TC [ 9 ]

42 23 11
                                    

Wajah Mahsuri menjadi sepucat-pucatnya, putih bak mayat hidup yang telah diawet sepanjang tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah Mahsuri menjadi sepucat-pucatnya, putih bak mayat hidup yang telah diawet sepanjang tahun. Kerlingan mata Mahsuri tajam menusuk Datuk Pekerma, air matanya jatuh menitik di tanah bumi perkampungan tersebut.

Darah putih yang sedikit demi sedikit, mengalir membasahi pakaian yang dipakainya itu. Aidan disebelah Mahsuri juga sudah memucat sepenuhnya, memandangkan raut Mahsuri yang sepertinya tidak dapat diselamatkan lagi.

''Aku...''

Suasana nan hening yang menyelubungi mereka dipecahkan dengan suara serak milik Mahsuri, gadis yang telah ditikam dibahagian dada dek kerana fitnah yang dilontar orang yang mempunyai hasad dengki, makin membusuk hatinya kerna cemburu membuta tuli. Lebih tepat, Mahsuri ialah mangsa kepada keadaan.

''...aku redha matiku jika benar aku bersalah....''

Suara merdu Mahsuri yang selalu didengari oleh penduduk kampung itu bertukar menjadi keras dan kasar.

Datuk Pekerma yang dalang disebalik kecederaan dan kesengsaraan yang menimpa Mahsuri, hanya mampu menelan liurnya yang terasa pahit tersekat dikerongkong. Benarlah, siapa makan cili dia rasa pedas. Siapa yang berbuat salah, walau setenang ombak mana pun, pasti dirinya akan disebelungi rasa bersalah dan ketakutan.

''...tetapi jika aku dianiayai, aku haramkan darah ku mengalir ke bumi ini. Aku bersumpah, bumi Langkawi tidak akan aman dan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!''

Nyaring sungguh suara Mahsuri melontarkan kata-kata yang mungkin boleh dicopkan sebagai wasiat terakhirnya sebelum dia akhirnya terkapai lena begitu saja. Sebelahnya, Aidan menahan rasa perit kerana tidak menyangka, inilah penamat riwayat hidup seorang Mahsuri. Mati kerana hasad dan dendam orang lain.

''Ikaa!!!!'' Aina menjerit lantang, sudah basah tudungnya penuh dengan linangan air mata. Akhirnya, dia masih tidak dapat menyelamatkan Mahsuri walau secerdik mana pun dia merangka strategi. Ryan yang telah pun diikat semula sekadar menutup mata, tidak mampu melihat betapa dahsyatnya darah Mahsuri membuak-buak keluar dari badan.

Terus suasana yang panas tadi menjadi dingin seketika. Awan hitam tiba-tiba saja datang menutup cahaya Matahari yang menjadi saksi, sumpahan Mahsuri yang tidak lama lagi akan menjadi kenyataan. Maka dari disitulah bermulanya, penderitaan penduduk Pulau Langkawi yang tidak akan berhenti selama tujuh keturunan lamanya.

Tiba-tiba sahaja hujan lebat mulai turun. Ribut kencang melanda kampung mereka. Semua penduduk kampung berlari lintang-pukang meninggalkan tempat itu. Aina, Aidan dan Ryan juga turut ditinggalkan. Wanita tua yang sedang memangku seorang bayi iaitu anak Mahsuri menolong mereka bertiga untuk melepaskan ikatan.

"Terima kasih." Aina mengucapkan terima kasih kepada wanita tua itu.

Dia terus mengambil bayi yang berada didalam pegangan wanita tua itu. Langkahnya diatur pergi ke rumah Mahsuri. Ryan dan Aidan juga mengikuti langkah Aina. Penglihatan mereka semakin kabur kerana ribut kencang. Sudah banyak penduduk kampung tercedera akibat benda-benda tajam yang beterbangan.

"Hati-hati Aina!" Aidan pantas berlari ke arah Aina apabila ternampak sebatang kayu yang tajam terbang ke arahnya. Nasib baik dia sempat menarik Aina ke belakang. Mereka dengan pantas masuk ke rumah Mahsuri. Sumpahan Mahsuri telah menjadi kenyataan. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.

"Hisk... hisk... Aku tak dapat nak selamatkan Mahsuri." Rintih Aina.

Dua pemuda itu, melihatnya dengan simpati.

"Sudah-sudahlah kau menangis. Kau tidak bersalah," pujuk Aidan.

"Tidak! Kalau aku beritahu kepada Mahsuri tentang Deramang. Semua perkara ini tidak akan terjadi!" Herdik Aina.

Tiada lagi nada lembutnya. Senyuman manis yang dahulu sentiasa menghiasi wajahnya, hilang bagai dibawa angin. Kini, amarah dia kepada Deramang sudah sampai batasnya.

Ribut kencang akhirnya berlalu pergi. Hujan lebat juga sudah berhenti. Mereka bertiga keluar daripada rumah Mahsuri. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat ramai penduduk kampung telah mati disebabkan ribut kencang tadi. Mungkin ini balasan kepada mereka.

"Aku mahu mencari Deramang. Dia perlu dihukum!" Ucap Aina.

Aina melihat kearah Mahsuri yang masih diikat. Badan Mahsuri langsung tidak terkesan dengan ribut kencang tadi. Seperti ada benteng mengelilingi Mahsuri, melindunginya daripada ribut. Wajah berseri Mahsuri ditatap lama olehnya. Sekarang, dia perlu mencari Deramang!

Tanpa meminta keizinan Aidan mahupun Ryan, Aina terus mengambil sebilah parang yang ditemuinya sebelum dia berlari dari situ. Tidak dipedulikan panggilan daripada dua jejaka itu. Amarahnya kian membara pada setiap langkahnya.

Rumah tok penghulu dituju. Mengikut apa yang dia dengar dari tadi, Deramang menumpang sementara di rumah tersebut sekarang.

Cis, dasar tak tahu malu. Setelah hampir merogol seorang wanita dah memfitnahnya, boleh pula dia bersenang lenang ya?

Geram ni geram.

Tanpa salam mahupun ketukan, Aina terus membuka pintu kasar. Tiada lagi adab sopan yang sentiasa ada di perilakunya. Kini, hanya satu perkara yang bermain di fikirannya.

Dia harus membalas dendam!

Kelibat Deramang dicari. Satu persatu pintu bilik di rumah tok penghulu itu dibuka namun lelaki keparat itu masih belum ditemui Aina.

"Keluar sekarang Deramang! Aku ingin bunuh kau! Keluar!!" Jerkah Aina geram. Namun, kelibat Deramang masih tidak kelihatan.

Aina mendengus geram sebelum berpusing ke arah pintu. Mungkin sahaja Deramang kini telah melarikan diri akibat keadaan kucar-kacir kerana sumpahan itu. Namun, Aina pasti dia tidak melarikan diri terlalu jauh lagi.

Dia mungkin masih ada berdekatan! Aina yakin dia masih ada di tanah Langkawi ini! Ya, dia yakin!

Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah ke arah pintu keluar, satu susuk tubuh menghalangnya daripada terus berjalan. Disebabkan perbezaan saiz dan had kekuatan, dengan senangnya Aina diangkat dan dibawa ke satu bilik. Parang yang dipegangnya turut dirampas oleh jejaka itu.

"Woi!! Apa ni!!" Jerit Aina kegeraman. Sesuka hati je angkat anak dara orang, aku saman kau nanti siap!

Rontaan dan jeritan Aina tidak dipedulikan. Dengan kasarnya, Aina dicampak ke atas sebuah katil sebelum lelaki itu duduk di sebelah Aina. Mulut Aina yang tidak henti henti menjerit marah itu ditutup menggunakan sebelah tangannya.

"Shh, sayang. Jangan jerit..."

Aina tersentak sebelum mengetap giginya.

Suara itu...

"Kau rindukan aku kah..."

Melihat wajah yang kini sudah tersenyum senget ke arahnya, api kemarahan Aina semakin memuncak.

"... Mastura?"

Aina yang sudah tidak dapat menahan amarahnya, terus menggigit tangan yang menutup mulutnya itu. Tidak cukup dengan itu, satu tendangan kuat turut dilepaskan ke arah perut jejaka itu.

"Mati lah kau!!" Teriak Aina geram.

"Argh!!" Deramang mengaduh kesakitan apabila tangan dan perutnya diserang. Spontan dia menarik tangannya daripada mulut gadis itu sebelum dia mencapai sebatang kayu yang berdekatan.

"Dasar betina jahannam!!" Jeritnya sebelum mengayunkan batang kayu tersebut ke arah Aina.

"AIDAN!!!"



TBC

Astaghfirullahalazim, nama hero diseru di akhir Chapter 🤣🤣

Btw, double update setelah sekian lama menyepi~ 👀

THE CURSE || CWhere stories live. Discover now