Bab 9

850 74 5
                                    

" Hmm sekarang dah tahu kan macam mana rasanya hilang orang yang kita sayang ? Sakit tak ? " soal Iman sinis di pendengaran Ain saat itu.

Allahu....Iman balas dendam atas kematian abang Aiman sampai macam ni sekali ?

" Ain ! " 

Ain yang terlelap di sofa sambil menongkat dagu mula terjaga daripada tidurnya akibat panggilan namanya itu. Terhapus segala mimpi ngeri tentang kematian uminya. Dia mula mengurut dada. Ya Allah aku mimpi rupanya...

" Ehhh sorry Mak Teh terkejutkan Ain ke ? " soal Mak Teh agak terasa bersalah.

Ain menoleh ke arah Mak Teh sambil menggeleng.

" Eh tak la Mak Teh...terima kasih Mak Teh sebab kejutkan Ain daripada mimpi ngeri Ain tadi..."

Mak Teh tayang wajah terpinga.

" Mimpi ngeri ? Ain mimpi apa ? "

" Oh tak ada apa - apa lah Mak Teh.."nafi Ain.

" Hah Ain...kenapa tidur dekat sini ? Masuk lah tidur dalam..."

" Oh hmm Ain tunggu Iman balik...sekarang dah pukul berapa Mak Teh ? "

" Oh Tuan Iman tak balik lagi pun....dah nak dekat pukul 2 pagi dah pun Ain..."

" Hmm yaka ? Tak apa la Mak Teh...kejap lagi Ain masuk bilik.."

" Hah okay...jangan tidur dekat sini pula....Mak Teh masuk dalam dulu ya..." kata Mak Teh mula berlalu.

Ain mengangguk kecil sambil matanya digosok - gosokkan sedikit. Tak sampai berapa minit, tiba - tiba pintu rumah Ain mula diketuk.

" Iman dah balik ke tu ? Hmm tapi asal dia ketuk - ketuk pintu bagai ? Kalau nak masuk...masuk aje lah..." ngomel Ain seraya mula melangkah mendekati pintu rumah.

Pintu rumah mula dibuka Ain daripada dalam.

" Kenapa Iman tak..."

Membuntang mata Ain apabila melihat Luthfi saat itu sedang memapah Iman yang dalam keadaan separuh sedar masa tu. Luthfi kelihatannya agak tergamam masa tu apabila melihatkan Ain yang tidak bertudung. Sumpah Ain cantik gila bila free hair.

Menyedari akamnLuthfi yang terpegun  melihat rambut Ain, Ain serta merta menutup pintu pantas semula. Tersedar terus Luthfi daripada pandangan tanpa batasnya tadi. Astagfiruallahalazim sedar Luthfi !

Tak sampai berapa minit selepas itu, pintu dibuka semula. Terpapar wajah Ain yang siap bertudung sarung semula.

" Err sorry..." mohon Luthfi akan ketelanjurannya melihat aurat Ain tadi.

Ain mengangguk kecil.

":Hmm kenapa dengan Iman ni ? Macam mana boleh jadi sampai macam ni ? " soal Ain risau lalu mula memapah Iman pula.

" Ermmm...entah la dia tetiba mabuk malam ni masa dekat kelab tadi..." jelas Luthfi.

Ain menghembus nafas berat.

" Hmm terima kasih sebab dah tolong hantarkan Iman balik.."

" Hah sama - sama...nak Luth tolong bawak Iman naik atas ke ? "

Ain menggeleng pantas.

" Tak apa....Ain boleh bawa Iman naik atas...Ermm Luth balik la ya..dah pukul berapa dah ni..." kata Ain sedikit serba salah apabila Iman telah menyusahkan Luthfi.

" Ermm yelah...kalau ada apa - apa bagitahu Luth ya..." kata Luthfi seraya mula beredar.

Seketika Ain menutup pintu semula sambil sebelah tangan lagi masih erat memaut bahu Iman.

Hidden Love Where stories live. Discover now