BAB 2

61 14 7
                                    

Jasad saling membutuhkan dengan jiwa tanpa janji setia

D A K A P A N   I R I S

Iris membuka mata. Matahari sudah naik dan cahaya terik itu menghala tepat ke arah pandangannya. Iris meletakkan lengan ke muka, cuba menghalang silau. Jari pula sudah ralit mematikan jam penggera di telefon.

Another meaningless day.

Menggerutu sahaja gadis itu yang sudah menyandarkan badan ke dinding. Masih lagi tidak berganjak dari katil. Rambut hitamnya sudah diikat membentuk messy bun.

Dia termenung. Cuba memproses otak di awal pagi. Dan Iris mulai mendongak memandang siling bilik. Tiada apa pun yang menarik. Tampak kusam saja, dengan beberapa bahagian yang sudah berubah coklat kehitaman. Mungkin kerana sering terkena air hujan disebabkan atap yang sudah bocor.

Tiba-tiba, fikirannya mula menerawang kembali ke peristiwa beberapa hari lepas.

"So, I hope we will never meet again.''

What a silly encounter! Iris menghela nafas berat. Bayangan lelaki itu seringkali mengganggu fikirannya. Tipulah kalau dia kata dia tidak terkesan dengan kata-kata lelaki tu. Iris rasa terpukul bila teringat ayat yang dituturkan oleh Nadhir. Sehinggakan dia terpaksa pergi walaupun hakikatnya Iris langsung tidak pulang ke rumah malam itu.

BANG!

Pintu bilik usang itu diterjah masuk tanpa sebarang amaran.

Bengis wajah lelaki separuh abad di hadapan Iris sekarang. Iris pula sedaya upaya menyembunyikan riak wajahnya yang sudah berubah. Hampir-hampir saja dia menjerit disergah macam tu.

Tetapi seperti biasa, Iris berpura-pura tayang riak kosong. Seolah-olah dia langsung tidak terkesan.

''Kau buat apa tak keluar bilik lagi, set*n! Kau ingat kau anak raja? Sedar sikit kau tu anak haram. Tahu tak, anak haram!''

Rambut Iris dicengkam kuat. Kepalanya digoncang sehabis mahunya. Memang langsung tidak beri muka. Sebab apa yang lelaki itu tahu, dia nak semua makanan dan urusan rumah siap sepenuhnya.

Tiada balasan. Iris langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.

''Benda paling menyesal aku buat dalam hidup aku, yang ini lah. Pelihara kau. Bagi kau hidup. Patut aku bunuh kau ni dari kecil.'' Masih Iris diam. Namun bahagian dalam bibir sudah digigit kuat, menahan perih bila mendengar kata-kata itu.

''Mak dengan anak bawa si*l, benci aku tengok kau! Bod*h, anak haram! Kenapa kau menyusahkan aku. Aku bukan bapak kau!''

Tanpa memikirkan Iris, lelaki itu menghentak pula kepala Iris ke dinding. Naik turun dadanya sambil tak henti mencaci maki Iris. Bila masih lagi tiada respon, lelaki itu mula menendang badan gadis itu. Amarahnya sudah tidak terbendung, dia sudah tak dapat nak mengawal diri.

Bau alkohol memang kuat. Hampir berbotol sudah dihabiskannya dalam masa semalaman.

Tak mampu bertahan terus, Iris mulai menyeringai kesakitan. Tapi sakit luaran itu masih tidak dapat menandingi sakit yang dirasakan di dalam hatinya.

Dakapan IrisWo Geschichten leben. Entdecke jetzt