TC [ LAST ]

52 20 48
                                    

''Ya, Mastura

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

''Ya, Mastura. Hamba pasti Aina tahu tentang kewujudan hamba, bukan?'' Gadis yang diperkenalkan sebagai Mastura itu tersenyum manis tatkala matanya bertembung dengan muka serupa dengan raut wajahnya. Dapat dia lihat bibir Aina menggeletar, mungkin sedang dalam kekalutan dan kebingungan barangkali.

Walau pandangan Aina kepadanya masih separuh tidak percaya, namun gadis itu kekal mempamerkan sebuah senyuman buat pelanduk dua serupa dihadapan. ''Err... bagaimanakah Mastura boleh hidup semula..?'' soalnya, ragu.

''Aku memang masih hidup. Tidak pernah pula ku katakan yang aku sudah mati.'' Ayat itu menyentakkan Aina. Maksudnya selama ini... dia rupanya sudah salah fahamlah ya?

Ryan disebelah juga turut sama terkelu lidah, tidak berani menyampuk walau sepatah. Mungkin masih diserang kejutan tiba-tiba, ataupun memberi peluang bagi Mastura berbicara dengan Aina. Hanya Aidan saja terdiam membisu, tampak tenang pada luarannya.

''Terima kasih Aina, kau bantu ku untuk tumpaskan Deramang yang durjana itu. Aku sangat berterima kasih kepada mu.'' Tangan Aina ditarik perlahan, sebelum disalamnya tangan tersebut tanda sangat menghargai jasa Aina yang berani mempertahankan kebenaran.

''Sama-sama, Mastura. Maafkan daku juga kerana tidak dapat menyelamatkan kakakmu.''

Mastura sekadar tersenyum pahit.

"Tidak mengapa. Sekurang kurangnya anak saudaraku masih hidup. Aku tak boleh terlalu bersedih demi dia. Dia perlukan lebih banyak kasih sayang sekarang ini," ujar Mahsuri dengan nada sebak sebelum kerlingan matanya berpindah ke wajah Aidan pula.

''Hamba pasti, Aidan juga ada sesuatu untuk terangkan kepada Tuan hamba berdua.''

Serentak, pandangan Ryan dan Aina beralih ke Aidan, seolah-olah meminta penjelasan atas ayat yang Mastura baru saja ajukan tadi. Aidan yang menjadi fokus utama mereka berdua, akhirnya akur untuk menjelaskan kesemuanya.

''Maafkan aku kerana menyembunyikan hal sebenar dari kalian.'' Walaupun agak ragu untuk meneruskannya, tetapi tiada cara lain lagi untuk meloloskan diri dari menjawab pertanyaan yang bermain dibenak mereka berdua itu. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak disoal, baik kau jawab sajalah-

''... aku yang bawa kalian ke sini kerana Mastura meminta tolong dari ku.''

Mata Aina membulat dek terperanjat yang teramat. Ryan yang mulanya masih keliru dengan apa yang terjadi, pun sama membeliakkan mata. Terus Aina memandang semula ke arah Aidan sekali lagi, dalam diam bertanya, sahihkah apa yang dijelaskan oleh lelaki tersebut?

''Ya, aku memang berasal dari Zaman Mahsuri ini. Datang ke zaman kalian untuk meminta kalian menolong Mastura.'' Setiap persoalanan yang bermain di minda Aina akhirnya terjawab jua. Jadi, Aidanlah dalang disebalik misteri dirinya dan juga Ryan terperangkap di zaman ini!

Tiba-tiba Aina merasakan ada yang tidak kena dengan jawapan Aidan. Dahinya berkerut seribu, wajahnya terus menjadi serius.

''Jadi... adakah kau akan pulang ke zaman kami juga?''

THE CURSE || CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt