TC [ 7 ]

43 22 9
                                    

Aina mengangkat Mahsuri masuk ke bilik milik Mahsuri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aina mengangkat Mahsuri masuk ke bilik milik Mahsuri. Aina keluar semula daripada bilik milik Mahsuri. Lelaki tua itu memandangnya dari atas hingga ke bawah.

"Wajah kamu sepertinya pernah dilihat tetapi di mana ya." Lelaki tua itu berfikir seketika. Namun, dia masih tidak dapat mengingatinya.

"Maaf, silakan duduk semua. Biar hamba buatkan air untuk semua." Aina melangkah pergi ke dapur.

"Hamba minta diri dulu," ujar Aidan.

"Baiklah." Jawab lelaki tua itu.

Aidan bangun daripada tempat duduknya dan melangkah pergi ke dapur. Kedengaran Aina sedang melepaskan kemarahannya didapur.

PRANG!

"Ya Allah, Aina! Apa yang kau sedang lakukan?"

Aina tersentak, dia melihat tangannya. Cecair merah telah mengalir dari tangannya.

"Ahh, maaf. Aku... aku..."

''Mari sini aku lihat lukamu.'' Aidan dengan cepat menghayunkan kakinya ke arah Aina sebelum kedua matanya membulat melihat betapa besarnya luka gadis itu.

''Kenapa boleh jadi macam ni?'' Wajah Aidan bertukar keruh, sebelum sebelah lagi tangannya mula menyelongkar isi almari yang mungkin boleh dipakai untuk menutup luka Aina. Aina terdiam menunduk. Haih, inilah akibatnya kalau membiarkan syaitan menghembuskan lagi api amarah yang sudah menjulang tinggi, kan sudah memakan diri sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun terbit dari mulut Aina. Dia masih terkesima apabila tidak mampu menyelamatkan Mahsuri yang diserang secara tiba-tiba oleh Deramang yang durjana itu. Kalau dia tidak keluar meninggalkan Mahsuri tadi, pasti tidak akan jadi begini! Terbit sebuah penyesalan yang tidak terhingga membuatkan air mata jernih Aina turun dari tebing mata.

''Janganlah menangis, Mahsuri sudah pun selamat. Jangan takut lagi, ya?'' Segera wajah keruh Aidan bertukar lembut supaya tidak lagi membuatkan gadis itu ketakutan. Ingin sekali mutiara yang ada disudut mata Aina itu diseka, namun dia masih tahu batasannya dengan gadis itu.

''Aku bodoh, aku tidak dapat selamatkan Mahsuri. Semua ini salah ku. Aku patutnya dihukum...'' Dengan air mata yang bercucuran seperti boleh diisi satu baldi, Aina sekadar membiarkan saja tangannya dibalut Aidan. Walau bagaimana pun, lelaki itu sangat berhati-hati membalut tangannya supaya jari mereka tidak tersentuh walau sekali pun.

''Usahlah berkata begitu. Apa yang lepas, jangan kau kenangkan kembali.'' balas Aidan yang hanya mampu mengusap angin saja, seakan-akan sedang mengusap kepala Aina tanda menenangkan gadis itu. Seulas senyuman manis dipaparkan, hanya untuk gadis dihadapannya yang cukup dianggap istimewa baginya.

Tiba-tiba sahaja, langit diluar yang cerah menjadi gelap. Suasana hangat yang dirasakan pudar, pun begitu mereka masih berhusnuzhon, mana tahu awan mendung mula menunjukkan diri.

THE CURSE || CWhere stories live. Discover now