5

7 1 2
                                    

Di sebuah tempat....

"Tak sangka bintang di sini sangat cantik,"kata Y/N. "Dinda,dinda masih lagi ingat?"tanya Jihoon.

"Apa dia? Saya masih ingat apa?"Y/N kebingungan.

Yalah,itu bukan badan dia yang asal.

"Nampaknya,dinda dah tak ingat. Dua minggu sebelum dinda kemalangan,beta bawa kami jalan-jalan di tasik sambil melihat bintang di langit. Waktu itu,bintangnya lebih cantik dari sekarang. Ianya sangat indah,"kata Jihoon.

"Tak sangka puteri ini sangat bertuah,"Y/N bercakap sendiri.

"Nae?"tanya Jihoon seolah-olah mendengar apa yang dikatakan Y/N tadi.

"Hah? Umm,anniya. Putera,apa kata kita datang ke sini selalu bila ada bintang? Ianya sangat cantik apabila tengah malam. Jadi,kita datang sini pada tengah malam,"kata Y/N.

"Jinjja? Beta tak pernah tahu pun sebelum ini. Arasseo,kita datang sini bila tengah malam menjelma,"kata Jihoon.

"Saya sangat bosan bila asyik berada dalam istana. Sekali-sekala,kenapa kita tak keluar istana?"tanya Y/N.

"Bukan beta tak mahu bawa keluar dinda,cuma,-"

"Dan jangan panggil saya dinda. Panggil saya dengan panggilan lain,"Y/N memotong ayat Jihoon.

"Mungkin kamu tak selesa sebab kita masih belum berkahwin. Jadi,beta cuma panggil kamu Puteri,macam mana?"Jihoon melihat Y/N sambil senyum.

Y/N mengangguk.

"Jadi,kenapa? Awak kata kita boleh keluar,cuma apa?"tanya Y/N.

"Cuma,kita tak boleh keluar sembarangan,"kata Jihoon.

"Kita cuma keluar berdua. Lagipun,bukannya saya suruh awak panjat tembok pun,"kata Y/N.

Jihoon tersenyum.

"Kajja,saya mengantuk,"ajak Y/N.

Jihoon dan Y/N pun bergerak ke bilik Puteri Kim.

Dalam perjalanan,Y/N terlanggar seorang lelaki yang memakai baju menteri.

"Maafkan saya,puteri,"ucap lelaki itu.

"Gwaencha...,"ayat Y/N terhenti apabila wajah menteri itu seiras dengan seseorang yang dia sangat bencikan.

"Xiumin?"panggil Y/N.

Rupanya,menteri itu sangat seiras dengan orang yang membunuh Jihoon di zamannya,Xiumin.

"Maafkan saya,tapi saya bukan orang yang puteri panggil. Saya pergi dulu,"kata Xiumin atau namanya sekarang Kim Min Seok lalu meninggalkan mereka.

"Waeyo? Kamu masih ingat dengan Menteri Kim?"tanya Jihoon.

Y/N mula memandang Jihoon.

'Adakah Jihoon akan mati di tangannya juga? Anniya. Saya takkan benarkan. Dia takkan boleh bunuh Jihoon untuk kali kedua,'bisik hatinya.

Tiba-tiba,kepalanya mula sakit. Y/N memegang kepalanya.

"Puteri,kenapa ni,puteri? Puteri!"Jihoon mula risau.

Pada waktu itu,seorang pegawai istana ada berhampiran mereka.

"Pegawai Ju! Datang ke sini!"panggil Jihoon.

Y/N terus melihat seorang pegawai yang dipanggil Jihoon tadi mendekati mereka.

'Haknyeon?'bisik hatinya dan perlahan-lahan matanya terpejam.

Jihoon mula panik. Pegawai Ju ataupun Haknyeon terhenti lalu tunduk.

"Apa yang boleh saya tolong?"tanya Haknyeon.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWhere stories live. Discover now