♡ BAB 1

46 8 3
                                    

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◍━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━◍


              ❝SAKIT!

Arjuna tersentak daripada mimpi. Peluh-peluh renik menyapa segenap tubuh badan sasanya. Tangan beruratnya mulai mengelap kasar dahinya. Dia cuba untuk bertenang. Dia menarik nafas, lantas dihembus perlahan. Diulangi langkah itu entah ke berapa kalinya.

“Bos! Bos okey? Bos tak apa-apa ke?”

Entah bila anak buahnya yang satu itu datang, dia sendiri tidak tahu.
Barangkali jeritannya terdengar sehingga ke luar bilik. Kerana itu anak buahnya datang menjenguk. Arjuna mengangkat wajah memandang anak buahnya.

“Aku mimpi lagi, Tano. Entah kenapa aku mimpi benda sama. Kalau asyik macam ni, aku rasa esok lusa aku boleh gila sebab mimpi ni,” ujar Arjuna, kelat.

Dia menjelaskan apa yang sedang berlaku kepadanya sebentar tadi kepada Tano. Lelaki yang dipanggil Tano itu hanya mampu berdiam diri.

Ya, dia tahu. Semenjak bos kesayangannya itu pulang dari Itali. Lelaki berumur 29 tahun itu seringkali mendapat mimpi yang buruk. Entah mengapa. Baginya, itu cuma sekadar mimpi. Mimpi yang tidak membawa apa-apa makna sekalipun.

“Bos. Aku rasa, baik kau berehatlah. Esok, kita ada hal lagi mustahak nak diselesaikan. Jangan fikirkan sangat pasal mimpi tu,” ujar Tano, sedikit khuatir sambil menitipkan pesanan kepada bosnya. Arjuna angguk kepala tanda akur dengan kehendak anak buahnya.

“Kau keluarlah. Sambung tidur,” arah Arjuna kepada Tano.

Sejurus kemudian, Tano melangkah pergi dari bilik itu sambil menutup pintu. Arjuna pula melabuhkan kembali badannya di atas katil. Dia paksakan diri untuk tidur kembali tetapi tetap juga gagal. Entah mengapa baginya mimpi itu cukup mengerikan. Mengapa dalam mimpi itu dia dilumuri darah? Apa yang sedang berlaku sebenarnya di kemudian hari?

◍ ◍ ◍

           KECERIAAN di pagi hari disambut dengan kemesraan. Seorang kanak-kanak lelaki berlari berkejaran di laman rumahnya sambil memeluk anak patung teddy bear berwarna hitam putih. Rasanya seperti dunia itu dia yang punya. Dia tidak mempedulikan sesiapa sahaja yang sedang memerhatikan setiap gerak-gerinya. Apa yang dia tahu, dia mahukan keseronokan sepanjang dia masih lagi bergelar kanak-kanak.

“Abang, jangan lari. Nanti jatuh,” jerit seorang wanita yang bersimpuh di atas pondok berhampiran anaknya itu.

Sejurus kemudian, seorang wanita tua lingkungan 50-an melangkah keluar dari rumah sambil menatang dulang yang berisi teh air panas dan beberapa jenis kuih-muih tradisional. Senyuman mulai terukir di bibirnya menyaksikan betapa seronok cucunya bermain. Alangkah gembiranya jika anaknya dapat melihat situasi ini juga.

SELAFAZ KATA BENCI © [HIATUS]Where stories live. Discover now