Prolog

896 42 15
                                    

PERUT yang berkeroncong membuatkan dia tidak boleh lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERUT yang berkeroncong membuatkan dia tidak boleh lena. Sudah puas dia pusing ke kiri dan ke kanan tetapi tetap tidak boleh lena. Fikirnya jika dia memaksa memejamkan mata bolehlah terlena menunggu hari esok untuk bersarapan pagi. Tetapi perutnya seolah tidak mahu memahami asyik sahaja berbunyi.

Helaan dilepaskan sebelum tubuh dibangkit dan duduk bersila di atas katil.

Matanya mula meliar melihat makanan segera yang dibawa bersama siang tadi. Apabila memikirkan abang Syah sudah menghabiskan mi segera yang dibawa bersama sekali tiga bungkus terpaksa dia redakan hati. Mana mungkin ada lagi.

Jam di telefon pintarnya sudah menginjak 12.30 pagi. Pasti tiada gerai yang terdekat di kawasan chaletnya itu yang masih lagi buka pada waktu sebegini. 'Nak keluar ke?'

Lama dia berkira-kira sama ada dia perlu keluar ke pekan untuk mencari makan ataupun duduk sahaja di dalam bilik.

Perutnya kembali berbunyi.

"Keluar ajelah." Bingkas dia turun dari katil dan mencapai selendang yang tergantung di dalam almari sebelum dililit kemas di kepala.

Melihat mommy dan daddynya telah lama tidur tidak pula sampai hati untuk mengejutkan mereka untuk menemaninya bersama. "Tak apalah nanti aku whatsapp."

"Bawa Mercedes ke Myvi?" Dia berkira-kira yang mana satu kereta yang perlu dipandu. Memandangkan tadi sememangnya mereka membawa dua kereta disebabkan menghantar kakak dan suaminya ke jeti Mersing untuk bercuti di Pulau Tioman.

"Myvi lah, senang nak parking." Segera kunci kereta myvi di atas meja dicapai untuk keluar.

Aisya pergi pekan beli makanan - Mommy

Segera whatsapp dihantar memberitahu yang dia keluar ke pekan untuk membeli makanan sebelum kereta dihidupkan membelah jalan raya malam yang kian pekat.

Di seluruh tepi jalan diperhatI sambil mencari kedai gerai makan yang masih buka di waktu selewat ini. Sebaik melihat ada sebuah gerai makan yang masih dipenuhi ramai orang yang sedang makan dengan berselera terus membuatkannya tersenyum lebar. 'Ada pun.'

Meliar matanya mencari parkir berdekatan gerai itu. Tetapi malangnya tiada satu pun parkir kosong yang boleh diparkir di tepi jalan itu. "Jauh pun jauhlah."

Segera keretanya diparkir di bahagian deretan-deretan kedai yang menghadap laut. Suasana malam yang kian larut dengan hujan mula turun membuatkan malam itu semakin sejuk. Cardigan berbenang kait yang tergantung di kerusi kereta itu lantas dicapai dan disarung ke tubuh. Tanpa lengah laju kakinya melangkah ke gerai makanan dengan memegang sekaki payung lut sinar di tangan.

"Pak cik mi goreng ayam satu." Pinta Aisya sebaik sahaja tiba ke dalam gerai makan itu.

"Kejap yer dik." Pak cik botak itu masih sibuk memasak di dapur.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Where stories live. Discover now