♡ BAB 3

23 6 0
                                    

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

          SEGERA tangan kekarnya menyambar lengan gadis itu sekali gus menghentikan langkah si gadis. Nafas ditarik panjang, sebelum dihembus kembali. Entah apa yang merasuki fikirannya tatkala melihat adegan di hadapannya sebentar tadi.

Bukan dia tidak pernah lihat perbuatan seperti itu. Sudah lali baginya. Tetapi, dia tidak suka akan paksaan. Baginya, perbuatan lelaki itu tadi agak melampau. Jika si gadis tidak mahu, tidak usahlah dipaksa lagi walaupun berbayar sekalipun.

“Lepaskan sayalah...” Gadis itu cuba menarik tangannya kembali tetapi si lelaki di hadapannya ini kuat menggenggamnya sehingga dia merasa kesakitan.

“Nama kau apa?” soal lelaki bertubuh tegap itu, serius. Si gadis mulai tidak senang hati dengan pertanyaan daripada lelaki itu. Apa ni main tanya nama? Rimas tahu tak. Sudahlah dia mahu beredar pergi.

“Aku tanya jawablah.” Serius si lelaki itu menutur kata. Ini boleh buat dia berang. Dia pantang tujuh keturunan jika ditanya tidak pula mahu dijawabnya. Takkan pula bisu, sedangkan elok pula bercakap tadi.

“Zu... Zulaikha,” balas Zulaikha, tergagap-gagap. Dia sedikit gemuruh berhadapan dengan lelaki di hadapannya ini. Lelaki itu menghela keluhan seketika. Akhirnya, bercakap juga.

“Okey.” Anak mata nakalnya sempat menilik sekejap badan gadis itu. Seksi. Cukup menghairahkan.

Rambut pendek yang terurai sehingga ke paras bahu, wajahnya yang dioles dengan solekan yang tipis dan badannya yang hanya mengenakan dress berwarna merah ketat.

Agak mempesonakan mata yang memandang. Siapa yang tidak terpikat? Memanglah, kalau dah pelacur pakai apa pun memanglah cantik. Sebab itu kerja mereka. Memikat orang untuk mendapatkan wang.

“Aku Raiqal. Salam perkenalan.” Selepas puas menilik setiap inci tubuh dan wajah gadis itu akhirnya dia bersuara juga. Zulaikha sedari tadi lagi tidak selesa. Masakan tidak, asyik memandangnya bagaikan mahu telan.

“Selamat berkenalan jugak. Ka... kalau macam tu. Say... saya mintak izin dulu.” Tergagap-gagap Zulaikha meminta diri. Dia masih lagi trauma disebabkan kejadian tadi. Belum cukup pernah dia disentuh sebegitu oleh lelaki yang bukan mahramnya.

“Tunggu kejap!” Tangan gadis itu disambar kembali. Sekali lagi mematikan langkah gadis itu. Raiqal berjalan ke hadapan gadis itu lantas melepaskan tangan Zulaikha.

“Apa lagi yang awak nak?” Zulaikha menekur lantai sambil melontarkan soalan itu. Dia tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Seram.

“Kau budak baru, kan? Betul tak?” soal Raiqal, ingin tahu. Zulaikha angguk kepala tanda ya.

“Kau tak nak kerja sini, kan?” soal Raiqal, lagi. Zulaikha juga mengangguk kepala seperti tadi. Raiqal mulai mengukir senyuman. Senyuman yang membawa seribu makna yang tersirat.

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now