73

27.5K 1.7K 834
                                    

             "Harder Mia!" Mia yang termengah-mengah mencari nafas dipandang. Peluh isterinya merinik jatuh di dahi.

"Penatlah!" Mia merungut malas. Penat tahu tak? Sudahlah ini kali pertamanya. Mana biasa.

"Lembiklah Mia." Kiara disebelah yang sedang memakai sarung tangan tinju ketawa melihat Mia dan Zander di atas gelanggang tinju.

Mia mendengus kasar mendengar kritikan kawan baiknya. Zander dipandang tajam dan langsung, satu tumbukan kuat diberikan pada suaminya.

"Ow!" Zander mendesis sakit. Tidak sempat dia mahu mengelak tumbukan Mia yang tiba-tiba itu.

Langsung kesemua mata fokus ke arah Zander dan Mia. Ketawa mereka dibuatnya melihat Zander yang sedang memegang rahangnya.

Zander berpaling wajah melihat Kiara. "Ni semua salah kau."

"Eh asal I pula yang kena? Mia yang buat." Balas Kiara tidak puas hati. Suka hati pula nak salahkan dia.

"Kau yang bagi pressure kat dia." Bidas Zander semula. Pandang Kiara tajam.

"Eleh, dia pun sama.." Kiara menjeling. Dia pergi ke arah Adrian yang sedang duduk sambil meneguk sebotol air mineral. Suaminya itu baru saja habis bertinju dengan Keith di gelanggang hujung sana.

"Rian..." Panggil Kiara meleret bagi menarik perhatian si suami. Langsung saja Adrian menoleh.

"Ha, kacau lagi Mia tengah training dengan Zander."

Kiara mencebik. Dia dengan selamba duduk di atas peha Adrian. "Kie main-main je." Badannya disandarkan pada Adrian.

Keith datang sambil membuka sarung tangan tinjunya. "Please, pergi sweet dekat tempat lain." Dia labuhkan punggung disebelah Adrian. Sakit mata tengok pasangan yang dekat sini sweet, pasangan yang dekat sana bergaduh manja.

"Kahwinlah K. Best tau." Sengaja Adrian mengusik. Keith pula hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata Adrian.

"Malas, tak ada calon." Balasnya hanya menutup rasa sebak di dada. Botol mineralnya diambil.

Adrian dan Kiara berborak buat seketika dan perbualan dua orang rakannya itu hanya kedengaran sayup-sayup di telinga Keith. Kata-kata Adrian tadi buatkan fokusnya ke arah lain.

Keith perlahan-lahan toleh melihat Kiara. Gaya percakapan Kiara, senyuman Kiara, sifat yang ada pada Kiara, buatkan dia teringatkan seseorang. Lama dia pandang Adrian dan Kiara. Gembira melihat kawannya sudah bahagia sekarang.

Tapi untuk dia sendiri yang mendirikan masjid dan mempunyai suri hati, mungkin tidak. Kahwin? Tiada dalam kamus hidupnya selepas dia kehilangan seseorang yang sangat berharga. Seseorang yang tiada ganti.

"Ha termenung!" Mia memetik jari dihadapan Keith, buatkan Keith dongak memandang Mia yang berdiri dihadapannya.

"Kau ni memang suka kacau aku kan?" Keith pandang Mia tajam. Selama ni sibuk kacau kekasih gelap dia sampai kena rembat, ni kacau dia pula.

Mia membuat muka menjengkelkan. "Kacau sikit pun salah. Kan Kie?" Mia toleh melihat Kiara yang masih duduk di atas peha Adrian.

Kiara hanya geleng kepala dan ketawa kecil. Tak habis-habis betullah dua orang ni.

Zander melabuhkan punggung di atas sisi Adrian yang lagi satu. Suka hati kauorang lah nak gaduh. Pipi aku masih sakit ditumbuk Mia tadi.

"Husband, tengok Keith dekat tepi tu." Mia mencebik. Sengaja mengadu pada suami.

Langsung saja Zander toleh pandang Keith. "Woi."

"Pe?" Keith membalas malas. Nak marah aku sebab aku marah bini dia lah tu.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now