1 0

248 19 6
                                    

Afrina pegun di hadapan dua buah vending machine yang tersedia di luar kafeteria. Berfikir untuk menyumbang duit kepada snek ataupun kopi. Afrina mendesis sebelum dua keping kertas biru ditolak masuk ke dalam ruang pembayaran khas Coffee Vending Machines.

Afrina membelek skrin telefon sementara menunggu kopi latte panas siap dibrew mesin. Bunyi loceng hasil pintu kafeteria dibuka menarik perhatiannya. Sufi dan Aina, gadis-gadis dari jabatan dan kumpulan yang sama dengannya menyapa pandangan tatkala dia mendongak sedikit.

Bibir merah delima menarik senyuman nipis, membalas senyuman mesra dari dua orang gadis itu.

" Shift Lyn malam ni ke ? " Aina membuka bicara. Niat mereka berdua untuk pulang terbantut seketika. Mulut lebih berat ingin berbicara mesra sesama ahli kumpulannya.

" Ha'ah. First shift after med-test, ye. " Sufi dan Aina turut tersengih seperti Afrina, memahami isi hati si gadis itu. Sangkaannya dapat beristirehat selepas ujian perubatan meleset jauh.

" Tabahlah, Lyn. Aku bet nanti kitorang overshifts, kau dapat over holiday sebab kau paling awal start shift." seleroh Sufi mengundang tawa mereka bersama.

" I hope so, Sufi even kita dah tahu 'plot twist' nya macam mana. " balas Afrina, tersirat. Waktu kerja yang berjam-jam sememangnya tidak dapat dielakkan bagi kerjaya doktor.

" Ah ! Kenapalah terfikir nak ambik course medic ni dulu. Patutnya ambik education je. " hati Aina sudah mengangis sendu. Tapi, demi ibu bapa nun jauh di mata dekat di hati, dia gagahi jua. Yang lain turut mengangguk setuju.

" Kan. Harap-harap malam ni tak ada extreme emergency case. Doakan aku tau korang. " pinta Afrina. Hari pertama kerja lebih masa ini membuatkan fikiran sarat dengan bermacam-macam kejadian yang bakal berlaku.

" Don't worry, Lyn. Rasanya, Doktor Rasy pun bertugas malam ni. " niat Aina yang ingin menyenangkan hati kawannya tidak berjaya. Malah, Afrina mulai resah. Ah, Sudah !

Sudah sebulan dia mengelat berjumpa dengan doktor kerek itu dek kerana terlalu sibuk mempersiapkan diri untuk ujian perubatan yang siap dijalankan minggu lalu. Ikutkan hati, selepas kejadian 'passing' hadiah itu, dia tak mahu bertembung dengan Doktor Rasy !

Kenapalah baru sekarang dia menyedari perbuatan 'pemurah' nya itu sungguh memalukan ? Baju sahaja yang kotor. Ganti bagai nak rak. Huh ! Semoga selepas ini, dia tidak overreacting dan semoga kata-katanya tidak memakan diri.

Afrina senyum kelat.

" Beli apa je dekat cafe tadi ? " malas mahu menyambung topik bertugas itu, dia menukar terus.

" Ni ! " kotak kek berwarna silver di permukaan atasnya lut sinar, Aina sua kepada Afrina. Kek lobak merah ?

" Jangan pelik kalau mata Aina selalu cerah bersinar. Perempuan ni memang suka carrot. Rupa pun dah macam arnab. " kutuk Sufi dalam nada gurau. Aina mulai cemberut. Tidak hairanlah jika digelar arnab, dua putung gigi hadapan Aina sudah jelas seperti arnab.

" Tak apa, arnab comel. Daripada kau, muka macam burung. " bidas Aina bersahaja. Tak mahu kalah begitu sahaja !

" Excuse me ?! Kenapa burung ? " Sufi terngadah jeda. Balasan yang sungguh unexpected.

" Burung kan suka makan kacang. Macam kau. " Afrina tergelak. Sufi terdiam seketika sebelum turut gelak bersama.

" Eh, dahlah. Lewat dah ni. Kitorang gerak dulu lah ya, Lyn. " kata-kata Aina meredakan tawa mereka. Afrina mengangguk kecil.

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now