0 4

317 33 13
                                    

            Seperti biasa, seawal jam tujuh pagi dia tiba di perkarangan hospital. Walaupun matahari baru terbit, kawasan tempat letak kenderaan telah dipenuhi dengan beberapa buah kereta milik doktor-doktor di hospital ini.

Para doktor pakar yang lebih 'senior' dalam bidang perawatan diminta untuk datang lebih awal dari kebiasaan kerana hari ini merupakan hari pertama kemasukan doktor-doktor pelatih. Tidak terkecuali, Naqib Zharif.

Naqib melangkah masuk ke dalam ruang utama hospital. Beberapa orang doktor yang sedang menyemak fail menyapa pandangan. Ada yang duduk di kerusi menunggu, ada yang hanya berdiri di kaunter pertanyaan. Semuanya kelihatan sibuk.

Naqib jeda. Kenapa hanya dia yang masih kelihatan tenang di kala doktor lain berada dalam kekalutan ? Adakah dia perlu pura-pura sibuk juga ? Tetapi, dia langsung tidak mengetahui tentang adanya fail yang perlu disemak..

Naqib melangkah laju menuju ke bilik rakan karib merangkap rakan sekerjanya untuk bertanyakan tentang keadaan hospital di pagi hari ini. Benar-benar mendebarkan jantungnya.

Setibanya dia di hadapan pintu bilik doktor yang dicari-cari, tanpa ketukan, dia terus memulas tombol pintu dan ditolak kuat dari luar. Tangan naik menekup mulut, jelas terkejut dengan apa yang dilihat sekarang.

" Ku kira ku paling awal, ternyata ada yang lebih awal. " kepalanya digeleng berkali-kali, penuh kekesalan. Hiperbola.

" Apa yang kau merapu pagi, pagi ni ? " Faqih yang langsung tidak kaget dengan kedatangan mengejut bak petir dari Naqib, hanya memandangnya dengan penuh kritikan.

" Perasaan terkejut kau tu dah membeku dengan perangai kau ke ? " Naqib melabuhkan duduk berhadapan dengan Faqih. Niat ingin membuat kejutan tidak terlunas jua.

" Learn from master lah, bro. Kalau dah lari sampai bergegar hospital pagi, pagi buta lagi, tak ada orang lain dah. " Faqih senyum herot sebelum kembali menyambung tugas yang tergendala tadi.

Naqib buat-buat ketawa besar sebelum jari tengah diangkat sesaat. Semoga tiada siapa yang melihat perilaku haramnya. Dia tidak mahu menjadi sumber dosa seseorang. Aamiin.

" Kau buat apa, Rasy ? " soal Naqib, polos. Kedua-kedua tanganya naik menongkat dagu.

" Aku pun tak tahulah. " Faqih jelas malas mahu melayan soalan terlampau cerdik tersebut.

" Kenapa aku tengok doktor lain semua semak fail ? Aku je ke tak tahu apa-apa pasal fail ni ? " Naqib masih setia dengan soalan terlampau cerdiknya.

" Ye, kau je. "

" Rasy, jawablaa.. " rengek Naqib.

" Gedik gila kau ni. " Faqih mengangkat kepalanya bersama pandangan jengkel. Naqib pula mengedipkan matanya. Hasilnya, mendapat satu jelingan tajam dari Faqih.

" Kau kerja apa sebenarnya, qib ? " nampaknya, terpaksa juga Faqih melayan Naqib dengan soalan terlampau cerdik juga.

" Doktor ! " jawab Naqib dengan penuh semangat yang berkobar-kobar di dada.

" Tugas doktor apa ? " mata Faqih masih setia dengan fail di tangan. Seketika, matanya beralih ke arah komputer.

" Rawat orang sakit ? Haa ! Check report kesihatan pesakit also. " kali ini, Naqib menjawabnya dengan lebih bersemangat.

" And then, kau rasa aku dan semua doktor lain yang kau nampak sibuk sekarang ni tengah buat apa ? " untuk soalan yang terakhir bagi Faqih, dia merenung Naqib di hadapannya.

" OO FAHAMM.. " Naqib mengangguk berkali-kali. Faqih mengeluh sebelum menyambung kerjanya.

" Kau sampai pukul berapa tadi ? " setelah seminit Naqib mengetuk dagunya, dia kembali bersama soalan yang normal.

Bahagia Ku Curi [SU] Where stories live. Discover now