TC [ 10 ]

33 18 11
                                    

"AIDAN!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AIDAN!!"

Batang kayu yang sudah hampir dengan wajah Aina ditepis mudah oleh Aidan. Dia mendengus kasar sebelum meluru ke arah Deramang yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya yang tidak disangka itu. Dengan rasa geram yang teramat sangat, Aidan menarik baju Deramang dan menumbuknya berkali-kali.

"Dasar manusia bertopengkan syaitan!! Lelaki apa kau ini, hah?!" jerkah Aidan. Deramang hanya mendiamkan diri. Aidan masih tidak berpuas hati, ditumbuknya pula perut Deramang sehingga membuatkan Deramang terduduk. Ryan dengan lekas menyilang tangan lelaki keparat itu ke belakang dan mengikatnya menggunakan seuatas tali yang dibawa bersama. Aidan melangkah ke arah katil, di mana tempat Aina terduduk dan menangis ketakutan.

"Lain kali jangan bertindak melulu! Tengok apa yang sudah jadi..." Aidan mengeluh perlahan. Geram dengan sikap Aina yang bertindak tanpa berfikir. Tangisan Aina semakin kuat. Dia merenung Aina dengan riak wajah yang risau. Dengan penuh kasih, dia menyeka air mata gadis itu dan mengukir senyuman nipis.

"Sudahlah tu, jangan menangis lagi..." pujuk Aidan dengan suara lembut. Tangisan Aina tidak kedengaran lagi, tetapi air mata masih mengalir di pipi putih mulus miliknya. Dia memandang ke arah Aidan yang duduk di birai katil sambil merenungnya.

"Kau tahu bukan, yang aku akan buat apa saja untuk kau? Jadi... kalau aku perlu mati sekalipun... aku tak kisah, yang penting kau selamat..."

Air mata mengalir lagi. Kali ini perasaan Aina bercampur baur antara sedih, terharu dan marah. Dia menarik nafas panjang dan perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Ryan yang hanya memerhati, menahan rasa cemburu. Dia menarik Deramang keluar dari bilik tersebut sambil mengetap bibir.

"Lepaskan hamba!" Deramang meronta-ronta melepaskan diri daripada pegangan Ryan.

Namun, tindakan Deramang bagai menghitung bulu kambing. Sia-sia sahaja, Ryan telah mencengkam Deramang sekuat yang mungkin. Deramang diheret pergi ke padang dimana Mahsuri dibunuh.

"Semua penduduk kampung keluar!" Laung Aidan.

Dia menyeru semua penduduk kampung untuk munculkan diri. Datuk Pekerma Jaya keluar daripada rumahnya. Orang-orang kampung yang lain juga turut menghadirkan diri.

"Hari ini! Bersaksikan Mahsuri. Deramang akan mengaku kesalahannya!" Jerit Aina.

"Tidak! Hamba tidak bersalah! Mahsuri dengan pemuda itu yang melakukan maksiat!" lawan Deramang.

Dia masih degil! Tidak mahu mengakui kesalahan yang dia lakukan. Sebilah parang yang dipegang Aidan dimain-mainkan di wajah Deramang. Dia tersenyum sinis melihat Deramang yang sudah menggigil ketakutan. Pandai dia buat, pandailah dia tanggung!

"Letakkan parang itu!" Jerkah Datuk Pekerma Jaya.

"Kamu sengaja ingin membuat Deramang takut supaya dia mengakui kesalahan yang tidak dia lakukan!" Marah orang kampung.

THE CURSE || CWhere stories live. Discover now