Bab 1

445 43 30
                                    

GADIS manis berniqab itu diperhati lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GADIS manis berniqab itu diperhati lama. Setiap gerak-geri dan langkah gadis itu dipandang penuh minat. Walaupun hanya mata bundar sahaja yang terlihat namun hati kecilnya yakin wanita itu pasti cantik di sebalik niqab yang menutupi seluruh wajahnya. Sejuk matanya memandang.

Alangkah bagus sekiranya dia juga mampu seteguh dan sekuat itu untuk menutup aurat dengan sempurna. Tetapi imannya masih senipis kulit bawang. Lagi-lagi dia berdarah kacukan belanda dan membesar di belanda yang tidak begitu menitik berat tentang islam.

Memang benar dia tidak berpakaian seksi seperti sesetengah wanita lain. Tetapi menutup aurat sempurna masih jauh darinya. Lihat sahaja dirinya yang memakai selendang yang sekadar mengikat ke belakang. Jelas singkat di belakang dan tidak meliputi dadanya yang merupakan aurat bagi wanita. Malah dia juga gemar memakai seluar skinny jeans dan sweatshirt yang tidak melepasi punggung. Bagaimana harus dia boleh menjadi seperti wanita itu?

Melihat gadis berniqab dikurumi beberapa orang wanita lain itu membuatkan dia mengerutkan dahi. Kenapa tu?

Jelas wanita-wanita yang berkurumi itu bukan seperti seorang sahabat. Lihat sahaja gadis berniqab itu mengundur setiap langkahnya. Seperti kurang senang dan ketakutan.

Laju kakinya melangkah ke arah wanita berniqab itu. Melihat wanita itu ditunjal di tempat umum membuatkan dia panas hati.

"Hei!!" Aisya dan suara lain berteriak kuat. Mata mereka saling bertaut dan mengerutkan pelik sebelum tergelak kecil.

"Kau orang buat apa?" Sergah wanita berambut pendek separas bahu itu dengan wajah tegang.

"Jomlah!" Rakan dari sekumpulan wanita itu terus mengajak rakan-rakannya beredar.

"Adik okey?" Soal Aisya lembut memandang tunak mata hitam pekat itu.

Perlahan kepalanya mengangguk.

"Ish! Dah tua-tua pun nak buli orang. Aku sepak kepala dia baru tau." Wanita berambut separas bahu itu bercekak pinggang. Geram!

"Terima kasih." Ucap gadis berniqab itu perlahan.

"Sama-sama." Balas wanita itu dengan wajah yang masih tegang.

"Tanda ucapan terima kasih pada akak berdua, biar saya belanja makan." Pelawa gadis berniqab itu.

"Hah? Tak apalah." Aisya menolak baik pelawaan itu.

"Boleh juga, apa salahnya memang lapar ni." Tutur wanita berambut separah bahu itu dengan selamba.

Aisya terus mengalih pandang ke arah wanita berambut separas bahu yang berada di sisinya. Seriuslah!

"Hei, tak malu ke?" Bisik Aisya pada wanita itu.

"Ala... orang nak belanja buat apa tolak rezeki. Bukan kita meminta pun."

Tersenyum senget Aisya mendengar kata-kata wanita brutal itu.

"Alah... aku tahu kau pun lapar. Tengok perut kau pun dah berbunyi."" Tegurnya sambil tergelak sinis.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Where stories live. Discover now