TC [ 1 ]

92 30 114
                                    

"Tersebutlah hikayat tentang seorang gadis rupawan di Tanah Langkawi yang bernama Mahsuri

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Tersebutlah hikayat tentang seorang gadis rupawan di Tanah Langkawi yang bernama Mahsuri. Dikatakan didalam kisah, Mahsuri merupakan wanita yang paling cantik ketika itu!"

Aidan yang hanya mendengar celoteh gadis itu dari tadi mengerutkan dahinya. "Kenapa kau nampak teruja semacam ni, Aina?"

Gadis yang dipanggil Aina itu tersengih comel mendengar soalan sahabat lelakinya itu. "Terujalah! Aku pun teringin nak menjadi cantik dan diminati seperti Mahsuri tu!!" Jerit Aina teruja manakala Aidan sudah membuat muka menyampah.

"Girls, asyik nak benda tu je. Bosan." Kutuk Aidan perlahan.

Aina tersenyum nipis mendengarnya sebelum bersuara semula.

"Tapi yang sebenarnya, sebab aku menyukai hikayat Mahsuri itu ialah kerana..."

Aina menjedakan seketika ayatnya sebelum memandang Aidan.

"Pengajaran yang tersirat di sebalik hikayatnya itu."

Aidan berkerut hairan."huh?"

''Ma-maksud kau?''

Aina sekadar terdiam beberapa saat sebelum tersenyum manis. Matanya lalu fokus memandang awan yang bergumpalan di langit.

''Aku tak rasa kau percaya cerita aku. Maaflah kalau buat kau tertanya-tanya.'' ujar Aina sambil matanya masih tidak berkelip memandang awan di atas sana.

Aidan yang penat memikirkan jawapan Aina, ditambah lagi dia baru saja menyelesaikan latihan taekwando bersama aina tadi sekadar menjongketkan bahu. Malas memikirkan.

''Aidan.''

Tiba-tiba saja langit yang cerah tadi bertukar gelap. Udara yang kelihatan panas dan hangat pun turut bertukar dingin. Suasana kelihatan janggal sekali. Dek kerana terdengar suara Aina yang tidak biasa ia dengar.

''Apa?''

''Sumpahan tu... wujudkah...?''

Langit yang gelap dan angin yang kuat membuatkan pokok melambai lambai.

Aina memejam matanya sebentar sebelum membuka matanya semula dan melihat langit. 'tiba tiba cerah, pelik...' fikir Aina.

"Aidan... Aidan... Kau kat mana?" Aina melihat sekelilingnya dan langsung tidak kelihatan kelibat lelaki itu disebelah nya,dari posisi duduk dia terus bangun. Dia melihat terdapat banyak kapal layar dan ramai orang di situ. Dia melihat sekelilingnya dan kelihatan semua wanita di situ memakai baju kurung dan kain batik manakala para lelaki pula memakai baju melayu dan terdapat kain dikepala mereka.

"Sudah,aku kat mana ni?" Soal Aina.

Salah seorang perempuan yang memakai baju kurung itu tiba-tiba berjalan ke tempat Aina.

"Ah sudah-- macam mana aku boleh ada kat sini--" kata Aina di dalam hati.

"Aina...." Perempuan yang berjalan menuju ke Aina tadi menyeru nama Aina.

"Aina...." Sekali lagi dia menyeru

"Aina.... Amelyn....." Kali ketiga dia menyeru..

"Masya Allah... Selamatkan lah aku dari semua ni-- dekat mana aku sekarang ni---" kata Aina di dalam hati.

"Aina!!! Ainaaaaa!! Bangun woiii!!!" Jerit seorang lelaki.

"Masya Allah! Aidan!"

"Dah kenapa kau ni?"

Wajah Aidan yang kelihatan geram itu dia perhatikan lama.

"Kenapa pandang aku macam nak terkam je ni? Dahlah tadi tidur lena nak mati." Bebel Aidan geram sambil menarik lengan baju Aina agar gadis itu dapat bangun dari duduk.

Aina pula, dia hanya mendiamkan diri sambil menjeling Aidan tajam. Serius dia tengah geram, baru nak teruja di alam zaman melayu lama tadi. Last last ada lelaki mengacau. Apa ni?!

Melihat Aidan mengangkat kening apabila dijeling Aina sebegitu rupa, cepat cepat gadis itu menoleh ke arah lain. Hiks, kantoi.

Eh jap, kenapa tempat ni...

Aina terlopong seketika apabila matanya melihat pemandangan di sekelilingnya. Baju Aidan ditarik sedikit sehingga dia menoleh ke arahnya.

"Kenapa ni?" Soalnya geram apabila dia hampir tersembam jatuh akibat tarikan Aina yang tiba tiba itu. Hehehe.

"Aiden..."

"AIDAN!! BUKAN AIDEN!"

Aina tersengih apabila menyedari kesalahannya sebelum wajahnya bertukar keliru semula.

"Kita ada di mana sekarang ni?" Soal Aina perlahan sambil matanya tidak lepas memandang suasana sekeliling.

Aidan mengeluh. "Di rumah Pandak Mayah. Anak gadisnya menjemput kita makan makan katanya."

Aina mengerutkan dahi. Ni apa kes tiba tiba cara bercakap Aidan macam orang zaman dahulu kala?

"Siapa anak gadis dia?" Soal Aina polos.

Aidan meraup wajahnya perlahan. "Mengapa tuan hamba lupa lagi ya ni? Mahsuri lah! Siapa lagi?!" Jawabnya geram.

Aina terlopong.

"Aidan, tampar aku kejap. Aku masih bermimpi ke?"

Aidan membuat muka datar sebelum menarik Aina yang masih terlopong itu masuk ke rumah Pandak Mayah.

''Weh weh Aidan-- jangan tarik aku kuat sangat!'' Aina menjerit kesakitan seusai dirinya memasuki rumah kayu milik Pandak Mayah yang dikatakan si Aidan itu.

''Kalau hamba tidak berbuat sedemikian, bila lagi Tuan hamba mahu masuk ini?'' tanya Aidan yang Aina rasa... dia ambil vaksin bawah jambatan. Kenapa gaya bahasa yang diolahnya itu seperti zaman dahulu kala?

''Kita... kita kat mana?'' tanya Aina lagi, seperti orang yang tidak memahami bahasa sedangkan tadi Aidan sudah menjelaskan dimana tempatnya berada.

Aidan sekadar menggeleng perlahan, penat agaknya mahu menerangkan lagi kepada gadis itu. ''Sudah, sudah. Mari duduk.''

Gadis yang bernama Aina itu akur lalu duduk disebelah Aidan, berjarak kira-kira satu meter. Dalam dirinya dilanda kebuntuan memikirkan kenapa dia boleh berada disitu, matanya masih asyik menikmati pemandangan indah didalam rumah itu. Nampak cantik dan antik.

''Ohh... inilah Aina Amelyn ya...?'' soal Pandak Mayah sambil memandang Aina dari atas hingga ke bawah, Gadis itu nampak manis berbaju kurung biru dan bertudung labuh.

Aidan mengangguk laju, tanda bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ekor matanya mula menjeling Aina, memberikan isyarat bahawa Aina perlu memperkenalkan dirinya kepada lelaki yang duduk dihadapan mereka berdua.

''Err, ya. Nama hamba, Aina Amelyn. Selamat berkenalan.'' ujar Aina seakan memahami isyarat dari ekor mata Aidan. Tetapi bahasanya memang suka hati diolah saja, asal nampak seperti madah bicara zaman dahulu kala.

''Wah, sungguh manis bicara kamu ya? Suri... mari bawakan hidangan kepada tetamu kita hari ini," pinta Pandak Mayah kepada anak gadisnya yang masih sibuk berperang dengan masakan didapur.

Gadis yang dikatakan sekadar akur, lalu menuju ke ruang tamu dengan sedulang hidangan khas.

Mata Aina terbeliak tatkala matanya bertembung dengan wajah gadis itu.

''I-ika?"

TBC❤️

THE CURSE || CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ