Bab 20

1.2K 26 1
                                    

Tiba-tiba sahaja tangan Feeya direntap kuat.

Ditarik masuk ke dalam sebuah bilik, barangkali bilik utiliti yang agak lengang waktu-waktu itu.

"Adli! Kenapa ni?", teriak Feeya. Berkerut dahinya setelah melihat wajah lelaki di hadapannya itu.

"Sshh.", disuruhnya senyap. Adli menjengahkan sedikit kepalanya di sebalik tirai bilik itu, memastikan tiada yang mengekori dari belakang. Okay, tiada Haziq.

"Tak, cuba jawab kenapa? Apa masalahnya ni?", soal Feeya dengan rasa geram.

"Hey, Feeya.", dengan nada yang rendah, selangkah Adli merapati Feeya.

"Tak perlulah nak marah-marah macam ni. Kenapa moody sangat ni?"

Feeya berpeluk tubuh, "Kenapa tarik aku masuk sini? Kita nak lari dari siapa?"

Adli mengeluh kecil, "Haziq."

Feeya menggeleng kepala mendengar jawapan itu.

"Kau sendiri tahu kan kau tak perlu pun masuk campur hal aku dengan Haziq?"

"Come on, Feeya. Haziq tu, dia datang sini mesti nak jumpa kau punya. Takde benda lainlah. Kalau dia buat hal dekat kau, kau nak buat apa?", balas Adli dengan menyuarakan kebimbangannya.

"Pandai-pandailah aku. Kau juga yang kata sampai bila aku nak berdiam depan Haziq. So inilah masanya."

"Tapi Haziq.. Dia..He is not easy to deal with. Lagi-lagi buat masa sekarang.", Adli cuba menerangkan keadaan Haziq yang mungkin kurang stabil fisikal dan mentalnya namun masih tiada bukti yang sahih lagi.

"Sebenarnya, kitaorang dah berbaik."

Terbuntang mata Adli apabila mengetahui Feeya dan bekas suaminya itu sudah berdamai. Biar betul. Tidak seperti apa yang dibayangkan.

"Haziq sendiri yang datang jumpa aku, dia minta maaf and cakap baik-baik je dengan aku. So, aku okay."

"Tapi..", Adli masih musykil.

"Tapi apa lagi, Adli? Aku okay. Jangan risau."

"Aku... aku just nak protect kau. "

"Then please stop protecting me.", tegas Feeya.

"Kau ada reputasi yang kau kena jaga. Jangan jadi bahan bualan orang lagi. Jangan terlibat dengan aku. Please, you do you, Adli.", ayat yang terakhir keluar dari mulut Feeya sewaktu itu seolah-olah pembahagi garisan hidupnya dan hidup Feeya.

"After all this awhile, with all the tears... Masalah kau dengan Haziq dah settle, aku ni kau nak tolak ketepi?"

"Apa kau merepek ni, Adli? Aku cuma nak kita jadi lebih profesional. That's what we used to be. Kan?", tanya Feeya. Mereka saling berbalas pandangan.

Adli mengetap geram seraya berkata, "Okay then, we're back from zero. Itu yang kau nak."

Dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Feeya terdiam disitu.

"Sibuk nak suruh aku jaga reputasi sendiri. Reputasi konon. Padahal nak menjauh dari aku.", ngomel Adli dalam hati. Marah bukan main kepalang.

•••

Hujan mula membasahi bumi. Renyai kini sudah semakin lebat. Memang terkandas lah si Julia di sebuah perhentian bas seorang diri.

Kebiasaannya, dia akan pulang bersama Adli dan Haziq sebaik sahaja habis waktu persekolahan. Namun pada hari itu, Adli dan Haziq terpaksa pulang lewat kerana ada latihan bola sepak. Dalam banyak-banyak hari, hari itu jugalah payung Julia tinggal di rumah.

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now