7

3 1 0
                                    

Y/N dan Aisha meletakkan penyepit mereka. Siapa sangka Aisha sangat sukakan pasta buatan Y/N.

"Dari mana puteri belajar memasak?"tanya Aisha.

"Anggap saja saya mendapat inspirasi,"kata Y/N.

Y/N mengalihkan meja mereka itu.

"Cik Muda,boleh saya nak tanya sesuatu?"tanya Y/N.

Aisha mengangguk.

"Awak masih muda. Kenapa awak menjadi gundik diraja?"tanya Y/N.

Aisha diam sejenak. Dia menghela nafasnya.

"3 tahun lalu,ayah patik ditahan atas tuduhan cubaan membunuh raja kerana seorang pegawai mendapati ada perancangan untuk membunuh raja dan yang mengetuai ialah ayah patik. Kerana itu,rumah patik diambil dan kami dianggap sebagai pengkhianat. Kemudian,patik pergi menghadap tuanku raja. Patik memberitahu bahawa patik akan menjadi gundik diraja jika keluarga patik dibebaskan dari gelaran pengkhianat. Jadi,tuanku menarik semula perintah dan membebaskan ayahanda patik,"terang Aisha.

"Tapi,awak tak menyesal ke?"tanya
Y/N lagi.

"Kalau itu dapat menolong keluarga patik,patik takkan menyesal,"kata Aisha.

"Saya bukan nak menyibuk. Tapi,kadang-kadang apa yang kita lakukan tanpa kehendak kita,cepat atau lambat kita akan menyesal. Walaupun sekarang awak tak menyesal,suatu hari nanti awak akan menyesalinya juga,"kata Y/N.

Aisha cuma tersenyum.

"Awak mesti bosan di istana ni. Saya dah bosan walaupun dah beberapa hari di sini. Jadi,apa kata kita berkawan? Saya takkan panggil awak cik puan dan awak tak perlu panggil saya puteri. Panggil saya dengan nama dan saya panggil awak dengan nama. Macam mana?"cadang Y/N.

Aisha tersenyum kemudian mengangguk.

"Jadi,saya panggil awak Yoorim. Dan awak panggil saya... umm..,"Y/N mula berfikir.

Sekarang dia mempunyai dua nama. Jang Y/N dan Kim Sae Hyun. Apa yang patut Aisha panggilnya?

"Saya panggil awak Sae Hyun. Betul kan?"tanya Aisha.

"N.. nae. Betul tu,"kata Y/N.

Mahu tak mahu,dia perlu dipanggil dengan nama puteri itu.

"Saya patut pergi dulu. Saya ingin makan angin sekejap. Jadi,jaga diri,Yoorim,"kata Y/N lalu keluar dari bilik Aisha.

Setelah Y/N keluar,Aisha mula tersenyum.

Di tasik.......

Y/N melihat pantulan dirinya di air. Kemudian,seseorang mendekatinya.

"Puteri ingin berjumpa dengan patik?"tanya seorang lelaki.

Y/N berpaling dan ternyata dia ialah Xiumin atau namanya sekarang Kim Min Seok. Y/N segera memberi arahan supaya dayang dan sidanya meninggalkan mereka berdua. Y/N merenung wajah Xiumin. Dia masih teringat bagaimana Xiumin menikam Jihoon di hadapan matanya. Dia cuma mampu menahan marah kerana itu bukanlah Xiumin melainkan Kim Min Seok.

"Puteri,"panggil Xiumin.

Y/N seperti baru tersedar dari lamunan.

"Nae?"Y/N mula tersenyum.

"Nampaknya puteri memang tak ingat apa-apa tentang kemalangan itu,"kata Xiumin.

Y/N mula berasa aneh.

"Awak tahu apa-apa ke tentang kemalangan yang menimpa beta?"tanya Y/N.

Xiumin cuma diam.

"Beritahu beta sekarang!! Kamu ada tahu apa-apa tentang kemalangan beta?"tanya Y/N lagi.

My Princess II Park Jihoon X Y/NWhere stories live. Discover now