0 1

464 41 3
                                    

           Toronto Pearson International Airport sesak seperti biasa dengan pelancong-pelancong serta rakyatnya yang keluar masuk ke Canada.

Begitu juga dengan Afrina Aezlyn. Selama 5 tahun dia menetap di Toronto sebagai mahasiswi di King's College, kini dia akan pulang ke tanah air.

Gadis 23 tahun ini telah berjaya menamatkan lima tahun pengajian ijazah sarjana muda perubatan di Fakulti Perubatan Universiti Toronto dan berjaya mendapatkan gelaran 'doktor'.

Akan tetapi, perjuangan belum selesai. Dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajian yang dipelajari dengan penekanan pada kepakaran dalam bidang perubatan sebagai doktor praktikal.

Rayuan demi rayuan yang dihantar kepada pengarah universiti Toronto untuk ditukarkan ke Malaysia akhirnya diluluskan. Dan, pulangnya dia untuk menyelesaikan apa yang telah dirancang untuk masa hadapan.

Afrina sedaya-upaya menahan diri dari menghamburkan ketawa dengan menutup mulut. Tangan kanan masih setia menekapkan telefon di telinga untuk meneruskan perbualan bersama si pemanggil.

" Okay mamaaa.. " meleret sahaja suara nakalnya menjawab.

" Awak ni dari tadi duk okay-okay je. Dengar ke tidak saya cakap ni ? Ish budak ni ! Sukaaa sangat ambil mudah bab kesihatan dia. "

Kali ini, Afrina tidak dapat mengawal dirinya. Ketawa dilepas jua sebaik sahaja Puan Ezyan menggunakan 'saya, awak' dalam bebelannya dan itu menandakan wanita 50-an itu kesal serta geram.

" Hah ! Tengok tu. Gelakkan kita pulak. Afrina Aezlyn ! " Puan Ezyan menegur, geram.

" Ye, mamaa ? " nafas ditarik, lalu dihembus bagi meredakan tawanya.

" Jangan skip makan atas flight nanti. Kalau stewardess tanya nak minum air apa, jangan gatal nak ambil coffee ! Sedar diri tu sikit. Dah tau gastrik, nak makan jugak sekali sehari, lepastu nak minum coffee pulak dia. " Afrina mengulum senyum mendengar sambungan pesanan dari mamanya.

" Okay, mama. Now, listen to me. Satu-satunya anak perempuan kesayangan mama ni dah 5 tahun duduk dekat Canada ni. Alhamdulillah, sihat je kan mama tengok ? Dalam tempoh 5 tahun ni dah macam-macam Alyn hadap. Lepastu, nak bandingkan lagi dengan duduk dalam flight 8 jam je ni ? Mama sendiri tahukan yang anak mama ni kuat ? " tutur Afrina, lembut.

Puan Ezyan hanya mampu diam memikirkan kebenaran dari ayat panjang lebar si anak. 5 tahun anak daranya mampu membesar berdikari tanpanya. Dia juga tahu, 8 jam penerbangan cuma hal kecil sahaja.

Tetapi, jiwa keibuannya tetap juga mahu berpesan walhal sekecil zarrah sekalipun. Puan Ezyan tersenyum kecil. Sedar bahawa anak manjanya sekarang telah menjadi wanita dewasa.

" Hm, mama tahu yang anak perempuan tunggal kesayangan mama ni kuat. Mama percayakan Alyn. Jaga diri elok-elok. Nanti dah sampai KLIA, call. Mama nak sambut doktor muda dengan karpet merah. " selorohnya di akhir ayat. Afrina ketawa kecil.

" I will. Okaylah mama. Alyn nak kena masuk flight dah ni. " jam dipergelangan tangan kiri, dilirik sekilas.

" I love you more. Ye, ye Alyn ingat.. waalaikumussalam, mamaku sayang. " panggilan dimatikan sebaik salam dijawab, Afrina bangun dari kerusi sebelum mengorak langkah menuju ke pintu balai pelepasan.










           " Hi good afternoon, pretty ! What would you like to drink ? " suasana yang bising di sekitar cafe tidak menghalang para barista untuk mengambil pesanan dari pelanggan mereka.

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now