Part 32

1K 102 10
                                    







"Korang dah boleh panggil aku minah tepung . Boleh dikatakan setiap hari la aku akan kena salut dengan tepung , nasib baik aku bawa baju spare, bijak tak aku?"ujar Moon

Dia baru sahaja di mandikan dengan tepung oleh budak junior . Habis dengan aiskrimnya disalut tepung .

"Weh Moon aku ada soalan untuk kau"ujar Rai kepada Moon di hadapannya . Moon memandang Rai . Dia memaparkan wajah serious. Betul betul ingin menjawab soalan dari Rai

"Apa?"jawab Moon serious

"Tak jadi la"balas Rai ,mood mahu bertanya itu hilang apabila dia ternampak susuk tubuh ash bersama Perempuan lain , sakit hatinya tika itu .

"Alah kau niii"Moon muncung , baru sahaja dia ingin mengeluarkan semua fakta

"Menyampah betul aku tengok , dia fikir dia sorang je buaya. Aku pun buaya la , hek elehh"ujar Rai . Biarpun dirinya hanyalah seorang gadis single yang tersakiti.

"Eh kau buaya ?"soal Moon terkejut .

"Ya"balas Rai berlagak .

"Tapi kau kata semalam kau wanita paling suci. Kau baru je ceramah pasal mempermainkan hati seseorang itu tak baik . Lepastu kau post video dekat tiktok-"belum sempat Moon menyambung ayatnya . Rai sudah menekup mulutnya .

"Senyap sikit la, balik ni aku delete la video tu, aku nak bagi the psycho sentap je semalam . Ish kau ni"kata Rai geram

"Korang ni kenapa? Dari merapu baik tolong aku siapkan kerja ni, pukul 1 nanti nak kena bentang"kata Reen geram dengan rai dan Moon yang pemalas itu .

"Kerja aku bentangkan je , kau la yang siapkan"kata Moon

"Dah la moon baik kau pergi tukar baju , kau ingat kau ayam celup tepung ke?"kata Wawa

"Eh Kay kau dari mana?"soal rai kepada Kay yang baru sahaja sampai di hadapan mereka .

"Kena ruqyah"kata Kay malas .

"Wuih , kau kena rasuk ke Kay? Tu lah korang semua tak nak percaya , aku cakap kau kena rasuk lepas dia kena kurung dalam tandas tu , korang semua ni lalai"kata Moon

Ahli the rose yang lain mengerutkan dahi .

"Aku kena ruqyah dengan mazlan . Dia tuduh aku buli anak kesayangan dia . Kalau yang kena rasuk tu kau , tolong lah sape sape keluarkan setan dalam tubuh Moon ni . Kesian aku tengok"balas Kay

Moon sudah senyap

Reen pula menggeleng , baik dia siapkan kerjanya dengan segera.

"Kau tolong Reen siapkan kerja ni Moon"

"Senior Moon , cikgu nak jumpa dekat dalam dewan"kata Seorang junior .

"Okay"balas Moon , dengan segera dia ke dewan kerana malas mahu menolong Reen menyiapkan kerja .

"Pemalas punya moon. Aku sorok baju tidur hello kitty kau nanti"jerit Wawa dari jauh

"Baju tidur altraman aku ada lagi . Werkk"ejek Moon . Nak sorok baju tidur hello kitty dia? Huh tak kesah asalkan baju tidur ultramen zeronya ada.

Tangan laju menolak pintu dewan . Namun tangan kay lebih laju .

Dengan beberapa saat sahaja, tubuh Kay sudah basah dengan air berwarna hijau. Moon terkedu. Dia terkejut memandang tubuh Kay yang kaku di hadapannya .

Habis hijau tubuh rakannya itu. Dah boleh jadi hulk .

Kay memandang wajah que di hadapannya . Lelaki itu cuba mengawal riak terkejutnya .

"Ops salah orang pulak, moon ni semua salah kau . Kau ni moon macam mana boleh jadi ahli the Rose ? Kenapa korang ambil budak bengap ni eh?"soal Hanna

Moon terkedu seketika . Dia sedikit terasa dengan kata kata itu? Betul kah?

"Kau tengok sebab kau kay jadi mangsa . Haih kau ni mujur je diorang nak kawan dengan kau"ujar Hanna lagi .

"Kau cakap apa bodoh? Jangan nak memandai , kau tu yang bengap"kata kay

"Apa kay betullah apa aku cakap"balas Hanna

"Jom Moon"Kay menarik Moon keluar . Sempat di jeling semua yang ada di dalam dewan itu . Tunggu je lah nanti, pancit kereta korang aku buat.

"Weh Kay kau pahal ni? Jadi hulk pulak"kata Rai , tangannya menutup mulut menahan gelak .

Kay menjeling , tiba tiba dia mengukir senyuman sinis , tangannya dihalakan ke muka Rai , habis hijau muka rai yang acah suci itu.

"Wtf , aku doakan kau lupa charge fon"kata Rai

Wawa dan Reen sudah tergelak

"Apa jadi sebenarnya ni?"soal Reen , matanya memandang Kay dan Moon bersilih ganti .

"Aku tak sedap hati , aku ikutlah Moon, aku tolak je pintu tu kena jirus terus"kata Kay

"Lah kau ni punca betul Moon HAHAHAHH, dah la kena baling tepung tadi , pastu nak kena jirus dengan warna hijau pulak"gelak Rai

Moon memapir senyuman

"Gelak pulak kau , kalau kau kena tadi kan, kau dah boleh jadi kuih kau tahu tak hahahaahaha"gelak rai pula.

"Alah biasa lah aku kan hot mesti lah diorang nak buli aku"balas Moon

"Sudah sudah la Moon dengan ayat mengarutkan tu, malas dah kitorang nak layan"kata reen lalu menutup laptopnya . Kerjanya sudah selesai.

"Betul tu. Moon paling mengarut . Tak macam aku , aku paling lawa"kata Rai lalu bangun mengikut Reen .

"Dah la bi pun dia tak reti , penat tahu nak mengajar minah ni"kata Wawa

"Kay kau pergi tukar baju tu, kesian kau jadi mangsa , kalau moon yang kena tak apa"kata Rai

Moon hanya tersenyum sambil memandang ahli the rose .

"Jom Kay pergi tukar baju kau tu kesian kau"kata Wawa lalu menarik Kay bersama nya .

Apabila ahli the rose yang lain sudah berpaling, senyuman palsu yang terukir di bibir Moon semakin pudar .

Moon masih statik berdiri di situ . Tiba tiba dia mula rasa sesuatu. Dia sedikit terasa dengan kata kata Rai dan Reen.

Kelibat ahli the Rose yang meninggalkannya itu di pandang sayu . Sudah berapa tahun mereka berkawan, mengapa perasaan ini tiba tiba sahaja timbul?

Bajunya yang penuh tepung itu di pandang, siapa yang akan menemannya menukar baju?

Tangan menepuk tepung yang melekat di bajunya itu. Dia berharap, berharap agar ahli the rose berpaling dan memanggil namanya .

"Moon"terus di angkat kepala dengan mata yang bersinar

"Nanti masa bentang kau macam biasa lah , acah sakit perut sebab yang bentang tu empat orang je"kata Rai dari jauh

Moon memandang Rai , matanya yang bersinar itu semakin layu , dia mengangguk kepalanya bersama satu senyuman.

Senyuman palsu.

Senyuman yang dapat menutup rasa sedihnya .

Senyuman yang dapat menipu semua orang .

"Aku teruk sangat ke?"






Tbc

Wah lama betul tak update! Maaf semua !

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now