Bab 14

1K 77 7
                                    

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰ 


Ain memerhati sekeliling melihat sekitar kawasan. Memang agak malang ya apabila tiada satu kenderaan pun yang lalu masa tu. Ain jadi gelabah sendiri. Apa patut aku buat ni ? Seketika Ain mula mendekati lelaki yang masih terbaring di atas jalan itu apabila dia terdengarkan suara - suara meminta tolong..

" To..long...tol...long..." Iman mula menyahut dalam keadaan separuh sedar itu.

" Awak...bertahan ya saya akan tolong awak..." kata Ain seraya menepuk - nepuk kecil bahu Iman masa tu.

Tanpa banyak bicara, Ain mula mengeluarkan phonenya seraya membuat panggilan kecemasan. Dia hanya perlu call ambulans. Hanya itu saja pilihan yang ada.

Tak sampai beberapa minit, akhirnya ambulans pun tiba di tempat kejadian. Iman diangkat dan dibawa masuk ke dalam ambulans. Ain tiba - tiba baru teringat akan motif utamanya. Dia seharusnya selamatkan abang Aiman. Baru sahaja dia hendak berlalu tiba - tibq pihak ambulans menginginkan Ain untuk ikut bersama dengan mangsa kemalangan tersebut. Hal ni bagi memberikan maklumat tentang kejadian mangsa.

Ain pada mulanya menolak namun akhirnya dia ditolak untuk masuk ke dalam ambulans juga.

Setibanya di hospital, Ain hanya melangkah bersama kakitangan hospital yang menolak Iman waktu itu. Ain mengiringi Iman masa tu. Dalam masa yang sama dia tidak berhenti memikirkan abang Aiman. Dia berharap agar dia tidak terlambat daripada menghalang abang Aiman buat kerja bodoh tu.

Hampir saja tiba di ruang kecemasan tiba - tiba tidak semena - mena jam tangan yang dipakai Iman waktu kemalangan tadi terputus dan jatuh.

Ain perasan akan hal itu. Dia pantas mencapai jam tangan milik Iman yang jatuh itu.

" Saya harap awak selamat..." doa Ain sambil ekor matanya melihat Iman yang sudah selamat masuk ke dalam ruang kecemasan itu. Jam tangan tersebut digenggam erat di dalam tangannya.

Setelah memberikan beberapa keterangan, Ain mula cepat - cepat bergegas untuk berjumpa dengan abang Aiman pula. Bajunya comot dengan darah Iman langsung tidak dihiraukan. Apa yang penting dia harus menemui abang Aiman pula.

Hmm namun malang apabila sampai saja ke sana. Semuanya sudah terlambat. Abang Aiman dah terjun dari tingkat atas bookstore. Ain benar - benar tidak menyangka yang abang Aiman senekad ini. Ain agak rasa bersalah dengan kematian abang Aiman. Andai saja dia tidak serapat mana pun dengan abang Aiman, pasti saja abang Aiman takkan berakhir sebegini.

Kenangan beberapa tahun yang lalu mula terbayang oleh Ain satu demi satu malam itu. Ain mengusap perlahan jam tangan milik Iman yang masih tersimpan rapi olehnya itu.Dia pernah berjanji pada dirinya bahwa dia akan kembalikan jam ini kepada Iman suatu hari nanti.

Ain juga tidak tahu menahu langsung pasal orang yang Ain selamatkan tu adik abang Aiman. Lepas aje dia tahu dan dengar daripada cerita ibu mentuanya Nisrina, Ain betul - betul terkejut. Kenapa dunia ni terlalu kecil sehinggakan dirinya ada di situasi sebegini.

Ain tidak mampu berbuat apa - apa setelah dia sudah terlanjur mencintai Iman. Dia hanya mampu hadap dan masih tidak terdaya untuk menyatakan perkara sebenar kepada  Iman. Sehinggalah hari ini apabila Iman inginkan dirinya menggugurkan kandungannya yang merupakan anak Iman sendiri, Ain sedikit terpukul dan mula terfikir untuk cuba memberitahu hal sebenar kepada Iman.

" Esok malam aku kena bagitahu Iman juga pasal semuanya...aku tak nak anak ni jadi mangsa.."gumam Ain seraya mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan. Seketika dia mengeluarkan sehelai kertas. Dia ingin menyatakan isi hatinya kepada Iman selama ini di dalam sepucuk surat.

Hidden Love Donde viven las historias. Descúbrelo ahora