𝟏𝟏 : 𝐖𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐲 𝐢𝐭

702 129 38
                                    

Seorang lelaki beruniform sekolah berdiri di rooftop sekolah sambil memejamkan matanya, rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang lelaki beruniform sekolah berdiri di rooftop sekolah sambil memejamkan matanya, rapat.

"Maaf..."

"Maaf..."

"Maaf..."

Berkali kali lelaki yang memakai nametag Hamada Asahi itu berguman perkataan maaf. Entah pada siapa dan kenapa.

Asahi membuka matanya, tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipinya.

"Jihoon, kau dah mati. Dan semua orang fikir kau yang tikam Kim Doyoung..."

"...hidup kau memang dipenuhi nasib malang..."

Guman Asahi sambil memandang rooftop itu dengan pandangan sayu.

Tempat ini-tempat Park Jihoon bunuh diri setelah didakwa menikam Doyoung yang sekarang ni masih lagi koma di hospital.

"Walaupun kita tak kenal lama...tapi aku rindu kau..."

Kata Asahi sambil mengesat air matanya kasar.

"Kau mati terlalu awal, Jihoon."

.....


Hyunsuk yang sedang mengulang kaji di dalam biliknya tiba tiba saja memetik jari saat mengingati sesuatu.

"Aku baru ingat..." Guman Hyunsuk sambil membuka laci mejanya, sebuah buku nota dan talefon di ambil.

Masih ingat talefon dan buku nota kecil milik Jihoon yang dijumpa Hyunsuk di dalam begnya bersama kunci kelas nombor 5?

Sampai sekarang Hyunsuk belum membelek barangan tersebut.

Pemuda Choi itu membuka talefon milik Park Jihoon dengan wajah ragu ragu, mujur saja talefon tu bebas dari password.

"Hmm?" Guman Hyunsuk sambil membelek isi talefon tersebut.

Mata Hyunsuk membulat besar saat dia menemukan dua gambar Asahi di dalam talefon Jihoon.

Mereka saling kenal ke??

Talefonnya tak berisi banyak benda, apa yang Hyunsuk temui di sana hanyalah satu pesanan suara dan gambar Asahi.

Pesanan suara yang disimpan di dalam notebook bersama beberapa baris ayat.

Help...tolong aku.

Seperti itulah baris ayat tersebut.

KRING~
KRING~

Belum sempat Hyunsuk ingin membuka pesanan suara tersebut, deringan loceng dari luar kedengaran.

"Itu pasti mak cik..." Guman Hyunsuk sambil meletakkan talefon itu di atas meja lalu berlalu pergi.









Sayang sekali Hyunsuk tidak sempat membuka pesanan suara itu.

.....


Hyunsuk berlari masuk ke dalam kelas nombor 5 seperti biasa, rasanya tempat ini boleh dijadikan tempat paling kerap sekali dia datang.

Semuanya kerana Park Jihoon.

Walaupun mereka tidak pernah berkenalan, Hyunsuk rasa begitu dekat dengannya.

Rasanya Hyunsuk patut berterima kasih pada sixth sense-nya yang mampu melihat kisah silam seseorang.

Pemuda Choi itu duduk bersila di lantai simen. Kotak kayu yang berisi lipatan origami dibuka.

"Hmm...nampaknya lipatan origami ni dah nak habis."

Guman Hyunsuk sambil meraih lipatan origami yang tersusun.

Seperti biasa nasib sial selalu datang pada aku. Tapi tidak dengan pertemuan kami berdua.

Pertemuan kami mungkin tak seindah ataupun tak segempak watak di dalam film tapi...susah untuk aku lupa.

Terima kasih, Asahi.

Alis Hyunsuk terangkat, membaca perkataan terakhir? Asahi? Lelaki yang boleh melihat masa depan itu?

Hyunsuk memejam matanya sambil memegang lipatan kertas itu.

"Fokus...Hyunsuk."

Guman Hyunsuk sebelum ingatannya di sapa beberapa memori.

.
.
.

FLASHBACK

Jihoon bersandar pada dinding rooftop bangunan sekolahnya sambil memejamkan matanya.

Tap.
Tap.
Tap.

Bunyi derapan kasut berdering di telinganya. Jihoon membuka mata dengan wajah yang berkerut.

Sorot matanya jatuh pada seorang lelaki berkulit putih yang sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman misterius.

"Siapa?"

Bersambung

24/11/2021

_______
Double update sebab bab ni pendek.

Don't forget to vote dear 😊

[✓] replayWhere stories live. Discover now