xiumin bersamanya. Namun,tiba-tiba Xiumin menepis tangan Chanyeol dan pergi ke salah seorang polis. Dia mengambil pistol polis itu dan mengacukannya ke arah Y/N.

"Cik Pendakwa!!"panggil Xiumin.

Y/N berpaling. Bang! Y/N ditembak tepat di dada. Darah Y/N bercucuran. Xiumin melepaskan pistol di tangannya dan mula ketawa. Polis mula menahannya manakala Haknyeon dan Chanyeol berlari ke arah Y/N yang terbaring di atas jalan tar itu. Y/N mula tersenyum.

'Akhirnya,kita akan berjumpa. Saya dan awak takkan berpisah lagi,'kemudian dia memejamkan matanya.

.........

Y/N membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapati dirinya berada di tempat yang berbeza.

'Saya dah mati ke? Saya ada dekat syurga ke?'hatinya berbisik.

"Oh,puteri! Awak dah sedar??"seorang perempuan memandangnya dengan pandangan yang bersinar.

'Siapa pula dia ni? Puteri?'hatinya berbisik lagi.

"Siapa awak?"tanya Y/N.

"Puteri,puteri tak ingat patik ke?"perempuan itu membulatkan sikit matanya.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWo Geschichten leben. Entdecke jetzt