part 31

1.1K 107 19
                                    




     "Weh Wawa kau nak tahu tak"berlari Moon ke arah Wawa

"Tak"balas wawa sambil membelek buku cerita bertajuk 'arnab dan kura- kura'. Buku yang di curi dari pusat sumber

"Ish dengar la dulu aku nak cakap bomgok"kata Moon yang berdiri di hadapan meja Wawa

"Tadi kau tanya aku nak tahu ke tak , lepastu aku balas tak kau marah pulak"balas Wawa

"Aku tak habis cakap lagi tadi kau dah menyampuk , sebab tu orang tua tua cakap kalau orang tengah bercakap jangan menyampuk . Biar dia habis cakap dulu"kata Moon

"Okay fine apa yang kau nak cerita sangat? Ada cikgu hot pindah sini ke?"soal Wawa

"Apa pulak kau ni tiba tiba cikgu hot?"soal Moon pelik

"Aku teka je habistu apa yang kau cakap?"soal  Wawa

Moon menggaru kepalanya lagi "bila masa pulak aku nak cakap . Tadi aku kata nak bagitahu je kan"balas Moon

"Lepastu cakap la cepat ... aku nak sambung baca buku ni , ish kau ni merugikan masa aku"kata Wawa

"Cakap apa?????"berkerut dahi Moon

"Eh tenuk , kau ni lepas kena tinggal memang auto jadi bengap ke? Jangan sampai aku viralkan gambar buruk kau"kata Wawa

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa?"soal Moon lagi

"Ish apa benda korang ni bising aku nak tido"kata Reen

"Ni ha Moon ni, dari tadi nak bagitahu bagitahu , cerita tu tak pun"kata Wawa

"Bagitahu apa?"soal Reen

"Aku nak bagitahu, ni ha tahu"moon menghulurkan tauhu kepada Wawa

Wawa dan Reen sudah terlopong memandang tauhu yang dihulur oleh Moon

"Aku nak bagi tahu , Wawa ni suruh aku cakap , aku nak cakap apa?"balas Moon

"Kau bla Moon , sebelum aku sumbat tauhu tu dalam lubang hidung kau"kata Wawa , sudah penat melayan kebodohan milik Moon .

"Allahu kenapa la" Reen menolak Moon keluar kelas

"Ish nak bagi tahu pun marah"ujar Moon

"Weh Moon kau tengok Ex kau tu , dia dating dengan tia"Rai menunjuk ke arah Qiff dan Tia

"Huh setakan macam tu memang aku jealous pun"balas Moon

"Tabah ya , semoga di mahalkan rezki"kata rai

"Alhamdulillah"balas Moon

"Eh hai Moon , Rai. Buat apa dekat luar?"soal Hanny

"Tengah gali kubur ni ha , tak nampak ke?"balas Rai

"Lawak la korang ni"ujar Hanny

Rai mengerutkan dahi , memang lah kitorang lawak, kalau gatal tu diorang .

"Ha ye ye"balas Rai malas

"Weh jom pergi dekat Kay"Kata Reen

"Kay dekat mana pun tak tahu"ujar Rai .lepas rehat terus Kay menghilangkan diri .

"Call la Jom"reen menarik Rai dan Moon beredar dari situ .

Hanny memandang sahaja tiga orang gadis itu. Nak cari Kay? . Cari lah kalau jumpa . Satu senyuman sinis terukir di bibir Hanny . Gembira apabila teringat apa yang dilakukan kepada Kay

Rai mendail nombor Kayla . Sudah puas mereka mencari di sekitar sekolah. Di kantin tiada, cafe tiada. Padang juga tiada. Mana lagi yang harus mereka pergi ?

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk pergi ke kolam ikan.

"Woi asal tinggal aku? Semak tahu tak tengok muka minah sengal tu, dengan the psycho tu, bosan la asyik kena perli"kata Wawa lalu mengambil tempat di kerusi kosong.

"Ni ha kitorang cari Kay tapi tak Jumpa"kata Rai . Mata melilau ke sekitar kawasan itu . Kot kot ternampak kelibat Kayla.

"Dah puas kitorang cari , tak jumpa . Call pun tak angkat . Aku risau la"kata Reen . Dia takut apa apa terjadi kepada Kay .

"Dia balik kot?"Ujar wawa . Mana lah tahu Kay balik awal ? Mungkin ?

Rai menggeleng . Dia sudah memeriksa kereta Kay. Masih di parking elok di sebelah kereta mereka .

Setelah beberapa minit mereka duduk di kolam ikan. Mereka membuat keputusan untuk ke kelas semula.

"Woi"suara Kay dari belakang memangil rakan rakannya . Terus The Rose menoleh ke arah Kay .

"Weh kau pergi mana Kay?"soal Reen . Risau dengan Kay yang baru munculkan diri itu .

"Aku kena kurung dalam tandas"kata Kay mendatar . Malas betul dengan semua itu. Baru sahaja dia masuk ke dalam tandas. Kepalanya di ketuk dari belakang.

Sedar sedar sahaja dia sudah di kurung bersama jamban. Telefon pula hilang entah kemana.

"Dengan kepala kau berdarah. Jom pergi bilik rawatan"kata Moon . Kasihan melihat kepala rakannya yang sudah berdarah itu.

"Malas, jom teman aku pergi kelas."Ujar Kay lalu bergegas ke kelas . Hatinya panas , dia tahu Hannylah yang mengurungnya .

Sempat dia menarik gelang orang yang memukulnya. Jelas tertulis Hanny di gelang itu.

Juga ada beberapa orang murid menjadi saksi kejadian itu. Namun mereka sudah diugut .

Sampai sahaja di kelas . Rambut hanny di tarik. Sakit? Sakit lagi kepala aku yang berdarah ni .

"Arhh woi kenapa ni. Que tolong i"kata Hanny . Puas dia cuba melepaskan cengkamam Kay di rambutnya. Namun Kay lebih kuat .

"The psycho bangun keluar mengikut Kay yang menarik Hanny dengan kasar. Sempat mereka mengambil beg galas mereka .

"Hanny. Kau gila ke Kay?"soal Hanna. Dia cuba menolong namun di tahan oleh The rose . Maju kalau berani!!

"Kau pun nak join kembar kau ke?"soal Wawa . Nak saja dia tarik rambut Hanna seperti Kay menarik rambut Hanny .

Sampai di kolam ikan . Terus di tolak kasar tubuh Hanny .

*bush

Habis basah Hanny apabila dirinya di tolak kasar ke dalam kolam ikan . Sudahlah kolam ikan itu masih tidak dicuci. Kuat bau air itu di tubuhnya .

"Kau lain kali kalau nak pukul, biar sampai aku mati la"Kay menunjukkan Darah di kepalanya kepada Hanny

Rambut hanny di tarik lalu darah di sapu ke muka Hanny.

Que menolak Kay menjauh dari Hanny.Hanny yang sedang duduk itu di tolong untuk bangun.

Wau so sweetkan?

"Kau fikir kau gangster ke? Pecahkan pintu tandas"kata Indra yang sudah berada di situ sekitar 3 minit

"Jom balik Kay"Wawa menarik Kay ke parking. Apa yang penting sekarang ni kepala Kay .

"Tak guna betulla perempuan tu. Meluat aku tengok. Yang jantan pun sama je bodoh"kata Rai

"Kenapalah kitorang tak pergi cari kau dekat tandas tadi"kata Moon

"Sakit tak kepala kau Kay?"soal Rai . Soalan bodoh ke tu Rai?

"Sakit la . Nak rasa ke?"soal Kay kepada Rai. Dari tadi dia menahan sakit di kepalanya itu. Boleh pula Rai menanyakan soalan sebegitu.

Rai sudah tersengih .

Mereka masuk ke dalam kereta . Reen memandu kereta Kay . Manakala Moon , wawa dan Rai menaiki kereta Moon .

Tiba sahaja di pondok jaga. Mereka di tahan atas arahan cikgu Mazlan.

"Pakcik, sebelum saya langgar basikal pakcik. Baik pakcik buka pagar tu"kata Reen

Terus pakcik jaga itu membuka pintu pagar. Kecut apabila diugut .




Tbc

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now