P R O L O G

51 9 0
                                    

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐥𝐢𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚. 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮 𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐮 𝐤𝐞 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

      ❝ALLAHUAKBAR! Allahuakbar!❞

Gegendang telinga mulai menangkap suara Azan yang berkumandang di corong alat pembesar suara di salah sebuah masjid berhampiran. Peluh-peluh renik mulai membasahi segenap wajahnya. Mulutnya terkumat-kamit menyembut sesuatu tetapi kurang jelas.

Ada sesuatu yang ingin disebutnya tetapi kata-kata itu seakan tergelam jauh di lubuk hatinya. Lututnya terasa goyah dan bila-bila masa sahaja dia akan longlai. Bebola matanya mulai bergerak ke bawah, tepat anak matanya memandang ke arah bahagian abdomen.

"Ya Allah... sa... sakit..." Hanya kata-kata itu berjaya diucapkan ketika ini tanpa sengaja. Kata-kata yang keluar tatkala rasa sakit mulai menyapa segenap urat sarafnya. Seksanya dia.

Bagaikan bila-bila sahaja malaikat sakaratul maut akan menjemput dirinya untuk menghadap Ilahi. Betapa gementar dan takut dirinya ketika ini. Nafas ditarik lantas dihembus. Diulang langkah itu berkali-kali. Seksa. Kudratnya sudah tidak tertahan lagi. Lukanya terasa semakin parah.

Bibirnya mulai pucat, badannya terasa sejuk melebihi kesejukan yang pernah dirasainya sebelum ini. Sebelah tangan kanannya erat menutup luka yang semakin lama semakin tidak dapat dikawal lagi. Darah mulai keluar tanpa henti. Baju kemejanya yang sebelum ini putih bersih kini bertukar cairan kemerahan pekat.

Kini dia sudah pun berdiri betul-betul di hadapan sebuah masjid. Di mana tempat inilah yang jarang dijejakinya sepanjang dia masih lagi bernafas. Entah mengapa dia rasakan hayatnya sudah tidak panjang. Biarlah dia mati dalam keadaan tenang, setenang-tenangnya walaupun dia tahu siapa dirinya yang sebenarnya.

"Astaghfirullahalazim!"

Beberapa orang jemaah yang menyaksikan keadaannya lantas berlari mendekati dirinya. Salah seorang lelaki berserban putih terus memapah tubuhnya menuju ke tangga masjid. Pandangan matanya mulai berpinar. Entah betul, entah tidak pandangannya ketika ini.

"Cepat call ambulans! Cepat!"

Entah daripada mana suara itu datang dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, rasa sakit mulai menjalar di segenap tubuhnya. Lama-kelamaan matanya sarat tidak tertanggung sakitnya lagi. Hanya nafas lemah sahaja menemani kesakitannya ketika ini.


P E N G E N A L A N ♡

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now