𝟎𝟖 : 𝐇𝐢𝐬 𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝 (𝟐)

750 146 101
                                    

"Junkyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Junkyu...?"

"A-apa yang kau lakukan?"

Badan Jihoon membeku sepenuhnya di muka pintu saat pandangannya jatuh pada si sahabat yang sedang ingin membunuh Minho.

Pemandangan di ruang tamu rumahnya benar benar terlakar indah di hadapannya.

Jihoon menyesal.

Menyesal kerana memujuk bosnya untuk pulang awal malam tu.

Junkyu tersenyum. "Aku fikir kau akan balik lewat malam ni..." Anak matanya memandang Jihoon tanpa berkelip.

"Kau mahu bunuh appa aku...?" Soal Jihoon terbata bata sambil berjalan mendekati mereka.

"AAAUAUUAAA-"

Plak.

"DIAM LELAKI TAK GUNA!"

Minho yang asalnya ingin meminta tolong pada anaknya terdiam saat pipinya ditampar keras oleh Jihoon.

Bising, dah takde lidah pun masih nak bercakap.



Jihoon menghela nafas lelah. "Jika lelaki tua ni mati...kau akan masuk penjara Junkyu!" Kata Jihoon tegas.

Junkyu mengangguk kepalanya dengan tenang.

"Tidak apa. Hanya penjara saja, demi kau aku sanggup masuk penjara..."

Kata Junkyu sambil tersenyum penuh erti, tangannya yang masih memegang pisau di angkat tinggi lalu...
























SKREK!

Junkyu menikam Minho tepat pada dadanya dengan tatapan yang kosong.

"KIM JUNKYU!!!"

Suara Jihoon bergemar kuat saat pisau dapur itu menuduk masuk ke dalam bahagian dada Minho.

SKREK
SKREK

Cecair pekat memercik pada wajah mereka berdua saat Junkyu menggerakkan tikamannya pada dada Minho tanpa henti walaupun sudah terang terangan lelaki itu sudah tidak bernafas lagi.

"YAK, KIM JUNKYU!!"

BRAK

Jihoon menolak tubuh sahabatnya rapat pada dinding dengan nafas yang tersekat sekat.

"Junkyu, kau sedar tak apa yang kau dah buat ni...?"  Bisik Jihoon dengan anak mata yang hampir terkeluar.

Junkyu memandang sahabatnya. "Kenapa? Kau marah aku bunuh appa kesayangan kau?" Sinis Junkyu sambil tertawa.

Jihoon menggeleng.

"Siapa peduli tentang dia. Kau tahu kan hukuman membunuh orang??"

Ucap Jihoon pelan namun mampu membuatkan Junkyu tersenyum nipis.

"Aku tahu. Aku pantas mati."

BRAK!!

Junkyu menolak tubuh Jihoon menjauh hingga lelaki itu terjatuh ke lantai. Dan saat itu, Junkyu mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya.

"Maaf."

Junkyu tersenyum sambil mengacukan anak pistol tepat pada kepalanya sendiri.

"Harap kau hidup bahagia lepas ni...hoon."

BANG!!!


"KIM JUNKYU....hiks....!!"



Dan setelah itu, Junkyu melepaskan peluru tepat pada anak kepalanya. Jeritan dan juga tangisan Jihoon bergemar saat ini.

Tubuh Jihoon terasa lemah.

Sahabatnya, Kim Junkyu. Baru saja melakukan pengorbanan yang besar untuknya.

Dan itu bukan membuatnya rasa bahagia melainkan rasa benci pada dirinya sendiri semakin bertambah.

Setelah kejadian itu, Jihoon kehilangan satu satunya orang yang selalu berada di sampingnya.

"Junkyu...hiks...bodoh."

.
.
.

"Sial, kisah hidupnya seperti drama..."

Gerutu Hyunsuk pelan, tanpa sedar air matanya jatuh mengalir pada pipi merahnya.

"Sial, kenapa aku pula yang menangis ni...hiks..."

Umpat pemuda Choi itu sambil mengesat air matanya kasar saat merasakan pipinya basah.

Tidak boleh dinafikan yang Hyunsuk benar benar rasa simpati dengan hidup lelaki ini.

Ditambah lagi dengan kematian pemuda Park yang begitu tragis itu.

Tiba tiba Hyunsuk jadi terfikir.

Jihoon benar benar seorang yang tabah dan sabar.

Tapi kenapa orang sebaik Jihoon berakhir menikam Kim Doyoung hingga membuatkan lelaki itu koma.

.....


Hyunsuk mengatur langkah ke arah kelas nombor 5 di dalam bangunan lama yang sering dikunjunginya sejak kebelakangan ni.

BRAK.

Kerana terlalu tergesa gesa, Hyunsuk tidak sedar dia terlanggar orang di hadapannya hingga lelaki itu tertolak ke depan.

"Ah, maaf—eh Jaehyuk?"

Ternyata orang yang dilanggarnya Jaehyuk, rakan sekelasnya. Pemuda Yoon itu hanya diam sembari membetulkan cermin mata yang dipakainya.

Jaehyuk memandang pemuda Choi itu dari bawah hingga atas sambil mengangguk faham.

"Nampaknya kau pergi ke tempat tu lagi, kan?"   Kata Jaehyuk penuh erti.

"Hah?"  Hyunsuk jelas terpingga-pingga mendengar ucapan Jaehyuk.

"Apa maksud kau?"

"Tiada apa apa..."

Kata Jaehyuk sambil menggeleng kepalanya, dia menepuk bahu Hyunsuk sebelum berlalu pergi meninggalkan Hyunsuk yang masih lagi bingung.

Bingung dan juga keliru dengan soalan yang cukup pendek dari Jaehyuk.

"Ada apa dengan si Jaehyuk tu?"    Soal Hyunsuk sambil menggaru lehernya.




Dari jauh Asahi hanya melihatnya dengan pandangan sinis.

Bersambung

14/11/2021

_______
Don't forget to vote   *kenyit mata

[✓] replayWhere stories live. Discover now