33

18.6K 1.4K 210
                                    

           Deringan telefonnya membuatkan dia menoleh. Serta merta wajahnya masam mencuka melihat nama yang tertera di skrin. "Lah call pula? Ingat nak pergi date dengan Ana mana tah."

Dia menjulingkan mata ke atas. Menyampah!

Telefon dari Zander itu tidak berjawab. Disebabkan itu, Zander menghubungi banyak kali. Membuatkan telinganya terasa bingit.

"Ugh." Dengan gaya malas panggilan itu diangkat. "Ha nak apa?"

"Kau makan Krispy Kreme tak?" Itu soalan pertama yang Zander tanya. Ingat nak tanya dah makan ke belum. Dah mandi ke belum. Dah bangun ke belum. Soalan apa yang suami dia tanya ni? Tak sweet betul lah.

"Ha pekak ke? Aku tanya ni." Kata Zander lagi apabila Mia tidak membalas pertanyaannya.

Mia memutarkan bebola mata ke atas. Tak reti sabar betul lah Zander ni. "Hm." Balas Mia malas. Tak nak bercakap dengan Zander kalau boleh.

"Ha?" Zander kedengaran blur dihujung talian.

"Hm." Ulang Mia lagi.

Zander mendengus. Dah bisu pula ke si Mia ni? Apa hm hm? Hm nak ke? Hm tak nak ke? Cuba cakap. "Cakap kuat sikit boleh tak? Tak dengar lah."

"Ye, nak nak!" Kata Mia sambil angguk-angguk kepala. Memang kegemarannya pun. Susah la ada suami pekak.

"Siapa kata nak beli?" Balasan Zander membuatkan Mia bertambah geram. Zander memang pandai naikkan darah dia.

"Saya bayar lah."

Diam.

"Beli tau." Kata Mia lagi. Kalau alang-alang Zander ada diluar apa salahnya kalau dia suruh Zander belikan. Boleh makan waktu petang nanti.

"Lambat. Aku dah keluar dah."

Mia mencebik, "Tak gun- Habistu awak tanya buat apa? Awak tu dah tanya pastu diam." Balas Mia geram. Ishh! Orang nak makan lah.

"Ye nanti aku beli lah." Balas Zander acuh tidak acuh.

Diam.

"Nak berapa?" Tanya Zander.

"Tak payah. Saya dah merajuk."

"Aku nak beli."

"Saya merajuk baru nak beli." Mia jeling. Kalau ada Zander depan dia sekarang ni, mesti dia sudah dicop itik.

"Aku main-main je lah." Zander geleng kepala. Apa lah yang emo tak habis-habis sejak pagi tadi.

"Awak memang. Pastu kalau gaduh, saya yang dipersalahkan."

"Memang ah. Sebab kau yang salah, pastu kau yang merajuk." Zander jawab balik. Lelaki mana pernah salah. Perempuan aje yang semua benda tak betul. Complicated!

"K." Balas Mia sepatah. Malas mahu layan. Asyik dia aje yang nak menang.

Zander senyum kemenangan di hujung talian. "Sayang kau. Dah bye."

Panggilan telefon dimatikan. Mia menutup telefon lalu diletakkan di atas meja kembali. Dia mahu sambung kerjanya yang tergendala tadi.

Misi cari buku nota Zander.




     Tangannya memegang sebuah teropong untuk memerhatikan setiap langkah dan pergerakan Adrian. Sebelah telinga dipasangkan alat untuk menyambung panggilan telefon bersama ketuanya. "Un, deux ou huit?" (Satu, dua atau lapan?) Soal lelaki yang sedang berada di atas talian dengannya.

"Un." (Satu.) Balas lelaki itu. Satu yang dimaksudkan ialah seorang tanpa pengawalan sesiapa. Dua bermaksud individu yang diekori membawa teman dan lapan bermaksud lelaki itu berada dalam kumpulan atau bersama lebih daripada dua orang teman.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now