Bab 7

255 26 20
                                    

KUNCI kereta di dalam tas tangan segera dikeluarkan sebelum punat kunci buka ditekan

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

KUNCI kereta di dalam tas tangan segera dikeluarkan sebelum punat kunci buka ditekan. Sakinah yang masih terkedek-kedek di belakang berjalan di sisi Wardah dibiarkan. Pintu di bahagian pemandu terus dikuak sebelum sekeping kad berwarna hitam yang terselih di celah pintu kereta jatuh di atas jalan raya.

"Apa tu?" dahinya mula berkerut melihat kad yang jelas terselit di pintu keretanya. Pada mulanya dia ingat itu hanya sekadar pamplet promosi. Namun, sangkaannya mula meleset apabila kad yang terjatuh di atas jalan raya itu adalah sekeping kad berwarna hitam yang diperbuat sendiri.

Perlahan-lahan badan dibongkokkan sebelum kad berwarna hitam itu dikutip. Luar kad itu diperhati. 'Tidak bernama?'

Isi kad itu tidak ditulis dengan tangan. Hanya kepingan dari huruf dari keratan akhbar dikerat dan ditampal menjadi satu ayat di dalam kad itu.

Tubuhnya serta-merta menjadi pegun apabila membaca isi kandungan kad itu. 'Don't you remember anything?'

Anak matanya terus meliar melihat sekeliling parkir masjid itu adakah pengirim kad itu masih di situ. Tetapi malangnya di luar masjid itu sungguh sepi selepas solat isyak. Tiada orang lain selain orang-orang masjid yang baru selesai solat dan peserta yang mengikuti usrah. Masakan orang-orang masjid yang baru balik meletakkan kad itu di keretanya. Tiada kerjanya mereka mahu bertindak yang tidak berfaedah seperti itu.

Kad itu ditenung dengan tangannya menggenggam kemas. Jantungnya pula mula berdegup pantas. Apa yang dimaksudkan oleh pengirim itu. 'Don't you remember anything? Apa yang aku perlu ingat? Apa yang aku lupa? Apa yang aku perlu tahu?'

Tangannya mula menggeletar sambil memerhati kad itu lama. Siapa penghantar itu? Adakah ini semua hanya olah dari budak-budak? Ya, mesti budak-budak nakal. Desisnya sendiri.

'Aisya, jangan fikir sangat. Ini mungkin budak-budak saja ingin mengenakan kau. Tahulah perangai-perangai budak zaman sekarang.' Aisya sedaya upaya menepis sangka buruk yang mula bersarang di hati. Walaupun hati kecilnya masih lagi merasakan sebaliknya.

Bahunya yang ditepuk tiba-tiba membuatkan bahunya terus terhinggut sehingga matanya meluas dan bergetar. Dadanya turut berombak.

"Aisya, kau kenapa ni? Okey tak ni?" soal Sakinah yang melihat wajah Aisya yang memucat seperti ada yang tidak kena.

"Ada apa kak Sakinah?" soal Wardah yang turut berada di situ dan terus memandang wajah Aisya.

Aisya masih membisu sambil anak matanya memerhati Sakinah, Wardah dan Yusuf yang sedang memandangnya penuh tanda tanya.

"Kak Aisya okey?" Wardah datang menghampiri sambil dahi Aisya dilekapkan dengan tapak tangannya.

:Akak demam ke?" soalnya sekali lagi.

Aisya menggeleng. "Akak okey aje, tak demam pun."

Tangannya yang memegang kad berwarna hitam itu segera dicampak masuk ke dalam kereta.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora