P R O L O G

628 72 25
                                    

            Mataku terpejam menahan rasa sakit dan senak di dalam perut. Rasa pedih yang menjalar membuatkan kening aku berkerut bersama mata yang terkatup rapat. Sakitnya !

" Lyn ? " bahu kanan aku disentuh seseorang.

" Hm ? " Mataku buka sedikit untuk melihat gerangan yang menyapa.

" Kau okay tak ni ? Dari tadi aku tengok kau macam sakit sangat je.. Kau dah makan ke ? Pucat gila muka kau ni ! " jelas terpancar riak kerisauan pada wajah Nur Syafa.

" Aku okay jelah. Tak sakit mana pun.. Maybe period pain or perut aku masuk angin? Tapi aku dah makan biskut pagi tadi. " sengih aku.

Sejujurnya aku belum sentuh apa-apa makanan dari pagi sehingga tengah hari ini hatta sekeping biskut seperti dijawab aku tadi.Aku terpaksa 'tipu sunat' hanya kerana tidak mahu memanjangkan bebelan dari Nur Syafa.

Cukuplah Mama sahaja yang membebel di rumah ketika aku sakit. Jangan pula Syafa menggantikan tugas mama di sekolah sekarang.

" Ye ke dah makan? Setahu aku, sekeping biskut ni diperkayakan dengan 10 nutrien termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan halangan fizikal- "

" Okay, then ? " potong aku laju. Rasa nak menangis bila perempuan di hadapan aku mula membuka kelas khas subjek biology tingkatan 4 kepada aku.

" So, kesimpulannya mustahil untuk perut kau masuk angin, Afrina Aezlyn.. " meleret sahaja suara Syafa bersama senyuman sinis yang tersungging di bibirnya.

' Oh shoot ! '

Mata aku pejam, tak sanggup untuk melihat Syafa yang sedang menunggu balasan dari aku bersama kening yang terangkat beberapa kali. Otak mula ligat berfikir.

Aku mengulum bibir dari tersenyum apabila akal jahat aku mula memberi respon. Aku mengerutkan dahi lalu kedua-dua tangan aku bawa menekan perut bersama kepala yang masih terletak di atas meja.

" Aduh ! " aku menjerit kecil.

" Eh ? Weh ! Sakit lagi ke Lyn ? " ternyata 'idea' aku mampu menarik perhatian Syafa.

Aku membuka mata perlahan-perlahan lalu memandang Syafa dengan pandangan sayu bersama mata yang sedikit berlinang. Entah kenapa, rasa sakit yang beransur hilang tadi datang menyerang kembali.

" Ya Allah, Lyn.. Sakit sangat ke ? " riak wajah Syafa kelihatan makin risau dan takut sebaik melihat ke dalam mata aku.

Aku menggigit bibir bawah aku sebelum mengangguk sekali. Rasa menyesal dan bersalah mula menjalar ke hati. Mungkin ini balasan dari 'idea' tadi.

" Syafaaa.. " rintih aku.

Syafa terus bangun dari kerusi sebaik sahaja mendengar rintihan aku. Dia memandang sekeliling kelas yang sememangnya kosong disebabkan sekarang waktu rehat.

Matanya masih melilau seperti mencari seseorang yang boleh diminta bantuan. Tapi, tiada satu bayang manusia pun melintas di hadapan kami. Bahu aku diusap lembut.

" Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Aku pergi panggil cikgu kejap."

Telinga aku menangkap derapan kaki Syafa laju berlari keluar dari kelas tanpa menunggu balasan dari aku. Mungkin tahu, aku tidak mampu membalas pesanannya disebabkan rasa sakit dan senak di dalam perut.

Kepala aku pula terasa dicucuk-cucuk dengan sesuatu yang tajam disebabkan rasa sakit ini. Aku melepaskan nafas dengan berat.






Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now