0 2

364 34 12
                                    

           Pintu kereta sebelah pemandu dibuka, sebaik sahaja kereta berhenti di detinasi yang dituju. Afrina melangkah keluar dari perut kereta sebelum kedua-kedua belah tangannya didepang.

Udara dihirup kemudian dihembus. Lagaknya seperti baru pertama kali menghirup udara negara kelahirannya. Tangannya turun mencekak pinggang.

Tersergam indah rumah agam dua tingkat menyapa pandangannya. Bibirnya mengorak satu senyuman. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia rindukan kenangan waktu kecilnya di sini.

" Amboii ! Feelingnya doktor muda kita ni. Macam first time balik Malaysia. " Puan Ezyan hanya tersengih melihat gelagat anak gadis tunggalnya sedari tadi.

" After 5 years, yes this is my first time here. " balas Afrina dalam nada diva sebelum dia ketawa bersama Puan Ezyan.

" Come. Mama tak puas peluk lagi princess mama ni. " tangan Puan Ezyan menggamit ke arah anaknya.

" Eee tadi orang nak peluk tak nak. " Afrina mencebik. Walaupun begitu, langkah tetap dibuka menghampiri si ibu.

" Tadi kan ramai orang. " Puan Ezyan membuka pelukan.

" Apa kaitannya ? Peluk je pun. " Afrina membalas pelukan mamanya dengan erat. Rindu !

" Ye ke peluk je ? Tak nangis ? " duga Puan Ezyan di dalam pelukan.

Afrina mengumam. Dia hanya diam menghayati setiap belaian dari si ibu. Rambut lurus separas dada diusap mulai dari atas kepala hingga ke hujung dengan penuh kasih.

Muka disembam ke leher Puan Ezyan yang berbalut dengan tudung sebelum bahunya sedikit bergetar. Esakan kecil mulai kedengaran. Lima tahun hidup di negara orang bukanlah sesuatu yang mudah baginya.

Setiap kali ditelefon si ibu untuk bertanya khabar, hanya ayat dia baik-baik sahaja terluah dari mulut walaupun realiti sebaliknya. Sungguh, terasa hilang segala beban yang dipendam selama lima tahun dengan hanya satu pelukan dari mamanya.

" Shh.. Anak mama kan kuat ? You're doing a great job. I'm so proud of you, sayang ! " Puan Ezyan memujuk cuba dalam pelukan. Belakang tubuh anaknya digosok lembut.

" Patutlah tak naik-naik lagi. Ada iklan kat depan rumah rupanya. "

Mata Afrina membulat lalu pelukan bersama si ibu dilepaskan. Dia cepat-cepat memusingkan tubuh menghadap ke arah gerangan yang menegur mereka sebentar tadi. Puan Ezyan mengelengkan kepalanya.

" Tok Baba ! " Afrina menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi.

" Iya, kenapa ? " Dato' Arman memandang serius ke arah cucundanya yang sedang tercebik-cebik.

" Hua rindunya ! " Afrina berlari anak untuk menghampiri datuknya sebelum tubuh tua itu dipeluk erat.

" Dah besar panjang pun nangis lagi kamu ni. "

Pelukan dari si cucu dibalas, kasih. Belakang tubuhnya ditepuk-tepuk perlahan. Afrina mencebik sebaik pelukan terlerai.

" Dah, dah. Jom masuk. Sambung iklan dekat dalam pulak. " seloroh Dato' Azman.

" Jom, sayang. " pinggang ramping milik Afrina dirangkul Puan Ezyan. Sebuah beg roda separa besar bertukar tangan.

" Mama nak tahu something tak ? " mereka berdua jalan beriringan melangkah masuk ke dalam rumah agam yang gah itu.

" Apa tu ? "

" Alyn terlanggar someone.. " sengih.

" Alyn jatuh ke ? " laju kepala Puan Ezyan menoleh ke arah si anak.

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now