Bab 8

259 29 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ZAKUAN meraup kasar wajahnya. Rambut yang tidak disisir dibiarkan sahaja berserabut. Sudah puas dia jalankan siasatan tetapi masih lagi di jalan buntu. Sungai Johor sudah puas dijelajahi dari hulu ke hilir sungai. Tetapi tiada sebarang petunjuk ataupun klu yang membantu.

Tiada satu pun tanda-tanda kesan pembunuhan disekitar itu. Adakah dia sedang mengikut petunjuk yang salah? Hatinya semakin debar apabila 15 hari bulan semakin hampir. Bermakna pembunuhan keenam akan berlaku jika dia tidak bertindak segera.

Pegawai atasan sudah bising apabila siasatannya sudah setahun lebih tetapi sehingga kini siasatannya masih tidak membuahkan hasil.

"Tuan!" Pintu bilik penyiasatan ditolak kuat Atirah dengan nafas yang masih termengah-mengah.

Atirah yang masih mengambil nafas diperhati dengan wajah serius. "Ada apa?"

"Tuan, saya mendapat laporan dari SWM mereka menemui telefon pintar yang mempunyai kesan darah di kawasan pelupusan sampah." Jelas Atirah yang masih mencari nafasnya. Jelas dia tadi sedang berlari.

"Telefon pintar?"

"Dipercayai telefon pintar yang ditemui itu adalah milik mangsa bernama Rosalina."

"Sejauh mana kebenaran itu? Dah dapat pengesahan ke?" soal Inspektor Zakuan.

"Belum Tuan, kebetulan waktu mayat dijumpai mati telefon pintar mangsa tiada di sisi. Jadi saya bersangka kemungkinan itu telefon pintar mangsa. Walau macam manapun, telefon pintar itu telah dihantar ke bahagian forensik untuk mengenal pasti darah yang melekat pada telefon pintar itu dan juga mengenal pasti cap jari."

"Bagus! Boleh saya tahu siapa pegawai forensik yang bertanggungjawab?"

"Kalau tidak silap, Cik Insyirah."

Mendengar nama Insyirah serta-merta bibirnya mengukir segaris senyuman. "Good! Senang nak buat kerja."

Insyirah walaupun perangainya boleh dikatakan boleh diajak gaduh dengannya. Tetapi bab-bab kerja semua tip top. Malah banyak buah idea dan spekulasi yang bernas yang boleh membantunya.

"Irwan, mari ikut saya ke SWM. Saya nak bertemu dengan saksi yang menemui telefon pintar itu."

"Baik Tuan." Sarjan Irwan terus mencapai kunci kereta di dalam laci mejanya.

"Atirah, jika ada sebarang progress jangan lupa beritahu saya." Pesan Inspektor Zakuan sebelum melangkah keluar dari balai.

"Baik."

Laju kereta Sarjan Irwan membelah jalan raya sebaik sahaja enjin dihidupkan. Sebaik tiba di SWM bahagian pelupusan sampah laju kaki Inspektor Zakuan ke pondok pengawal.

"Encik ada urusan apa di sini?" Soal pegawal keselamatan itu sebaik sahaja Inspektor Zakuan datang menghampirinya.

"Saya Inspektor Zakuan dari CID Johor bahru." Kad kuasa polis miliknya dikeluarkan dan ditunjukkan.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Where stories live. Discover now