♡ BAB 9

8 3 0
                                    

P R O M O T E  B O O K :
[ Y O U & I ]
DELAYLA_HUSAIN

P R O M O T E  B O O K :[ Y O U & I ]DELAYLA_HUSAIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    ◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

BEBERAPA TAHUN LALU

            SEHELAI kertas yang tertulis sejumlah nilai sebanyak RM 55,000 dicium lama oleh wanita cina lingkungan umur 50-an itu, tiba-tiba sahaja dia tergelak besar. Raiqal yang melihatkan itu mencemuh di dalam hati. Nampak sangat gilakan duit! Hampir kesekian lamanya bergelak ketawa seorang diri, akhirnya dia berhenti juga. Mata tua milik wanita itu beralih semula kepada Raiqal.

“Perempuan tu sekarang ni milik kau. Aku terima bayaran kau.”

Lantas dia memberi isyarat tangan kepada seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya itu sambil berkata.

“Bawa perempuan tu datang sini.”

Lelaki tadi akur dengan suruhan wanita tua itu tanpa membantah walaupun sedikit. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia benar-benar rasa tertekan. Dia beredar pergi dari situ untuk mendapatkan seseorang yang dimaksudkan oleh ibu ayam itu.

Setibanya dia di hadapan sebuah bilik usang, terus diterjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Tergamam Zulaikha dengan kehadiran lelaki itu tetapi dia tetap meneruskan kembali perbuatannya yang tergendala sebentar tadi.

Zulaikha kembali memasukkan baju-bajunya ke dalam beg bagasi tanpa mempedulikan lelaki itu yang sedari tadi memerhati dirinya. Walaupun agak tidak selesa, apa boleh dia buat? Mengarah supaya lelaki itu berhenti memerhati dirinya? Sudah tentu dia pula yang akan dijerkah.

Zulaikha juga terfikir perkara yang sedang berlaku sekarang. Dia sedikit pun tidak menyesal dengan pilihannya kali ini. Kerana dia yakin dan percaya bahawa lelaki yang membelinya itu seorang lelaki yang baik budi pekertinya. Seperti salah penilaiannya, tetapi apa boleh buat jikalau hatinya sudah menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki itu, Raiqal.

“Zu. Tauke panggil kau. Kau akan dibebaskan dari sini,” ujar lelaki itu serius.

Matanya tidak lepas memandang Zulaikha yang tekun melipat baju sedari tadi. Gadis itu benar-benar tidak sabar ingin pergi dari sini nampaknya.

“Okey,” balas Zulaikha sepatah walaupun sememangnya dia tahu kenapa lelaki itu berada di sini.

Sudah tentulah mahu memberitahunya berkaitan perkara tersebut. Tiba-tiba sahaja, pinggangnya terasa dirangkul lembut dari belakang. Tergamam Zulaikha dengan perbuatan lelaki itu.

“Janganlah...” Zulaikha cuba meleraikan pelukan tersebut tetapi gagal. Semakin dia melawan, semakin kuat pelukan itu diperketatkan.

“Kau nak tinggalkan aku, kan?”

Bisikan suara garau milik lelaki itu menyapa halus pada gegendang telinganya. Zulaikha diam. Jantungnya berdegup kencang ketika ini menandakan hatinya benar-benar gusar. Air liur ditelan kelat. Mengapa tiba-tiba sahaja lelaki itu bertingkah sebegini?

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now