BAB 4

37 10 4
                                    


Jasad saling membutuhkan dengan jiwa tanpa janji setia

D A K A P A N I R I S


Kaki menapak ke balkoni bilik. Malam itu masih saja sama seperti malam-malam biasa, membuat dia memandang kosong ke langit. Pejam mata, Nadhir mula menghirup udara segar. Cuba mengosongkan fikiran. Dari tadi entah mengapa dia rasa gelisah semacam tapi cepat-cepat ditolak rasa hati itu. Tidak mahu terlalu banyak fikir.

''Anything happen?''

Nadhir geleng kepala sambil tangan memegang erat cawan di tangan. Air teh yang masih panas itu buat tangan terasa hangat walaupun terkena angin malam di luar. Namun, air masih tidak diusik.

''Apasal ni, banyak kerja ke? Aku tak dapat nak tilik kau lah," Ditolak kasar bahu Nadhir dari belakang oleh Hazziq. Kawan baiknya sejak di bangku sekolah. Hazziq memang selalu datang ke apartment Nadhir kalau ada masa lapang. Bagi mereka itu sajalah cara nak lepaskan tension lepas kerja, lepak sama-sama. Terasa macam adik-beradik pun ada.

''Tak, aku rasa tak sedap hati je.''

''Fikir family ke? Dah lah, inshaallah, family kau okay je kat kampung tu,'' Ditepuk-tepuk belakang Nadhir, cuba menenangkan. Hazziq kenal sangat dengan Nadhir, kerana kebiasaannya instinct lelaki itu kuat. Tapi tidak lah semua tepat, tengok masa juga.

Hazziq pula meletakkan lengan ke besi penghadang, sudah terbuai memandang suasana bandar yang sesak. Selalunya Nadhir jenis yang banyak bercerita, kalau bukan pasal bola pun mesti dia akan berkongsi cerita lain. Tapi malam ni, senyap pula. Hairan juga Hazziq dibuatnya.

''Ha'ah lah Dhir, aku baru teringat! Jadi, apa macam cerita kau dengan perempuan tu? Any progress?'' Hazziq teringat semula tentang perempuan yang pernah diceritakan pada dia beberapa bulan lepas. Bukan main gembira lagi Nadhir bila dah dapat jumpa balik dengan perempuan di pondok malam tu. Siap tahu alamat tempat kerja lagi.

''Macam biasa je, Ziq. Tapi better lah dari sebelum ni. Start dari aku datang tempat kerja dia tu, ada lah juga aku hantar dia pulang and kitorang tukar-tukar number. Macam aku cakap, aku selesa kawan dengan dia.''

Nadhir tersenyum. Hubungan Iris dengan dia memang sudah tidak sekekok dulu. Walaupun ada masanya Iris masih lagi sesekali cuba menjauhkan diri, tapi dia langsung tidak kisah. Yang penting, dia tahu Iris pun sudi berkawan dengan dia. Mungkin cuma perlu tunggu beberapa masa lagi untuk open up.

Hazziq mengerling Nadhir. Kawan baiknya itu nampak gembira saja setiap kali bercerita tentang perempuan itu. Nadhir kata, ada sesuatu padanya yang buat dia rasa nak kenal betul dengan dia. Tetapi entah sedar atau tidak, Hazziq rasa Nadhir bukan sekadar ingin berkawan.

''Biar betul kawan je ni. Dhir, kau cerita ni je pun dah tersengih sorang-sorang macam kera busuk. Apa rasuk kau ni sampai tak sedar yang kau dah jatuh suka dekat dia?'' Direct Hazziq menyoal. Tiada lagi istilah berlapik-lapik. Bukan dia tidak kenal kawan baik dia sorang ni.

''Eh, apa kau ni. Tak ada lah. Aku cuma nak-''

Kata-kata Nadhir terhenti bila telefon bimbitnya sudah berbunyi nyaring. Nadhir pandang tepat ke arah kawan baiknya itu sambil buat isyarat tangan, tidak mahu Hazziq membuat andaian lebih-lebih. Haziq sekadar mengekek ketawa sambil membontoti langkah Nadhir yang mula masuk semula ke dalam. Cepat-cepat mencari arah bunyi itu.

Dakapan IrisWhere stories live. Discover now