Bab 4

277 32 28
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AISYA, kau tahu tak hari ni Wardah tak ada?" Soal Sakinah mula memandang Aisya yang sedang meletak kepalanya elok di atas meja. Melayan perasaan mengantuk yang sudah bermaharajalela.

"Tak ada?" Aisya terus mengangkat kepalanya yang berbaring di atas meja dan terus memandang Sakinah.

"Seriuslah! Mana kau tahu?"

"Dioranglah cakap. Hari ini Wardah tak datang sebab ada hal. Jadi orang lain akan ambil tugas Wardah."

"Oh, okeylah tu." Aisya mula meletakkan kepalanya semua di atas meja.

Bahu Aisya ditepuk lagi. "Wei... aku belum habis cakap lagi ni." Geram dengan tingkah Aisya yang masih sibuk mahu tidur.

"Ye, aku dengarlah ni." Jawab Aisya malas sambil anak matanya ralit memerhati ke arah luar. Figura yang semakin lama semakin mendekat membuatkan dahinya berkerut.

"Assalamualaikum semua," suara Yusuf sudah bergema sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.

Mendengar salam Yusuf segera Aisya mengangkat kepalanya dari atas meja. Matanya meluas melihat lelaki itu dan terus menoleh ke arah Sakinah.

Sakinah yang sedar wajah Aisya berubah terus mengangguk.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku awal-awal doe." Suara Aisya berbisik perlahan.

"Aku tadi nak cakaplah. Kau yang sibuk nak tidur dari tadi salahkan aku pulak." Sakinah sudah menjegilkan mata.

"Aduh!" Aisya mengeluh perlahan. Kalau tahu awal-awal tadi memang dia cabut dari kelas tadi. Kalau sekarang macam dah terlewat pulak.

"Kelas dah nak mula kamu berdua tak habis lagi bercakap? Atau kamu berdua ada benda nak kongsi dengan kami semua?" Tutur Yusuf dengan nada perli. Jelas perlian itu dituju kepada Aisya.

Laju Aisya menggeleng. "Tak ada Encik Yusuf."

"Kalau macam tu kita dah boleh mula kelas sekarang. Saya rasa kebanyakan dah kenal saya. Tetapi sekali lagi saya kenalkan diri saya Yusuf. Tak perlu panggil ustaz sebab memang benar saya bukan ustaz. Saya hanya membantu awak semua belajar."

Semua yang mendengar hanya mengangguk faham. Ada juga yang tersenyum apabila yang mengajar kali ini adalah lelaki kacak.

"Mari kita sama-sama baca umul kitab Al-Fatihah." Yusuf mula menadah tangan dan diikuti semua pelajar.

Sebaik umul kitab Al-Fatihah selesai dibaca Yusuf mula mengajar dan menerang sebaris-baris ayat dengan hukum hakam tajwid dengan lebih jelas.

"Wei, sedap jugak bakal imam kau ni baca Al-quran." Sakinah berbisik sambil tersenyum nakal.

Tajam jelingan Aisya memandang Sakinah yang sudah mula menyakatnya. Walaupun kenyataannya itu memang benar. Tidak disangkal bait butiran potongan-potongan ayat yang dibaca lelaki itu sudah membuatkan dia terpegun apa lagi jika lelaki itu membaca penuh ayat suci itu. Bacaannya mampu membuatkan hati wanitanya tersentuh. Walhal belum pernah dia merasa perasaan sebegitu rupa.

Bidadariku, Aisya Humaira (Memoirs)Where stories live. Discover now