0 8

136 17 4
                                    

           Tangan yang menadah doa seusai solat subuh diraup ke muka. Badannya direbahkan ke atas sejadah. Jari runcing menari-nari di atas sejadah. Rasa tenang datang seakan-akan memeluk lalu mengulit perlahan.

" Ya Allah, lembutkanlah hati dia. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui dia yang terdetik di hati kecil hambaMu ini. " bisik Afrina perlahan sebelum zikrullah meniti di bibir munggil. Seolah-olah cuba menghantar ketenangan yang dirasai tika ini kepada 'si dia' juga.

Bunyi dentingan dari notifikasi di telefon menyedarkan Afrina dari lamunan. Mujur sahaja dia tidak sempat lena diulit ketenangan. Afrina bangun dari baringan lalu mencapai telefonnya di atas meja kecil bersebelahan katil.

Notifikasi dari aplikasi notes, dibaca sekali. Kali kedua, dia baca satu-persatu seperti tidak menyakini ia notifikasi yang terbaru. Dilihat pula tarikh hari ini dengan tarikh yang tertera di aplikasi itu. Hari ini !

Reminders !
Grand Ward Round Today

" Ya Allah ! " waktu yang tertera di skrin telefon mengejutkan Afrina. 6:20 pagi ! Dah lewat !

" Patutnya kau remind dari semalam lagi lah ! " kain telekung dilipat sepantas kilat.

Oleh kerana, perjalanan dari rumahnya ke hospital mengambil masa selama 30 minit jika tiada kesesakan jalanraya menyebabkan Afrina serba kekalutan. Tepat jam 7 sebelum ketibaan HOD dan Specialist serta MO untuk Grand Ward Round harini ini, Afrina perlu tiba di hospital dengan meredah segala kesesakan pagi ini.

Pintu almari ditolak ke tepi. Mata melilau mencari baju yang ingin dipakai. Tangan pula membelek setiap helaian baju yang tergantung kemas. Sehelai baju kurung cotton bunga halus berwarna peach ditarik keluar.

Langkah di atur ke arah meja solek untuk menyempurnakan 'hiasan' nipis pada muka mulusnya sebelum menukar persalinan di tubuh.























           Sesudah doa selepas solat fardhu subuh di aamiinkan, Faqih termangu seketika merenung sejadah. Tanpa sedar, jarinya mula bermain di permukaan sejadah. Bibir merah asli mengorak senyuman kecil.

Beberapa saat pertama ketika dia tiba-tiba tersenyum sendirian, Faqih mulai sedar lalu mengerutkan keningnya. Entah kenapa subuh pagi ini serasa tenang semacam ! Seolah-olah ada seseorang yang sedang memeluknya dengan erat.

Faqih menggeleng perlahan sebelum bangun dari duduk bersimpuh. Sejadah dilipat lalu digantung ke penyangkut kayu bersebelahannya. Mata melirik ke arah jam dinding. 6:20 pagi.

Masih ada masa untuk dia bersiap sebelum berangkat ke hospital bagi menyertai Weekly Grand Ward Round bersama HOD dan Lecturer serta doktor praktikal UMMC. Kaki melangkah ke arah almari baju lalu digeser ke tepi. Kemeja berona peach yang siap digosok ditarik keluar.

Baju T yang membalut tubuh dibuka. Faqih melihat pantulan tubuh tegap dan sasanya yang dihiasi otot di bahagian perut, sixpack. Bibir mengorak senyuman sinis melihat aset yang dijaga selama ini. Kain pelikat masih setia menutupi bahagian bawah bermula pusat sehingga ke buku lali kaki.

' How lucky my wife is. ' Faqih mendesis bangga.

Bunyi notifikasi dari aplikasi WhatsApp mampu menarik minatnya dari terus memuji diri sendiri. Oleh kerana bunyi notifikasi itu lain daripada yang lain, membuatkan Faqih tersenyum lebar.

" There she is. Panjang umur ! " gumam Faqih. Sebaris nama, 'Luthfia' bersama emoji bentuk hati berwarna putih tertera pada pesanan paling teratas ditekannya setelah berjaya mengesahkan face id.

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now