Bab-7

4.1K 35 9
                                    

"Assalamualaikum."

"Hah,Feeya.. Jom makan malam sama-sama.Ummi dah siap hidang dah.",ajak Ummi.

Feeya hanya tersenyum kecil.

"Okay,kejap lagi Feeya turun makan ye?",balasnya lembut. Dia sebenarnya masih membenci realiti kehidupannya kini.

Ingatkan awan mendung sudah berarak pergi,rupanya tidak. Hidupnya masih dibelenggu kisah silam. Takkanlah dia akan berjumpa dengan Haziq lagi? Di syarikat Adli? Mereka sepupu!Pasti mereka berpakat mahu menghancurkan hidupnya lagi.

"Patutke aku berhenti kerja?"

Beg tangannya dicampak ke katil lalu terus berbaring di atas katil.Feeya mengeluh.Dia memejamkan matanya. Mahu sahaja dia pergi daripada realiti ini buat seketika waktu. Jika boleh, dia mahu lupakan siapa Haziq dalam hidupnya.

Segala perkara sudah dicuba untuk melupakan bekas suaminya itu, namun gagal.

"Pergilah dari hidup aku.. Dah tiba masanya perasaan sayang tu dibuang jauh-jauh.", ngomel Feeya sendirian.

Tanpa disedari,kakak sulung Feeya,Dhia sedang memerhatinya di celah pintu bilik tersebut.

Dhia berasa sedih terhadap adiknya itu. Apalah salah Feeya sehingga hidupnya jadi begini.

" Betapa sayangnya adik aku kat kau, Haziq..Hanya Allah yang tahu.Dasar lelaki tak guna.",luah hati Dhia dengan penuh geram. Baginya, Haziq langsung tidak mempercayai Feeya dan ceraikannya begitu sahaja.

Dari dahulu lagi Dhia tahu Haziq mempunyai perangai panas baran.

//Flashback//

"Kan saya dah cakap meeting cancel!"

"Tapi bos,ini soal penting. Encik Edward nak.."

"Kau tak faham bahasa lagi ke? Dah taknak ikut cakap aku, bla je. Now, you're fired.", senang sahaja Haziq memecatkan orang penting nya begitu sahaja.

Itulah sebabnya setiap kali berjumpa rakan baiknya yang bekerja di syarikat Haziq,Dhia akan memerhati sahaja gelagat Haziq dari jauh.

Boleh dikatakan Haziq selalu menukar Personal Assistant nya kalau tidak kena caranya. Silap sedikit,terus dipecat tanpa penjelasan.

Bukan itu sahaja,kata-kata Haziq ketika marah pun boleh menyakitkan hati.

Air kopi yang dibawa oleh staf tertumpah ke baju Haziq dek berlanggar secara tiba-tiba.

"Maaf, bos! Saya minta maaf..",staf itu menggelabah dan cepat-cepat mencapai tisu untuk mengelap kesan kotor di baju Haziq.

"Bro,lain kali mata tu tengok orang! This place is not suitable for clumpsy person like you.Lembap!And I don't receive apology from idiot.",ujar Haziq selamba lalu pergi meninggalkan tempat itu. Bagi Dhia kata-kata nya sungguh keterlaluan kerana telah memalukan staf itu terhadap semua orang.

//EndFlashback//

" Ingatkan rasa cinta dan sayang boleh memadamkan perangai panas baran tu. Rupanya lebih menyeksakan.",kata Dhia perlahan.

___________________

Pintu dikuak perlahan. Dhia menjengah sedikit lalu memasuki bilik itu dengan perlahan.

Sudah menjelang jam 3 pagi, kelihatan Feeya masih menyiapkan fail tugasannya untuk keesokan hari. Mata sudah mula rasa berat tapi diendahkan sahaja. Sudah terbiasa bersengkang mata di lewat malam sejak kebelakangan ini.

Namun ianya menarik perhatian Dhia untuk mendekati adiknya itu. Bukan apa, Feeya seperti dalam lamunan sahaja. Entah apalah yang difikirkan melihat skrin komputer ribanya itu. Terpampang dokumen yang bertulis "Department change to sales production". Hairan. Tidak silap baru sahaja mula berkerja di syarikat tersebut, adiknya ingin beralih kepada jabatan yang baharu daripada bidangnya. Ada masalah yang membelenggu Feeya ke?

Jodoh 'Cina Buta'Where stories live. Discover now