Part 45

1.1K 105 33
                                    

    

     Darren berdiri memeluk diri di hadapan Reen.  Reen pula memandang ke tempat lain. 

"Naik tidur atas katil  tesoro . "kata Darren tegas . Reen menggeleng laju. Eh taknak dia .

"Darren pergi lah tidur atas katil, Reen nak tidur bawah"kata Reen .

"Reen , kita bukan kena tangkap khalwat atau paksa tau sampai nak tidur asing asing macam ni"kata Darren

"Tahu"balas Reen

"Habis tu"ujar Darren lagi . Geram betul dia bila isterinya mahu tidur di atas lantai . Eh Katil punya mahal ni untuk apa ? Ada bini nak tidur dengan bini lah  

"Tak biasalah tidur dengan lelaki"balas Reen .

"Tesoro , habistu kau ingat aku selalu tidur dengan perempuan ke darling?"soal Darren

"Haah , dengan mak Darren"balas Reen.  Tanpa apa apa perkataan , Darren mendukung tubuh Reen lalu di letakkan ke atas katil.  Terjerit Reen dibuatnya.

Di tarik selimut lalu dia memeluk tubuh Reen erat .

"Kalau lari siap kau darling"ugut Darren . Reen statik di dalam pelukan Darren . Kepala di angguk laju. Tersenyum Darren dibuatnya.

Manakala di luar bilik pula adanya dua orang perempuan .....

"Kau rasa diorang tengah buat apa?"soal Rai

"Maybe tengah tangkap lipas"balas  Moon

"Lipas?"soal Rai pelik .

"Ye lah, dah Reen kan takut lipas je , maybe tadi lipas terbang kat muka dia "Rai mengangguk paham .

"Jom lah tidur "kata Rai lalu menarik Moon ke arah bilik tidur mereka. 

"Eh hai Kay , jom tidur dengan kitorang"kata Moon apabila terserempak dengan Kay di selekoh biliknya. 

"She slept with me "Ethan memeluk pinggang isterinya . Pudar senyuman Moon .

"Ish tak malu nak tidur dengan Kay . Tidur je la sorang sorang"kata Moon.  Terangkat kening Ethan . Eh wife aku kan .

Rai menepuk dahinya . Moon dah terlalu mengantuk ni..."jom lah pergi tidur Moon"Terus di tarik Moon ke dalam bilik tidur Wawa . Kesian wawa tidur sorang sorang.

"Jom baby"Ethan menarik Kayla masuk ke dalam bilik tidur mereka.




          "Good morning everyone!"jerit Moon.Nenek mencekak pinggang. Eh budak ni pagi pagi dah menjerit macam tarzen .

"Wah awalnya kau bangun Kay"kata Moon . Kay mengangkat Kening .

"Kau yang bangun lambat Moon, tak tengok jam?"soal Kay lagi. Ethan di sebelah nya hanya memandang Kay yang sedang menuang air teh panas ke dalam gelas kaca .

"Thank you sayang"ujar Ethan apabila gelas kaca itu dihulur kepadanya.

Tersenyum keluarga Kay yang ada di situ .Kay pula sudah malu . Habis mukanya menjadi merah .

"Dah mandi ke belum ni?"soal Nenek . Moon mengangguk kepala sahaja.

"Eh Kay leher kau kenapa? Ada nyamuk ke dalam rumah ni, aku tidur semalam tak ada pun"kata Moon

Tersembur air yang diminum oleh wawa. Apa punya bengap lah si Moon ni.

"Itu nyamuk besar lah Moon, dah makan cepat"kata mama Kay. Moon mengangguk kepala sahaja. Ooo nyamuk tu mesti kenyang sangat sebab selalu hisap darah.

Ethan tersenyum sinis kepada Kay, namun senyuman itu dibalas dengan jelingan dari Kay sahaja.

"Eh kejap mana Reen dengan Darren?"soal Nenek.

"Wawa dah panggil tadi , sekejap lagi turunlah tu"kata Wawa .

Yang lain hanya mengangguk sahaja . "Kay esok kau pergi school tak?"soal Moon

"Pergi, esok kena bentang "balas Kay . Moon hanya mengangguk. Alaa baru nak cutiiiii...

"Malas pergi lah tu"sindir wawa kepada Moon . Moon menjeling , eleh kalau kay cuti esok wawa pun cuti juga.

"Macam lah kau tu rajin"balas Moon . Jelingan diberikan kepada wawa di hadapannya. 

"Sudah sudah depan rezeki jangan bergaduh ."kata Nenek .

"Kenapa semua tak makan dulu ni? Sorry lambat turun "ujar Reen yang baru tiba di meja makan bersama suaminya. 

"Tak apa, dah sini makan sekali"seru nenek.  Reen dan Darren hanya menurut.

"Ni, kamu berdua pindah bila?"soal Mama Kay .

"Esok lepas balik sch terus balik rumah baru tu mama"balas Ethan manakala Darren hanya mengangguk .

"Pindah?, pindah mana?"soal
Moon

"Pindah rumah diorang la , diorang kan dah kahwin"balas Nenek

"Ha?"Ahli The Rose yang lain berbunyi.

"Kenapa pula... Biar la Kay dengan Reen duduk dengan kitorang...."kata Rai

"Ish, kay dengan reen ni dah ada suami, biar la diorang duduk dengan suami "kata Nenek .

"Kay....."sayu Rai memanggil .

"Ish bukannya tak jumpa terus"kata Kay. Apahal tiba tiba manja si Rai ni, sebelum ni dihalaunya aku dari rumah sebab curi makanan dia.

"Dah dah , jangan nak buat drama pagi pagi buta ni .cepat makan lepastu cuci pinggan"ujar nenek

"Kita disuruhnya cuci pinggan, orang gaji punya banyak"balas Moon perlahan.

"Shut up you"kata Nenek . Moon menutup mulut.








Pagi yang indah menjadi tak indah apabila Moon terpijak tahi kucing di tempat parking keretanya.

"Yaaaa shiball"jerit Moon geram sekali . Petanda apakah ini ? .Adakah ini sebuah amaran untuknya .

"Eeee tak sukaaaa!"kata Moon geram .

Tiba tiba ada satu kasut sport di letak dihadapannya. Moon mengangkat muka memandang manusia itu.

"Pakai kasut ni , kasut tu biar aku yang basuh"kata Qiff mendatar .Moon masih statik .

Apabila tidak mendapat respond dari Moon, Qiff menunduk lalu menarik perlahan kaki moon dari kasut .

"Kasut ni aku basuh, nanti aku beri bila dah bersih , pergi masuk kelas , nanti lewat"kata Qiff lalu dia beredar bersama kasut Moon yang kotor itu.

Moon memandang pemergian Qiff lalu kasut yang diberi oleh Qiff dipandang lama olehnya.

'Why? Why always when i almost move on ...' gerutu Moon dalam hati.

Tanpa di sedari , seseorang memandang nya dari jauh. Melihat adegan itu sejak mula.

'Hmm cinta tiga segi?'

Selesai memakai kasut , akhirnya dia berjalan masuk ke dalam kelasnya . Ahli The Rose sudah ada di meja masing masing.

"Eh lewat kau datang Moon"kata Rai .

"Hmm ada hal tadi itu yang lambat sikit "kata Moon . Ahli the rose yang lain hanya mengangguk sahaja . Malas mahu menyoal lebih lebih.












!!!!!!!!!!!!!!!!

Cepat buat undian before author tentukan mengikut kehendak hati......

A. Moon with ziyyad?

B. Moon with Qiff?

Sila beri sebab anda memilih jawpan di atas(3 markah)

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now