03

25.1K 1.7K 274
                                    

"Saya nak tanya ni." Mia memandang wajah tidak berperasaan Zander itu.

Tangan Mia yang memegang lengannya itu Zander tolak, "Tanya je. Tak payah pegang aku." Kemudian lengan jaketnya itu dia gosok dua kali.

"Saya nak tanya yang malam semalam awak pergi mana?"

Zander kerut dahi, pelik. Macam mana Mia tahu yang dia ada keluar semalam selepas makan malam?

"Apa maksud kau? Tak faham."

"Eh, buat-buat tak faham pula. Kan semalam kita terserempak dekat depan lif tepi lobi itu."

Bagai hendak bertaut saja kening Zander apabila Mia kata begitu. Sejak bila mereka terserempak? Kali terakhir dia lihat Mia semalam adalah saat mereka semua sudah pulang dari restoran.

Mia memutarkan bebola matanya ke atas. Aduh buat-buat lupa pula. "Ye lah betul apa? Awak keluar dengan coat bagai. Tu yang saya tanya, awak pergi mana semalam?"

Coat? Takkan lah Mia terserempak dengan...

"Merepek." Zander memusingkan badan menghadap pintu bilik dia dan Keith. Nak masuk bilik, nak rehat.

"Awak tapi-"

Suara Mia dari belakang membuatkan Zander yang sedang membuka pintu itu berhenti seketika, "Bukan urusan kau dan jangan nak masuk campur. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. This is first and last. Tak payah sibuk hal aku." Dan dengan itu, Zander meninggalkan Mia sendirian dihadapan pintu.

Mia diam membatu. Zander...Kau memang tak fun langsung lah!


"Hey, morning mommy." Ubun kepala wanita yang sudah separuh abad itu dia cium.

Wanita yang sedang berbaring lemah tidak bermaya di katil hospital itu senyum nipis, "Zayle..." Ujarnya perlahan saat anak lelakinya melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kenapa dekat sini? Tak pergi office?" Lembut saja percakapannya.

Zayle geleng kepala perlahan tanda tidak lalu tangannya memegang tangan ibunya, "Zayle tengok mommy dulu before masuk office." Katanya sambil senyuman diukirkan buat bonda tercinta.

"Zayle dah jumpa Zander?"

Mendengar soalan itu diajukan, senyumannya bertukar tipis lalu kepala dianggukkan.

"Zander ada cakap yang dia nak datang tengok mommy?"

Zayle membelai rambut mommynya, "You know the answer mommy."

Sedikit hampa Puan Qaseh mendengar jawapan yang diberikan oleh Zayle saat Zander tidak mahu datang berjumpa dengannya.

Melihat reaksi mommynya berubah, terus Zayle bersuara kembali, "It's okay. Zayle kan ada? You don't even need him. Kenapa sibuk sangat nak jumpa dia? Selama ni, Zayle yang ada dengan mommy. Zayle yang hidup dengan mommy. Zayle anak mommy, bukan dia."

"Zayle..." Puan Qaseh cuba untuk kedengaran tegas walaupun keadaannya sangat lemah sekarang.

Zayle tayang wajah tidak bersalah selepas berkata begitu walaupun dia tahu yang mommy pasti marah dengannya. "Betul apa? Zander tu bebanan je. Sebab tu ayah pun-"

"Dia tetap abang Zayle. Nothing can ever change that Zayle."

"Mommy...Don't act like your relationship dengan Zander selama ni baik." Pedas Zayle membalas manakala Puan Qaseh diam tidak menjawab.

Zayle menghela nafas berat. Dia tidak mahu bergaduh dengan mommy pagi-pagi begini hanya kerana Zander.

"It's okay lah, mommy rest. Zayle dah nak kena pergi kerja ni. Bye." Dia bangkit dari duduknya dan dahi mommy dikucup sebelum berjalan keluar.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now