Part 33

948 98 4
                                    




   "Kat sini korang rupanya puas aku cari"kata Moon lalu menarik kerusi di tepi rai

"Kau dari mana ni Moon ? Penat la aku tengok kau hari hari kena tepung"kata Rai

"Macam biasalah"balas Moon

"Mesti kau cari pasal kan? Tu lah kau lain kali duduk dengan kitorang je jangan jalan sorang sorang"kata Rai matanya masih memandang skrin telefon.

"Tapi korang yang tinggal aku"ujar Moon perlahan

"Apa?"soal Rai kurang mendengar apa yang dikatakan oleh Moon

Moon pula hanya menggeleng dengan senyuman

"Moon kau buat apa dekat sini , kitorang kena denda dekat depan pejabat tadi sebab kau tahu tak"kata Wawa

Moon mengerlipkan mata berkali kali. "Aku buat apa?"soal Moon

"Yang kau pergi pecah masuk bilik diorang tu kenapa , boleh tak jangan bertindak melulu"kata Wawa

"Mana ada ak-" belum sempat Moon menghabiskan ayatnya wawa sudah mula berborak dengan Rai

"Jom kay pergi beli makanan"ajak reen

Kay mengangguk lalu bangun mengikut Reen .

"Ikut"ujar Moon

"Eh kau duduk sini jaga laptop ni ha"ujar Rai . Terus terbantut moon untuk mengikut langkah Reen dan Kay

"Okay"balas Moon

Moon melihat Rai dan Wawa yang sedang mengemas . Terus dia membuka mulut .

"Korang nak pergi mana?"soal Moon pelik

"Kitorang nak jumpa junior , kau jangan nak pergi tempat lain pulak .jaga ni"kata Wawa

"Ouh okay"balas Moon

Mata memandang tubuh Rai dan Wawa yang semakin menjauh . Dia menarik beg miliknya lalu meletakkan kepala di atas meja .

"Hai Moon tidur ke?"Mendengar suara sahaja sudah tahu siapa . Malas mahu melayan Moon hanya memejamkan matanya .

"Sombongnya . Kau tak takut eh Moon sorang sorang?"soal hanny

"Mana ada aku sorang, kan ada malaikat dengan aku, tambah pulak dengan setan"balas Moon

Hanny mengetap gigi geram , menyampah dengan perangai moon .

"Boleh ketepi tak , kau menghalang laluan angin untuk menyapa aku "kata Moon lagi

"Aku straight to the point okay, aku kesian tengok kau, dah dipinggirkan the rose , Diorang semua tengah makan sama sama , tapi kau tengah duduk sorang - sorang"kata Hanny

"Itula kan , biasa la siapa je nak berkawan dengan orang perangai macam kau ni"sambung Tia

"Siapa je percara cakap korang , busuk hati"kata Moon

"Suka hati kaulah nak percaya ke tak , aku cakap benda betul"balas hanny dengan senyuman sinis

Moon tidak membalas , terbit rasa curiga di hatinya .

Setelah kelibat Hanny dan Tia hilang , dengan segera Moon menarik laptop bersamanya .

Dia segera berlalu ke atas rooftop sekolah itu .

'Kenapa aku dekat sini? Aku percaya ke cakap hanny dengan tia? Tak mungkin diorang tinggalkan aku'kata hati Moon

Tangannya sudah berada di tombol pintu rooftop.

'No aku tak percaya' kata hati moon lalu dia berpusing ingin pergi.

"Weh sedapnya , aku tak sangka reen pandai masak kek , sebelum ni kek dia pahit"suara Rai menyapa telinganya .

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now