"Assalamualaikumm ahli neraka"Moon melangkah masukke dalam kelas
"Ingatkan dah mampus , ada jugak diorang ni"suara Hanna kedengaran perlahan
"Apa dia?"soal Rai kepada Hanna
Hanna hanya menjeling
"Harini mood kami baik, jadi kami tak nak cari pasal dengan kau ya hanna"kata Reen
Kay hanya menggeleng, penat melayan
Beg di letak di atas Kerusinya
"Hai baby"que menegurnya
"Terkejut aku"balas Kay
"Yey girlfriend saya dah datang"ujar ash
Kay meletakkan beg di atas Kerusinya lalu dia memanggil Rai
Mereka berdua keluar dari kelas
Setibanya di hadapan bilik , tombol pintu di buka
Berkunci
"Diorang dah tukar kunci"kata Rai
"Wow , cepat betul diorang ni"Kata Kay
"Kay, Boyfriend kau cari !"jerit Moon dari seberang
"Minah ni, kalau boleh nak mic jerit satu dunia dengar"kata Rai
"Woi bingai! Lu punya suara satu sekolah dengar maa, lu tertelan mic ka?"soal Rai
"Wa memang suara macam ni semula jadi oo, lu apa tau"kata Moon
Kay menggeleng, dua dua sama bengap
"Kenapa tak angkat Call aku?"soal Que
"Ha tatau kena marah "kata Moon
"Eh kau sebok orang tengah bercakap tu kenapa, sini tolong aku siapkan homework"kata Wawa
"Eh, kenapa kau rajin sangat pergi buat homework ni "balas Moon
"Nanti kena denda cuci jamban, aku balik ni ada banyak lagi urusan"balas Wawa
"Busy macam lah kau ni perdana menteri"kata Moon
"Kau ingat perdana menteri je yang busy?"soal Wawa
"Bising lah kau, mana homework nya"balas Moon
"Ni"wawa melempar buku kepada Moon
"Eh lu, wa lempang nanti , apa pun tak dak, bagi elok sikit la perempuan"kata Moon , tangannya mengambil buku latihan itu
Berkerut dahi Moon membaca soalan sejarah itu
"Eh ini soalan bila punya ,kita dah belajar ke"soal Moon
"Dah, tu lah kau, cikgu mengajar kat depan kau korek hidung dekat belakang"kata Wawa
"Eh kau, aku ni dengar je cikgu ajar , kalau kau fokus asal kau tanya aku?"balas Moon
"Woi apahal korang ni"kata Rai
"Ni ha Perempuan ni, aku mintak tolong ajar soalan ni, jawapan dia aku tak tahu "balas Wawa
"Mana?"soal Rai lalu membelek buku latihan itu
"Eh kita ada belajar ke yang ni?"soal Rai pula
"Ha aku dah cakap"balas Moon
"Korang berdua sama je, masa cikgu ajar, korek hidung kat belakang, tak fokus langsung"kata Wawa
"Eh kau, mana kau tahu aku korek hidung ke, korek telinga ke, suka hati kau je "balas Rai
"Korang semua ni senyap sikit suara tu, bising tau tak suara korang dari luar boleh dengar"reen pula menegur
"Ha reen ,kau kena tolong aku, dua ekor anak tenuk ni, haram jadah diorang tak tahu, patut la sejarah tak lulus"kata Wawa
YOU ARE READING
The Rose Girls
Romance-mempunyai typo- Mengisahkan 5 orang pelajar perempuan yang sedikit gangster .mereka merupakan sepupu yang rapat..mempunyai rupa yang cantik..terpaksa berpindah semula di sekolah atok mereka kerana permintaan atok mereka...mereka merupakan anak juta...