Bab 9

282 26 21
                                    

APABILA bulan sabit mula menghilang anak bulan mula munculkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APABILA bulan sabit mula menghilang anak bulan mula munculkan diri. Senyuman senget di bibir serta-merta terukir. Inilah kegelapan malam yang kian dia tunggu-tunggu. Malam yang indah untuk dinikmati.

Langkah wanita itu dari jauh diikuti dalam gelap. Sudah lama gerak geri wanita itu diperhati. Wanita yang tinggal bersendirian di rumah sewa kos rendah yang sering pulang dari kerja di sebuah kafe pada lewat malam dengan menaiki bas.

Selamat sahaja wanita itu masuk ke rumah lama luar rumah itu diperhati sebelum diketuk. Tidak sampai beberapa saat pintu rumah sewa itu dibuka dari dalam.

"Ya?" Soal wanita itu dengan mengintai wajah yang dilindungi dengan topi berwarna hitam.

"Saya datang untuk repair paip." Tuturnya sambil tersenyum mesra.

"Oh, ya! Saya ada call tukang paip pagi tadi." Wanita itu tersenyum dan terus membuka luas pintu rumahnya tanpa curiga.

Tanpa lengah dia terus membetulkan paip yang bocor di bahagian dapur sesekali langkah wanita itu yang sedang meneguk air di dalam gelas diperhati sambil tersenyum senget. Melihat wanita itu berlalu ke hadapan segera gelas itu dipandang sebelum pil zolpidem yang telah dihancurkan siap-siap dimasukkan ke dalam gelas dan terus menunduk kembali membetulkan paip.

"Bagaimana boleh?" Soal wanita itu sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Boleh... boleh... tiada masalah. Kejap ya cik."

"Tak apa." Wanita itu berkata tenang sebelum gelas yang berisi air yang diletakkan di atas meja diteguk rakus.

Senyuman puas apabila wanita itu tidak fikir dua kali untuk menghabiskan air yang telah diletakkan ubat itu.

Mata wanita itu mula berpinar dengan kepala yang berdenyut. Gelas di tangan terus terlepas dari tangan dan berderai. Tubuhnya terus ke belakang dan bersandar di mejanya bagi menahan tubuhnya dari rebah.

"Are you okay, miss?" Dia mula bangun mendekati wanita yang bersandar pada meja itu. Wajah wanita itu diperhati dengan senyuman disembunyikan.

Perlahan bahu wanita itu disentuh. "Duduk dulu cik," wanita itu ditolak duduk di atas kerusi.

Matanya mula meliar ke arah sekeliling sebelum anak matanya mula terhenti kepada satu arah. Kakinya mula mengatur langkah ke arah bilik utama. Bagasi besar yang diletakkan atas almari diturunkan.

Melihat wajah mamai wanita itu serta-merta mulutnya ditekup dengan kain. Namun, hanya seketika kaki dan tangannya meronta. Matanya yang berpinar dan membuarkan dia hampir sahaja rebah membuatkan dia tidak terdaya untuk meronta lebih kuat dan terus tidak sedarkan diri.

"Selamat tidur, sweetheart." Bisiknya sambil tersenyum puas. Wajah mulus itu disentuh sebelum didukung dan dimasukkan ke dalam bagasi yang sudah terbuka.

"Mari kita ke tempat yang lebih indah ya," bisiknya sebelum bagasi itu dizip dan ditarik keluar dari rumah. Rumah yang telah siap dikemas diperhati. Dia akan pastikan tiada satu cap jari yang tertinggal atau tanda-tanda yang dia pernah jejaki di rumah itu.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Where stories live. Discover now