TC [ 4 ]

44 25 16
                                    

''Suri, abang akan pergi berjuang disana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Suri, abang akan pergi berjuang disana. Jaga anak-anak kita, jangan biarkan mereka nakal-nakal ya.'' Begitulah pesanan Wan Darus kepada isterinya yang tercinta, Mahsuri. Elok saja dahi Mahsuri datang mengucup tangan suaminya itu, tanda penghormatan buat Wan Darus yang akan pergi menentang penjajah di arena juang nanti.

''Baiklah, kakanda. Dinda akan jaga mereka sebaik yang mungkin.'' Balas Mahsuri sambil menahan diri daripada mengeluarkan sebarang tangisan yang sejak dari kelmarin ia memendamnya. Siapa tidak sedih apabila suami yang amat disayangi sepenuh kasih itu akan meninggalkan dirinya walaupun sementara?

Pemergian Wan Darus disambut dengan linangan air mata Mahsuri dan lambaian buat kali terakhir. Dengan rasa sayu yang tidak terhingga, akhirnya Mahsuri menutup daun pintu seusai beberapa minit menjedakan diri.

''Haih... bila lagilah aku dapat bersua muka dengan Kakanda...?'' keluh Mahsuri sambil meraup mukanya. Sejak semalam, dia sudah pun bermimpi buruk dek kerana masih tidak rela melepaskan suaminya pergi.

Kesedihan itu terbantut begitu saja apabila telinganya menangkap dua suara yang agak familiar bagi dirinya.

''Assalamualaikum, Mahsuri! Kami datang nak beraya!'' ujar seorang gadis yang anggun berbaju kurung, bersama seorang lelaki disebelahnya yang segak berbaju melayu sambil dilengkapi dengan tengkolok sekali. Sudah pun mereka berdua memakai warna yang sejoli dan sehati sejiwa, pasti ramai yang tersalah anggap mereka pula pasangan pengantin baharu!

''Waalaikumusalam, silakan masuk.'' Terpaksalah Mahsuri memalsukan raut wajahnya, dan terus tersenyum manis kepada pendatang halal yang tiba dihadapan rumah kayu tersebut.

''Dimanakah anakmu, Ik... ah, Suri?'' soal Aina dan terus tersengih malu apabila sekali lagi dia tersasul menyebut nama Mahsuri.

''Sudah ku dodoi sehingga dia terlena. Jemputlah masuk, jangan malu-malu.'' Tersenyum manis Mahsuri sedekahkan kepada tetamu-tetamunya itu.

Aidan mengangguk laju lalu sorot matanya sempat menyinggah ke wajah Aina. Aina yang terasa diperhatikan oleh sepasang mata, laju memandang Aidan semula. Aidan tersenyum sebelum memandang ke arah Mahsuri semula.

"Aku pergi ke dapur dahulu, ya," pinta Aidan. Aina dan Mahsuri hanya mengangguk membenarkan.

Setibanya kedua wanita itu sudah duduk di ruang tamu, Aina berdehem perlahan.

"Kamu tidak rasa bahaya kah sekiranya kamu dan anakmu tinggal  berdua di sini, Mahsuri? Mana ibu dan ayah mu?" Soal Aina sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Mahsuri tersenyum nipis. "Ibu dan ayahku keduanya agak sibuk sekarang. Semalam mereka sudah berangkat ke luar negeri untuk menguruskan pekerjaan mereka."

"Kalau begitu, mari tinggal dengan aku?" Soal Aina lagi tidak mahu mengalah, entah mengapa dia berasa tidak sedap hati membiarkan Mahsuri dan anaknya, Wan Hakim hanya tinggal berdua di rumah tersebut.

THE CURSE || CWhere stories live. Discover now