♡ BAB 10

18 3 0
                                    

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

BEBERAPA TAHUN LALU

           ❝NI rumah aku. Mulai sekarang kau tinggal dengan aku.❞

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik Raiqal, terus lelaki itu memberitahu perkara yang seharusnya dia tahu. Agak tergamam Zulaikha ketika ini.

Dia benar-benar terkejut. Alangkah baiknya jika dia dapat merasai semua ini semenjak sekian lamanya. Maklumlah sebelum ini dia tidak pernah dapat merasai semua ini kerana dia hanyalah orang biasa yang tinggal di sebuah pekan kecil di Negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.

“Jadi... bilik saya kat mana?”

Zulaikha mulai menyoal apabila terasa sedikit pelik apabila lelaki itu sedari tadi lagi tidak memberitahu perkara itu yang satu. Lelaki itu hanya menunjukkan ruang tamu, bilik stor, dapur, bilik bacaan, bilik tidur hampir keseluruhan rumah dan beberapa tempat yang lain yang boleh digunakan olehnya.

Raiqal tidak menjawab soalan itu sebaliknya hanya meneruskan lagi langkah kakinya sehingga menuju ke tingkat tiga. Tingkat paling teratas sekali. Mereka berdua tiba di hadapan sebuah bilik. Jari-jemari kasarnya memulas tombol pintu lalu menolaknya dari luar. Terpampang indah di hadapan mata Zulaikha bilik tidur itu. Berdekorasi ala-ala barat walaupun bilik itu tidaklah seluas bilik-bilik yang berada di tingkat bawah.

“Ini bilik kau."

Sesudahnya dia berkata begitu, Raiqal menanggalkan jaket hitam yang elok tersarung pada tubuhnya lantas diletakkan di atas bahunya. Lambat-lambat Zulaikha ingin melangkah masuk ke dalam apabila mereka berdua duduk berdua-duaan dalam situasi begini. Janggal.

“Masuklah."

Tangan Zulaikha ditarik masuk ke dalam lantas dibawa ke balkoni rumah itu yang berada di belakang. Terpinga-pinga gadis berumur 20 tahun itu apabila diperlakukan sebegitu. Sebenarnya Zulaikha jika boleh mahu mengelak daripada bersentuhan dengan lelaki itu. Maklumlah bukan mahram. Tinggal serumah pun dikira haram. Sememangnya dia tidak mahu terjebak dalam kancah dosa sekali lagi.

Hahahaha!" Pecah tawa Raiqal apabila melihat wajah pucat Zulaikha yang semakin lama memucat seperti mayat hidup sahaja. Seram tapi comel.

“Kau kenapa? Takut kat aku ke apa?" Langkah kaki Raiqal mara ke hadapan, mendekati gadis itu yang semakin mengundur ke belakang.

“Rai... Rai... Raiqal..."

Jari runcing Raiqal jatuh pada bibir gadis itu menandakan yang dia mahu gadis itu berhenti bercakap. Membulat biji mata Zulaikha apabila Raiqal mengunci tubuhnya dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada besi penghadang balkoni.

Senyuman terukir lembut pada raut wajah Raiqal. Jari-jemarinya mulai menjelajah di setiap genap wajah gadis itu. Dia benar-benar terpukau dengan kecantikan wajah Zulaikha semenjak dia menyelamatkan gadis itu sebelum ini, hatinya benar-benar mahu memiliki gadis itu. Terpejam rapat mata Zulaikha, takut sekiranya Raiqal berani melakukan perkara yang bukan-bukan sahaja.

Hahaha! Comel." Raiqal berhenti berbuat demikian apabila melihat perubahan pada wajah gadis itu. Takut sangat barangkali.

“Janganlah takut. Aku bukannya nak gigit kau pun."

Raiqal menjarakkan dirinya daripada gadis itu. Dia tahu bahawa gadis itu tidak selesa. Jadi lebih baik dia berhenti sekarang kerana dia bukannya jenis manusia yang suka memaksa. Jentik perempuan pun dia tidak sudi, apatah lagi mahu memukul.

“Aku beli kau sebab aku nak bebaskan kau. Jangan kau fikir aku beli kau sebab aku nak gunakan kau. Ya, dulu pernahlah jugak aku nak buat macam tu. Tapi... aku fikir setiap manusia layak memiliki kebahagiaan. Jadi kau layak rasa bahagia."

Raiqal mengatur langkah beredar dari situ. Tetapi sempat dia mengenyit mata kepada Zulaikha sebelum beredar pergi dari situ. Nakal. Zulaikha terdiam sekali lagi. Kata-kata Raiqal membuatkan dia berfikir seketika.

◍ ◍ ◍

          ZULAIKHA memimpin tangan anaknya menuruni anak tangga. Tiba-tiba sahaja, gegendang telinganya menangkap sayup-sayup suara gelak ketawa Datin Rodziah berselang-seli dengan gelak ketawa lelaki. Eh, ada tetamukah? Usai menuruni anak tangga, dia bergerak ke ruang tamu. Membulat biji matanya ketika ini.

“Zu. Mama sukalah dengan bodyguard kamu ni. Kenapa tak bagitahu mama awal-awal yang kamu nak upah bodyguard jaga keluarga kita?" Datin Rodziah memulakan perbualan manakala Zulaikha pula buntu sedari tadi.

Bodyguard upahan? Apa ini? Bila masa pula dia mengupah bodyguard? Eh, pandai-pandai pula menfitnah orang sesuka hati. Matanya tidak lepas memandang wajah kuning langsat milik Tenggo. Jauh di sudut hati mahu sahaja dia memukul lelaki itu sekarang. Isy... geramnya!

“Eh, bila masa pulak Zu upah bodyguard ni mama? Mungkin lelaki ni salah orang kut!"

Zulaikha sengaja mahu bermain dalam permainan ini. Dia melabuh duduk di sebelah Datin Rodziah. Ketika itu juga, lelaki itu tersenyum penuh makna. Naik seram pula Zulaikha dengan agenda Tenggo ketika ini. Kelmarin memohon maaf tetapi hari ini diam-diam menjalankan agenda. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Dia tidak fahamlah.

“Eh, handsomenya pak cik!"

Faiz mendekati Tenggo lantas naik ke atas peha lelaki itu sambil bermain-main dengan rambut Tenggo yang keperangan. Rantai Tenggo juga turut sama dipegang sambil memuji-muji betapa cantiknya rantai itu. Tergamam Zulaikha melihat kenakalan anaknya. Isy! Ini tidak boleh dibiarkan. Jangan-jangan Tenggo masih lagi belum berubah. Semua itu hanyalah penipuan semata-mata.

“Oh, pak cik handsome ya? Thank you!" Tenggo memicit hidung anak kecil itu lantas mendukung Faiz lalu menuju ke muka pintu. Zulaikha cepat-cepat bangkit dari duduk.

“Tenggo!" halang Zulaikha apabila Tenggo mulai bertindak sesuka hati. Kedua-dua belah bahu lelaki itu terangkat dengan pandangan bersahaja. Ada masalahkah?

“Kenapa? Aku nak hantarkan anak kau ke tadika. Salah ke?"

Membulat biji mata Zulaikha ketika ini. Daripada mana lelaki itu tahu mengenai keluarganya ini? Soalan apakah ini? Salahkah? Sememangnya ianya satu kesalahan yang sangat besar apabila seorang lelaki asing membawa pergi anaknya tanpa keizinannya. Ini dipanggil penculikan kanak-kanak.

“Kau nak culik anak aku, kan?" marah Zulaikha lantas mengambil Faiz daripada Tenggo. Berkerut seribu dahi lelaki itu tetapi tiba-tiba sahaja dia tergelak sakan. Culik? Lawak apakah ini?

“Gila ke apa aku nak culik anak kau, Zu. Jahat-jahat aku pun, aku tak pandai culik budak." Faiz diambil kembali daripada Zulaikha.

“Jom kita pergi tadika!" ajak Tenggo kepada Faiz sambil menjelirkan lidah kepada Zulaikha yang seakan kematian idea itu.

Seronok bukan dapat kenakan Zulaikha kembali. Ingat bijak sangatkah wanita itu? Jika bijak bagaimana pula wanita itu boleh termakan dengan kata-katanya dulu? Tetapi dia sudah tidak mahu melakukan perbuatan yang sama lagi kepada wanita itu. Kerana dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri yang dia akan melindungi wanita itu.

“Jom!"

Bersorak gembira Faiz dengan lelaki yang dipanggilnya pak cik tadi. Zulaikha yang melihatkan itu jelas tidak senang hati dengan layanan mesra yang ditonjolkan oleh Tenggo. Penuh dengan kemusykilan.

♡ BERSAMBUNG

┌───────── ∘°∘♡∘°∘ ─────────┐

Pada pendapat korang, Tenggo ni boleh dipercayai ke tak sebenarnya?

Yalah, kelmarin cakap maaf tapi hari ni
bertindak macam lelaki penuh agenda pulak dah.
               
└───────── °∘∘♡∘∘° ─────────┘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now