BAB 7

38 5 5
                                    

Jasad saling membutuhkan dengan jiwa tanpa janji setia

D A K A P A N   I R I S

"You like it?"

Iris menganggukkan kepala sambil mulutnya mengunyah biskut coklat. Matanya sudah ralit memandang tasik di hadapan. Angin terasa membuai-buai wajah Iris yang kini tampak riang. Hati dia terasa ringat saat ini.

Dari tepi, Nadhir yang tak jemu memandang Iris sudah tersenyum kecil. Dia lega bila Iris sudah semakin sembuh. Iris juga sepertinya juga gembira, khusyuk melihat pemandangan yang terbentang. Memang sengaja Nadhir bawa Iris keluar makan angin sekejap. Kalau berkurung lama sangat pun tak elok juga.

Mata dipejam erat, galaknya seperti cuba menyebatikan diri dengan alam. Badan Nadhir pun sudah menyandar di bawah pokok redang tempat mereka berehat. Fikirannya ikut tenang rasanya petang itu.

Sudah seminggu lebih Iris tinggal di tempatnya, begitu juga dengan Nek Jah. Walaupun Iris degil mahu pulang, tapi masih tidak dapat melawan kedegilan Nadhir. Lelaki itu tahu masih ada perkara yang belum selesai selepas insiden minggu lalu jadi dia rasa belum masa yang sesuai untuk Iris pulang.

Namun, hari ini Nadhir tidak dapat membantah.

"Are you still insisting on going back home, Iris? Saya tak rasa tempat tu selamat." Jujur Nadhir menyoal. Iris yang menggeleng sambil ketawa kecil dipandangnya dalam. Matanya menunjukkan kerisauan yang tak dapat disembunyikan.

"Yes. Nadhir, after all it's my house. Takkan lah saya nak tinggal tempat awak sampai bila-bila kan? You are thinking too much, selama ini pun saya memang tinggat dekat sana."

Iris menoleh. Wajah lelaki yang sudah masam mencuka buat dia ketawa lagi. Entahlah, dia sendiri tidak faham kenapa Nadhir berkelakuan macam ni. Tingkah itu buat dia kekok.

"Tapi kalau lelaki tu datang lagi macam mana? And why not awak tinggal saja dekat tempat saya? Nek Jah kan ada."

"Look, I'm totally fine! Don't worry about me. Said haritu cuma salah orang je rasanya. And no, we are not even husband and wife jadi saya tak boleh tinggal lama-lama dekat sana."

"And if we're husband and wife, will you?"

Tersedak Iris bila soalan itu dilontar. Dia memandang Nadhir dengan kening berkerut. Tapi lelaki itu pula seperti tak sedar akan pertanyaan tak masuk akal itu. Masih tak dapat menghadam, Iris cepat-cepat melarikan pandangan bila Nadhir menatapnya dengan wajah yang serius. Wajah Iris terasa panas, dia tidak mahu Nadhir perasan mukanya yang sudah merona merah.

Soalan itu dibiar tidak berbalas. Iris meneguk botol air, cuba membasahkan tekak yang terasa kering sambil cuba meredakan suhu badan yang naik kerana soalan Nadhir sebentar tadi. Sejak dari hari itu, Nadhir seperti cuba menahan dia untuk pulang. Tapi hari ini, Iris sudah tidak mampu beralah. Banyak kerja yang tertangguh sejak kejadian itu.

Dia bukanlah perempuan yang suka mengambil kesempatan.

"Jangan lupa, saya masih ada ayah. Mesti ayah risau."

Tipu. Nadhir membuang pandang ke tanah sambil mengetap bibir. Dari suara Iris yang bergetar di hujung ayat pun sudah jelas menampakkan dia hanya berpura-pura. Nadhir sendiri yang menghubungi ayah Iris dan dia sendiri dengar yang lelaki tua itu langsung tidak ambil peduli akan anak kandungnya. Tak cukup dengan itu, malah dibalas dengan maki hamun pula.

He is not even worried for you.

Mahu saja kata-kata itu Nadhir ucap tapi ditelan sahaja tanpa menyuarakannya. Takut Iris terasa hati pula walaupun mereka pasti tahu bahawa itulah kebenaran sebenar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dakapan IrisWhere stories live. Discover now