42

16.1K 1.2K 177
                                    

"K-Kita tak patut tinggalkan Jade.." Gumam Adrian perlahan yang sedang dirawat oleh jururawat di dalam jet persenderian mereka. Jururawat itu sedang membersihkan luka di wajahnya dan kepalanya. Sampai sahaja di Malaysia, Adrian akan pergi mendapat rawatan terlebih dahulu.

"Adrian, apa yang penting sekarang ni kau." Ujar Zayyan yang sedang duduk bertentangan dengannya. Dia tahu yang Adrian risau tentang keadaan Zander tetapi sekarang, keadaan Adrian lebih teruk dari semua. Mereka risau yang dalaman Adrian turut terjejas sekali.

"Zander macam mana? Mia macam mana?" Tanya Adrian lagi. Dia lebih dahulukan orang lain berbanding dirinya. Sekarang Zander tiada bersama mereka, bagaimana pula dengan Mia?

"Alors s'il vous plait... relâchez Adrian." (Jadi tolong.. lepaskan Adrian.) Kata Zander, apa yang penting sekarang ialah mereka lepaskan Adrian.

"Attrape-le!" (Tangkap dia!) Nicholas menunding jari ke arah Zander dan anak buahnya yang lain mula bergerak. "Attrapez-les tous!" (Tangkap mereka semua!) Sambung Nicholas lagi. Darahnya menggelegak panas apabila pembunuh sebenar Noel ialah Zander, lelaki yang sedang berhadapan dengannya.

Sejak hari pertama Adrian diberitahu yang dia ditangkap kerana telah membunuh Noel, ketika itulah dia tahu bahwa orang yang sepatutnya ditangkap bukan dia tetapi Zander. Namun memikirkan nasib yang akan ditimpa oleh Zander, Adrian berdiam diri dan menerima segala seksaan bagi pihak orang kanannya itu.

Zander tahu yang Adrian mengambil semua kesalahan di atas bahunya apabila Nicholas memberitahu mereka semua yang punca Adrian ditangkap adalah kerana kematian Noel. Dan ketika itu lah dia sedar yang Adrian selama ni cuba untuk mempertahankan dirinya.

Mereka mula berlawan. Orang pertama yang Zander tuju ialah Nicholas. Satu tumbukan terkena pada wajah Zander membuatkan kepalanya terasa berpusing. Yang lain masih berlawan dan Adrian masih diikat di tangan bersama seorang anak buah Fedrico dibelakangnya.

Hampir selama 20 minit selepas itu, Zander tahu dia harus lakukan sesuatu untuk hentikan perperangan antara mereka. Zander dengan pantas mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak ke chandelier rumah agam tersebut sehingga menarik perhatian yang lain.

Semua disitu terus berhenti beraksi. Kesemuanya menoleh memandang Zander. "Tout cela n'aurait pas pris fin si personne ne s'était sacrifié et n'avait été sacrifié." (Semua ini tak akan berakhir jika tiada siapa yang berkorban dan terkorban.)

Zander melangkah setapak demi setapak ke arah Nicholas. Dia menghulurkan kedua tangannya ke Nicholas, seakan-akan membenarkan tangannya untuk digari atau diikat. "Let him go. Take me instead."

Nicholas tersenyum sinis lalu dengan sengaja dia menyepak kaki Zander sehingga menyebabkan Zander jatuh melutut dihadapannya. Dia mencengkam kuat rahang Zander, "Alright, as you wish."

"Let him go!" Arah Nicholas kepada orang bawahannya untuk melepaskan Adrian. Pengawal yang lain datang ke arah Zander dan Nicholas, ingin mengikat tangan Zander namun Keith pantas berlari ke arahnya, "Jade!"

Baru beberapa langkah kehadapan, orang kanan Fedrico mengacukan pistol ke Keith. Jika dia makin mendekat dengan Zander, dia akan ditembak.

Zander berpaling memandang Keith dan rakannya yang lain. Zander geleng perlahan ke arah Keith. Ingin memberitahunya yang biarkan saja dia bersama keluarga Fedrico. Dia kemudian toleh memandang Adrian. Satu senyuman nipis terukir pada bibir Zander yang sudah pecah. Senyum tanda terima kasih kerana selama berminggu cuba untuk mempertahankan dirinya. Senyum tanda yang dia tidak mengapa. Dan senyum tanda menyuruh Adrian untuk tolongnya menjaga orang yang dia sayang di Malaysia nanti.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now